13 Disember 2019

LIMA CALON BERTANDING JAWATAN PRESIDEN CUEPACS

Sinar Harian

MOHD AZLIM ZAINURY |
| 13 Disember 2019


 
SHAH ALAM - Kira-kira 1,400 perwakilan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bakal mengundi bagi menentukan kepimpinan tertinggi kesatuan itu minggu hadapan.

Konvensyen Tritahunan kali ke-28 kesatuan berkenaan bakal berlangsung selama tiga hari bermula pada 17 Disember dan berakhir pada 19 Disember ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Cuepacs, Adnan Mat yang juga merupakan salah seorang daripada lima calon bakal bertanding jawatan presiden kesatuan itu pada Konvensyen Tritahunan kali ke-28.

Menurutnya, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda tidak akan mempertahankan jawatan disandangnya pada pemilihan kali ini apabila menamatkan perkhidmatan dengan Cuepacs pada 16 Disember ini. Selain Adnan, persaingan lima penjuru jawatan tertinggi itu bakal membabitkan Timbalan Presiden Cuepacs, Zainal Ismail dan Timbalan Setiausaha Kewangan Cuepacs, Mohd Razali Singah. Dua lagi calon adalah Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Abdul Malik Mohamed Zin dan Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia, Datuk Ahmad Shuffir Zakaria. Enggan mengulas lanjut mengenai pencalonan itu, Adnan berkata, pihak media akan dimaklumkan mengenai senarai penuh pencalonan jawatan tertinggi kesatuan dalam masa terdekat ini. Sementara itu, katanya, Konvensyen Tritahunan kali ke-28 kesatuan berkenaan yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan dirasmikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar.


7 ulasan:




  1. hello im a blogger too...i found out your blog on google,its a nice blog, full of information and i like to read your article, keep work.. would you mind to visit my blog too and give some suggestion to improve my blog.. this is my blog address :
    Judi Online

    BalasPadam
  2. tahniah en. adnan mat. semoga traju terus terusan dengan tali arus...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada semua perlantikan dan kepimpinan baru

    BalasPadam