26 Januari 2017

CUEPACS; NASIB KAKITANGAN PUSAT [PELANCONGAN TIDAK MENENTU

Malaysiakini
25/1/2017


Lebih 230 kakitangan awam berdepan masa depan tidak menentu ekoran keputusan kerajaan menutup serta-merta Pusat Pelancongan Malaysia dalam dan luar negara.Di sebalik jaminan menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa tiada kakitangan akan diberhentikan, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, mereka tidak mendapat maklumat lanjut mengenainya.


"Kakitangan terbabit tidak tahu ke mana mereka harus pergi, sama ada ke pejabat peringkat negeri atau ibu pejabat."Bagaimana pula bayaran dan elaun mereka. Petugas berkenaan tidak tahu apa akan jadi pada mereka," katanya.Sebelum ini Nazri dilaporkan berkata, penutupan berkenaan perlu dibuat kerana berlaku pertindihan dengan pejabat pelancongan negeri.

Katanya, langkah berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM6 juta setahun. Menurut Azih, Cuepacs juga mengetahui mengenai penutupan berkenaan melalui akhbar. Selain di peringkat domestik, Pelancongan Malaysia juga mempunyai pejabat di Afrika Selatan, AS dan Australia.Justeru, kata Azih, kerajaan perlu mengkaji semula keputusan drastik itu kerana ia tidak memberi masa mencukupi bagi kakitangannya membua perancangan.

"Kami harap tiada pekerja diberhentikan, terutama memandangkan keadaan ekonomi sekarang. "Beri penjelasan kepada mereka, beri pilihan dan gambara jelas ke mana mereka akan ditempatkan," katanya. Sementara itu semakan Malaysiakini mendapati pejabat-pejabat Pelancongan Malaysia di negara ini masih dibuka dan kakitangannya sedang menunggu notis rasmi mengenai penutupan berkenaan.

2 ulasan:

  1. Maaf...sy komen ni bukan berdasarkan tajuk di atas. Mohon dipertimbangkan cadangan saya iaitu memberi laluan kerjaya bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun dan lulus peperiksaan KPSL (PSL) untuk kenaikan pangkat walaupon tiada kekosongan di dalam organisasi.

    Pada tahun lepas (2016) SPA ada menawarkan kekosongan jawatan bagi Penolong Peg. Tadbir Gred N29 tetapi tiada keistimewaan yang diberi kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 yang telah lulus dalam KPSL. Semua calon perlu menduduki peperiksaan online tersebut. Persoalannya, mengapa perlu diadakan peperiksaan KPSL sekiranya tiada sebarang keistimewaan?

    Mohon pihak cuepacs mengajukan cadangan dan persoalan ini kepada JPA.

    Saya amat berharap agar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 tidak dipandang sepi. Sebagaimana, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred N19 dinaikkn ke Gred N29 sekiranya mempunyai kelayakan berkaitan bidang kewangan.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. Ass..saya sangat bersyukur kepada ALLAH karna atas kehendaknya yg telah mempertemukan saya dgn AKI JOYO WIJOYO dan atas bantuan AKI JOYO WIJOYO yg melalui jalan togel ini saya sekaran bisa sukses dan sudah mempunyai usaha sendiri,nomor ritual AKI JOYO WIJOYO meman selalu tepat dan terbukti dan bagi anda yg ingin sukses seperti saya silahkan hubungi AKI JOYO WIJOYO di o823 2221 49o9 saya sih dulunya tidak percaya tp klau dipikir2 tidak ada salahnya juga saya coba mengikuti prediksi AKI JOYO WIJOYO dan ternyata ALHAMDULILLAH berhasil,,!!! silahkan anda juga buktikan sendiri.





















    Ass..saya sangat bersyukur kepada ALLAH karna atas kehendaknya yg telah mempertemukan saya dgn AKI JOYO WIJOYO dan atas bantuan AKI JOYO WIJOYO yg melalui jalan togel ini saya sekaran bisa sukses dan sudah mempunyai usaha sendiri,nomor ritual AKI JOYO WIJOYO meman selalu tepat dan terbukti dan bagi anda yg ingin sukses seperti saya silahkan hubungi AKI JOYO WIJOYO di o823 2221 49o9 saya sih dulunya tidak percaya tp klau dipikir2 tidak ada salahnya juga saya coba mengikuti prediksi AKI JOYO WIJOYO dan ternyata ALHAMDULILLAH berhasil,,!!! silahkan anda juga buktikan sendiri.






























    Ass..saya sangat bersyukur kepada ALLAH karna atas kehendaknya yg telah mempertemukan saya dgn AKI JOYO WIJOYO dan atas bantuan AKI JOYO WIJOYO yg melalui jalan togel ini saya sekaran bisa sukses dan sudah mempunyai usaha sendiri,nomor ritual AKI JOYO WIJOYO meman selalu tepat dan terbukti dan bagi anda yg ingin sukses seperti saya silahkan hubungi AKI JOYO WIJOYO di o823 2221 49o9 saya sih dulunya tidak percaya tp klau dipikir2 tidak ada salahnya juga saya coba mengikuti prediksi AKI JOYO WIJOYO dan ternyata ALHAMDULILLAH berhasil,,!!! silahkan anda juga buktikan sendiri.

    BalasPadam