BHarian
Oleh Faris Fuad
8/3/2020
KUALA LUMPUR: Kakitangan awam diminta meneruskan khidmat seperti biasa dan sentiasa tenang tanpa terpengaruh dengan situasi politik semasa termasuk ketika tiada ahli Kabinet dalam kerajaan.
Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata sebaliknya, kakitangan itu perlu fokus memantapkan tahap profesional, meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan integriti dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.
“Ia secara tidak langsung akan membentuk anggota perkhidmatan awam yang cemerlang dan berwibawa seterusnya merealisasikan penyampaian perkhidmatan yang mensejahterakan rakyat serta memakmurkan negara.
“Pada masa sama, CUEPACS sekali lagi menegaskan pendirian supaya kerajaan tidak lagi melantik pihak luar atau membuat lantikan politik mengetuai agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
.
“Ini bagi mengelakkan seseorang individu itu meletak jawatan apabila puncak kepimpinan kerajaan berubah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Adnan berkata penjawat awam perlu terus kekal berkecuali.
“Melantik pihak luar atau lantikan politik dikhuatiri menimbulkan persepsi yang kurang baik kepada perkhidmatan kerajaan yang sedia ada,” katany
Tiada ulasan:
Catat Ulasan