03 Ogos 2017

TAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN GRED 19 -CUEPACS

Bernama
Tarikh kemaskini: 02/08/2017

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menambahbaik skim perkhidmatan gred 19, melibatkan lebih 100,000 pembantu tadbir dalam sektor kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Timbalan Presiden I Ceupacs Mohd Shaman Jaes berkata walaupun kakitangan gred 19 baharu menikmati kenaikan gred daripada gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutamanya untuk mereka yang menetap di bandar besar.
"Penambahbaikan juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah. Peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting.
"Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimbangkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengalaman kerja," katanya.
Mohd Shaman berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Ke-13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia (KEPTAKES) di Kuantan semalam.

Mohd Shaman berkata berdasarkan skim sekarang, kakitangan gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun antara RM1,700 ke RM1,900, yang masih dianggap sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandar utama negara.
"Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjakan untuk membayar hutang rumah, kenderaan, pendidikan jika ada dan juga hutang peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi terutama kepada mereka yang berkeluarga," katanya.

Mohd Shaman menambah isu penambahbaikan gred 19 pernah disuarakan sebelum ini, dan berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini bersama-sama dengan cadangan mewujudkan gred 28, yang telah lebih setahun dirancang.
Selain itu, Mohd Shaman juga memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya saguhati persaraan dibenarkan untuk dipindahkan ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan menunaikan haji.
"Bagaimanapun, wang itu hendaklah disyaratkan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunakan wang itu untuk tujuan lain," katanya.
Mohd Shaman menambah cadangan itu juga membolehkan kakitangan kerajaan menggunakan faedah cuti bergaji selama 40 hari bagi menunaikan haji yang diperuntukkan kepada mereka, selain berpeluang beribadat dalam usia muda.
- Bernama

36 ulasan:

  1. Cadangan yg terbaik dan ia mampu mengubah taraf hidup Pembantu Tadbir Gred N/W 19

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasi

      Padam
  2. Sangat setuju jika dapat diberi faedah pencen sehingga umur 40 tahun ke atas khas untuk menunaikan fardu haji dalam usia yang muda. Insyaallah

    BalasPadam
  3. Jawatan lain selain Pembantu Tadbir cmana? Kalau usulkan skali je kan senang! Kemasukkan guna kelayakan sama juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembantu Operasi gred11 & gred 14...macana pula..kaya Raya ke Gres 11 & Gred 14 ini...nak menambahbaikan..tambah baikan keseluruhannye......

      Padam
  4. Setuju kurang2 dpt menunaikan fardu haji pada usia muda

    BalasPadam
  5. Salam...sangat-sangat setuju dalam usia muda boleh menunaikan ibadah haji dan berharap pada badget kali ini PM mempertimbangkan dengan meluluskan kenaikan gaji yang lebih berbaloi pada penjawat awam......

    BalasPadam
  6. Tiap2 tahun ceupacs mohon benda yang sama. Tapi PM pandang ka penjawat awam macam kita. Tak kira la gred apa pon. Selalu yang dapat POLIS dan ASKAR kerana bantu jaga negara. Penjawat awam tak bantu kerajaan ka?

    BalasPadam
  7. Tiap2 tahun ceupacs mohon benda yang sama. Tapi PM pandang ka penjawat awam macam kita. Tak kira la gred apa pon. Selalu yang dapat POLIS dan ASKAR kerana bantu jaga negara. Penjawat awam tak bantu kerajaan ka?

    BalasPadam
  8. kenapa kami yang ada sijil kejuruteraan elektrik elektronik bagi jawatan juruteknik komputer tidak dibincangkan.
    kami ada sijil politeknik.pengalaman kami dah 9 tahun sebagai juruteknik komputer kenapa tidak diambil kira.kenapa pt cuepacs nak mintak untuk pt mengira pengalaman kerja.kenapa jawatan kami tidak diambil kira pengalaman jugak.kami pon belajar.pinjaman belajar pon kami kena bayar.macam orang lain jugak.tolong ambil perhatian.

    BalasPadam
  9. Pandang lahnjuga juruaudio visual N22 gred d takuk lama sentiasa tak d pandang jika ada funtion besar2 mixing audio system buat buta je...tak pandang JAV ..gred jagi hanya ada 3 je kenaikan N 19.N22.N26 Dlm mlsia setiap negeri hanya 1 je gred jwtan N26 d sediakan sedangkan beribu penjawat jawatan JURUAUDIO VISUAL....Nampak ke?

    BalasPadam
  10. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  11. Saya cadangkan penjawat Gred 19 yang memiliki Diploma diberikan gaji 3 tangga lebih tinggi atau lebih atau diwujudkan gred baru seperti Gred 27 bagi menampung bayaran pinjaman pelajaran..

    BalasPadam
  12. saya mencadangkan semua penjawat awam gred 19 yang mempunyai diploma diberi perhatian tidak kira diploma apa sahaja dan meletakan syarat diploma untuk kenaikan gaji dn gred atau sbg contoh sy juruteknik komputer yg mempunyai diploma kejuruteraan elektrik politeknik bkn hanya saja mempunyai ilmu elektrik ttapi mempunyai ilmu elektronik serta komputer... sewajarnya kerajaan perlu menilai dari aspek tersebut... terima kasih...

