Sinar Harian
19/12/2016
19/12/2016
KUALA LUMPUR - "Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun
kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini,"
kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, beliau berpendapat tuntutan itu
adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14
tahun.
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem)
untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam
mesyuarat kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan
Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem,
timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs, Datuk
Azih Muda.
Ahmad Zahid berkata, selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan
mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga
akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.
"Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar
permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan ini,"
katanya.
Namun, timbalan perdana menteri berkata, apabila menuntut perlu ada
timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan
produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.
Katanya, sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.
Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan
beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan
awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan
saiz perkhidmatan awam. - Bernama
akan dikaji
BalasPadamkerajaan bersetuju untuk mengkaji kadar elaun PA.. lepas 3 tahun naik RM5.00. haha
BalasPadamTerbaikkk....mudah-mudahan berjaya. Terima Kasih Cuepacs
BalasPadaminfo website kami: http://www.kelabpaputm.com/
kaji kaji kaji dan kaji..... lepas 5 tahun baru rasa... itupun naik RM 10.00 je
BalasPadamNajib akan bagi kenaikan sebanyak 100% bermula januari 2025.
Padamkajian akan di buat selepas menang pilihanraya
BalasPadamtak wajar dibuat kajian sekadar kajian,paling wajar adalah keputusan dan laksanakan kenaikan elaun elaun penjawat awam terutama elaun khidmat awam,elaun sara hidup,elaun rumah.
BalasPadamamat tidak wajar jika dihebahkan di media tentang kajian,tapi tiada sebarang keputusan untuk kenaikan diperolehi penjawat awam.
KECUALIKAN badan berkanun dalam soal kenaikan gaji mahupun kenaikan elaun yang diputuskan kerajaan kerana badan berkanun mampu mencipta sendiri kenaikan gaji dan elaun mereka termasuk bonus tinggi mereka perolehi setiap tahun.
ini boleh dijimatkan peruntukan sekiranya badan berkanun dikecualikan.
Hari ini rabu..senyap jah...
BalasPadamHari khamis dah ... rasanya kalau ada pun akan diumumkan pada 1 mei...
BalasPadamDah masuk 24hb semakan yg d bawa ke kabinet mcm tak de cerita ... Semakan cuma bunyi masa kongres .. Common la dah jemu dgn plan tapi banyak tak jadi .. Salak bukit la mcm tak de hasil
BalasPadamPenyedap hati je...
BalasPadamPenyedap hati je...
BalasPadamtolonglah kaji semula elaun perumahan wilayah, imbuhan tetap perumahan dah naik...
BalasPadamhari ini sudah februari 2017 apa cerita.
BalasPadamHari ini sudah mac 2017 apa cerita
BalasPadammana jawapan hasil semakan elaun penjawat awam,senyap sepi.
BalasPadamTerutama elaun khidmat awam yang berada pada kadar lama !!!!
elaun khidmat dalam bandar !!!!!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPenjawat awam yang melanjutkan pelajaran masih blm mendapat elaun belajar.....sedangkan pekara ini telah dinyatakan dlm bajet 2017....sblm ini elaun ini diberikan pada golongan profesonal dan pengurusan yang menyambung pelajaran.....dan skrg diperluaskan kepada bagi kumpulan perlaksana....mohon pencerahan...kerana surat perkeliling utk kumpulan perlaksana masih belum dikeluarkan....
BalasPadamPenjawat awam yang melanjutkan pelajaran masih blm mendapat elaun belajar.....sedangkan pekara ini telah dinyatakan dlm bajet 2017....sblm ini elaun ini diberikan pada golongan profesonal dan pengurusan yang menyambung pelajaran.....dan skrg diperluaskan kepada bagi kumpulan perlaksana....mohon pencerahan...kerana surat perkeliling utk kumpulan perlaksana masih belum dikeluarkan....
BalasPadam