    BalasPadam
  13. Apa permintaan pihak CUEPACS utk bajet 2018?.. sonyap yo! ekonomi negara kan berkembang dgn pesat. x kan xbleh bg..

    BalasPadam
  14. Kenaikan gaji boleh myebabkan harga brg naik & masyarakat akan nmpk hanya itu shj tuntutan ktgn awam, apa yg boleh kerajaan buat adalah dgn menaikkan elaun2 yg sedia ada

    BalasPadam
  15. Mohon jug dipertimbngkan kepada penjawat awam gred n19 yg mempunyai diploma dan ijazah agar diberikan alaun khas paling tidak pun rm250 bagi diploma dan rm350 bagi ijazah. Sekurang2 nya dapat menambahbaik mutu perkhidmatan.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Harga barangan yg terlalu tinggi cukup terbebam bagi kakitangan kerajaan Gred 19 atau Gred-Gerd lain.Bolehlah tengok-tengok jika ada peruntukan buatlah pelasan gaji seperti
    zaman matan PM TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI dulu,saya cukup selesa semasa pentadbir beliau dan saya rasa Datuk Sri Najib Razak Mampu memberi keselesaan kepada kakitangan awam dalam bajet 2018

    BalasPadam
  18. Kalau nak buat biar semua, jadi bagaimana pula dengan yg gred 11, sedangkan yg 17 dah upgrade ke 19, yg 11 ni masih d takuk lama. Bukanya 19 ja yg terbeban dengan masalah kos sara hidup. Fikirkan lah utk golongan bawahan ni keseluruhannya.

    BalasPadam
  19. Perkara yang menjadi kebimbangan utama ialah taraf kelayakan akademik pergawai kerajaan makin menurun dengan adanya upgrade jawatan tanpa memikirkan kelayakan akademik. Sekarang Gred J17 diupgrade ke JA29 di Jabatan Teknikal seperti JKR dan lain-lain adalah berasal dari sijil walaupun dulu ia adalah jawatan diploma. Mampukah bersaing dengan pihak swasta dari segi pengetahuan yang sepatutnya dipelajari semasa diploma di IPT sedangkan mereka tidak belajar?
    Cuepacs dan kerajaan hanya memikirkan pegawai yang tidak menyambung pelajaran. Bagaimana yang telah menyambung pelajaran namun tidak disediakan jawatan. Sedangkan kerajaan menggalakkan mereka menyambung pelajaran untuk apa? Sudah ramai pegawai yang mempunyai ijazah bachelor dan master dinafikan jawatan ke Gred 41. Walau pun begitu, mereka tetap pasrah akan nasib mereka dan terus membayar pinjaman pelajaran dengan tetap. Mohon Cuepacs membela mereka. Mungkin dengan adanya Gred 42 yang sudah dilaksana di dalam perkhidmatan guru (DG42)boleh dijadikan contoh supaya dapat diperluas ke skim kejuruteraan dan lain-lain.

    BalasPadam
  20. Gred 14 kebawah macamana???Adakah golongan ini tidak terkesan langsung dengan kos sara hidup yang tinggi.Kalau nak tambahbaik biarlah semua.

    BalasPadam
  21. GRED N11 DAN N14 NAK DILUPAKAN KE..KAMI PUN PENJAWAT AWAM JUGA KAN..MAKAN PAKAI SAMA JUGA DENGAN PENJAWAT AWAM GRED 19 DAN KE ATAS..SELALU KAMI DIPINGGIRKAN..SELALU TERSISIH

    BalasPadam
  22. kenapa tidak buat selaras gred N11 yg sdh jumud ke N19, tp sdh lama berkhidmat, wujudkan gred selaras N22 bebanan kerja semakin mencabar, yang ditangkuk N22 dinaikan N26, pelarasan gaji pun sama

    BalasPadam
  23. kenapa tidak buat selaras gred N11 yg sdh jumud ke N19, tp sdh lama berkhidmat, wujudkan gred selaras N22 bebanan kerja semakin mencabar, yang ditangkuk N22 dinaikan N26, pelarasan gaji pun sama

    BalasPadam
  24. CUEPACS asyik nak fikirkan gerd 19 keatas je nie.Nasib gerd 11 nie apa cerita takde ke nak bela? Dulu tukang gerd 11 jumud ke gerd 17 lepastu jumud ke 19 dan yang terbaru nak jumud ke gerd 29 pulak.. makin cacar marba la sektor kakitangan awam. Kalau pihak pengurusan tertinggi CUEPACS sekarang nie tak boleh nak bantu kami gerd 11 nie baik undur je diri bagi orang lain pulak yang boleh memimpin dengan adil.. jangan nak syok sendiri je buat keja tu.Kami walaupun gerd 11 tapi masih mempunyai sijil SPM dan diploma jugak macam gerd 19 tu..pikir-pikirkanlah sama beban sara hidup nie bukak gerd 19 je terasa kami gred 11 nie lagi amat terasa.

    BalasPadam
  25. Bagaimana untuk jawatan pembantu pembedahan pergigian u19,pembantu kesihatan awam u19 dan jururawat masyarakat u19? Adakah juga termasuk dalam cadangan kenaikan skim ke gred u29?terima kasih

    BalasPadam

  26. LOAN OFFER APPROVED IN 60MINS
    Do you need a quick long or short term loan with a relatively low
    interest rate as low as 3%? We offer business loan, personal loan, home
    loan, auto loan, student loan, debt consolidation loan e.t.c. no matter
    your credit score. We are guaranteed in giving out financial services to
    our numerous clients all over the world. With our flexible lending
    packages, loans can be processed and transferred to the borrower within
    the shortest time possible. We encourage you to contact us and learn
    more about the loans service we offered. If you have any questions or
    want more information about our company, please do not hesitate to
    contact us: wordfanece@gmail.com


    Whats App +919650892379

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. mohon cuepacs kaji Gred N11, N14 & N22(KUP) dan N22 hakiki juga jgn asyik Gred N19 jer yang dapat kelebihan gred yg lain pun dah lama tak dikaji dan asyik diketepikan....

    BalasPadam
  29. BERITA BAIK

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk bermula?
    Saya pengarah Nadira Muhammad Loans Limited,
    Perkhidmatan pinjaman Nadira Muhammad adalah lesen kredit pelaburan undang-undang, kami menawarkan
    Pinjaman kepada Individu dan perniagaan dan menyediakan
    Perkhidmatan dan pelaburan yang boleh dipercayai untuk tahap pelanggan / calon
    Dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, dengan jumlah minimum pinjaman dari
    (3000 $ / € / Rp) untuk jumlah pinjaman maksimum ($ 700 miliar $ / € / Rp) dengan
    Tempoh 1 tahun hingga 25 tahun. Hubungi kami dengan syarikat
    E-mail di: Nadiramuhammadloancompany@gmail.com

    Misi syarikat ini adalah untuk menyediakan individu dan syarikat
    Pertubuhan diri sendiri
    Memenuhi keperluan mereka, berharap dan membantu meningkatkan jiwa kita
    Dan komuniti mereka. Perlu pinjaman prom? Sekitar
    48 jam perkhidmatan penuh untuk pelanggan kami.

    Saya berharap dapat bertanya kepada anda secepat mungkin untuk bermula
    Seketika, kami bersedia untuk melayani anda
    Cari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan di bawah gaji

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum
    Saya harap quepec bawa /beri juga pertimbangan kepada pt gred N22/w22 kup yang memiliki STPM juga terutamanya penjawat yang senior ..contoh dari tahun 1980 an bila mulanya stpm.
    Bila pemilik stpm tidak diberi layanan seolah olahnya sijil itu tidak ada nilainya.
    contoh saya pembantu tadbir mula berkhidmat tahun 1985 ada sijil penuh stpm ..dah lebih 30 tahun berkhidmat ..Sijil STPM hanya simpan saja tiada faedah..pemilik diploma baru berkhidmat telah diberi kenaikan gred contoh W29 ..(penolong Akauntan )

    hj mohd hafidz PT kew KUP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar... Sy sokong... Sy juga terkesan....

      Padam
  31. Saya sangat setuju. Tapi jangab pandang penjawata yg memiliki DIPLOMA sahaja jika kenaikan gaji setaraf walaupun jawatan sbgai Pembantu Tadbir. Memiliki STPM pun kita naikan juga ikut kelayakkan minimum gaji dlm pekeliling. Sekarang bukan d bandar saja yg kos tinggi bahkan luar bandar pun kos tinggi juga. X bezzakan bandar dn luar bandar. Kita sbgai penjawat awam sama2 bertanggungjawab mnjlnkn tugas dn berkhidmat. Dan sekali lagi saya tegaskan,sblum budget 2018 d umumkan suarakan cadangan ini kerajaan. STPM/DIPLOMA yg dmiliki penjawat awam walaupun jawatan hanya sbgai Pembantu Tadbir 19 hendaklah dselaraskn gaji mengikut sijil tertinggi dimiliki bdasarkan pekeliling kerajaa. Tambahan juga, saya cadangkan penggunaan nama pembantu Tadbir hendaklah di tukarkan kepada PEGAWAI EKSEKUTIF grednya ikut gred kelayakkan cth N19/N22 dan sbgainya..cuma nama jawatan saja sbb sekarang ada sesetengah jabatan telah bertukar. Kerajaan harus peka dgn keadaan seperti ini kerana kebanyakkan penjawat awam memiliki STPM jangan terpandang rendah . Kalo x dselaraskan beerti sijil tersebut xda kualiti .

    Sekian terima kasih

    Mr.warth
    PT KEW W19
    Berkelaykkan SPM/STPM/DEGREE
    09.10.2017

    BalasPadam
  32. Mohon kerajaan naikkan gaji serta elaun pengawal keselamatan dan tukang cuci kerana sudah berpuluh tahun tidak dikaji...sekian.

    BalasPadam
  33. mohon naikkan n11 yang ada SPM ke n19

    BalasPadam