PUTRAJAYA: Enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk penjawat awam hari ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan penjawat awam meskipun negara berdepan dengan kekangan dari sudut kewangan ekoran pandemik Covid-19, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.
Perdana Menteri pada MAPPA XVIII itu mengumumkan beberapa insentif dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.
KGT tambahan khas RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan berjumlah RM1.5 bilion.
BKK Tahun 2023 adalah kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen, yang akan dibayar pada Januari 2023.
Sementara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pengumuman Ismail Sabri itu, Adnan berkata insentif-insentif itu adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sentiasa menjadi barisan hadapan dalam meletakkan negara kembali pada landasan kukuh selepas pelbagai cabaran dihadapi.
“Cuepacs memahami bahawa kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan namun tetap cuba untuk mendengar dan memberi yang terbaik kepada penjawat awam demi menghargai sumbangan yang dicurahkan penjawat awam selama ini.
“Segala insentif yang diumumkan oleh kerajaan ini sekurang-kurangnya mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan inflasi,” katanya.
Beliau turut menyifatkan komitmen kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan amat dihargai serta ditagih Cuepacs serta penjawat awam.
“Hal ini wajar dipercepatkan memandangkan sistem saraan sedia ada yang digunakan ketika ini telah dilaksanakan sejak 2002 dan tidak lagi sesuai dengan suasana persekitaran ekonomi serta kos sara hidup semasa,“ katanya dan menambah perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam sistem saraan baharu itu adalah meningkatkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Abdul Wahab Mat Yasin pula berkata pengumuman inisiatif kerajaan menambah baik aspek kebajikan penjawat awam di pelbagai peringkat memberi kelegaan.
“Kami amat berterima kasih walaupun kita sedia maklum kedudukan ekonomi negara belum kukuh sepenuhnya tetapi kerajaan beri perhatian terhadap apa yang dialami penjawat awam di seluruh peringkat,“ katanya.
Beliau berkata harapan pasukan bomba dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam adalah supaya kajian itu lebih menjurus kepada aspek keselamatan anggota bomba.
“Aspek tugasan lebih mencabar dan melibatkan keselamatan nyawa. Skim gaji dan elaun khusus yang melibatkan tugasan berisiko tinggi, ia berbeza dengan pejabat dan agensi lain, ini yang di peringkat jabatan sedang perjuangkan,“ katanya.
Kakitangan Majlis Perbandaran Klang Nasaruddin Hassan gembira dengan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan yang diambil kerajaan termasuk bayaran KGT tambahan khas RM100.
“Rasa seronok sebab sedikit sebanyak dengan tambahan itu dapat meringankan kos sara hidup serta memberi dorongan kepada penjawat awam supaya lebih bersemangat menjalankan tugas,“ katanya.-Bernama
Tuntutan itu terpakai selagi kerajaan Ismail sabri masih berkuasa dalam pru15. Kalau tidak semua jadi sia2. Pru14 pun najib razak janji macam2. Sepatutnya cuepacs tuntut disegerakan.
BalasPadamcakap macam orang bodoh....tambahan kgt la...tambahan 100 pada itu la ini lah....umum jelah kenaikan gaji 100 bagi semua penjawat awam gred 11-56. kan senang? nak umum pun tak reti
BalasPadamKGT mengelirukan..sepatutnya tambahan KGT tu kekal dan berterusan.. jika tidak berterusan biar masuk di kenaikan gaji RM100 kan mudah...
BalasPadamKalau 4 hari bekerja tak sesuai untuk Malaysia apatah lagi untuk penjawat awam disebabkan kita memerlukan produktitviti berterusan untuk meneruskan pembangunan negara tetapi pada masa yang sama kita perlu lebih ruang dan masa untuk mengurangkan stress dan tekanan bekerja...apa kata dibuat SISTEM 2 SYIF untuk penjawat awam...masih 5 hari bekerja tapi dibuat 10 jam bekerja...Syif 1 pagi 7.30/8.00pagi hingga 12.30tghhari/1.00petang dan
BalasPadamSyif 2 12.30tghhari/1.00ptg hingga 5.30/6.00ptg dengan memperuntukkan 70% tenaga kerja waktu pagi dan 30% waktu petang....kalau begini WAKTU SESAK di bandar-bandar akan berkurangan dan penjawat awam boleh kembali menyusun waktu kerja dengan lebih efisien....lebih2 lagi menguruskan urusan luar mahupun persekolahan anak-anak.....cantekkkkk???
Setuju kekal 5 hari..
PadamKenapa duit GCR masih belum dibayar kepada penjawat awam, sampai bila kami nak tunggu.
BalasPadamCuepacs kena settlekan GCR ni dulu, baru pikir yang lain. Buat satu satu... Lama dah tunggu GCR ni....
PadamTambahan RM100 saja? Memalukan.. PA dipermainkan oleh kerajaan! Bila Cuepacs nak buat PIKET? Atau dah rasa cukup dgn kenaikkan RM100??? Sekurang² perlu naik 2 kali KGT...
BalasPadamSEGERAKAN PIKET... Presiden jangan pandai sembang saja!!! Semua harga barang NAIK, kerajaan hanya bg naik RM100 saja??? Memang bodoh kalau Cuepacs rela dan terima?
BalasPadamKAMI MAU GAJI NAIK... GAJI NAIK... GAJI NAIK!!!!
BalasPadamRM100 tidak RELEVEN di ketika dan pada masa kini.. harap maklum..
BalasPadamOPR Bank nak naik lagi... Masih cukup ke dapat naik RM100 gaji? Lega? Mana Presiden yg nak PIKET hari tu? Dh masuk gua???
BalasPadamOPR naik..gaji yg naik tu untuk bayar OPR ja..ha
PadamGcr tu bila nak bayar.. Nak tunggu berapa lama... Mana presiden senyap je
BalasPadamssalamualaikum Tuan/Puan,
BalasPadamBerkenaan dengan GCR kami yg telah kami pohon kenapa JPA tidak dpt meluluskan dan mereka telah mengembalikan borang permohonan kami kpd jabtan dan sehingga skrg kami tidak mengetahui keberadaan borang permohonan kami.
Saya sndri telah menghantr emel kpd KPM dan mereka memaklumkn bhwa KPM tiada peruntukkn utk pembyrn gcr. Sekrg ni mcm mn dgn nasib bplh org bahkan byk lagi penjawat awam yg memohon sblm ni? Dh bebulan mereka hantar borang tp jwpn drpd pihak Jpa dan KPm amat mengecewakan.
GCR tu bila nak bayar? Janji kosong?
BalasPadamNak buat apa kejadah RM100... Memang mangkok betul KOPEK ni... Kaji bertahun-tahun... semua kencing ja.... Katup ja la KOPEK ni, langsung x ada fungsi...
BalasPadamitu bukan perihatin. Kalau perihatin, PM dah umum tambahan elaun ataupun kenaikan gaji serta merta disebabkan tanggungan kos sara hidup. Macam ni lah, semua kita penjawat awam, bagi undi kpd parti politik yang mampu memenuhi tuntutan kita, amacam?!
BalasPadamDan kepada sekolah-sekolah, tolong jangan wajibkan anak2 ke sekolah. Banyak nak kena bayar nih.
Dan kpd guru2 sekolah, tolong jangan minta murid2, pelajar2 beli itu beli ini, buku kerja sekolah bagai, pening ibubapa nak pinjam duit. dah lah kerajaan tak perihatin. Guna jer apa yang ada.
Hai,
BalasPadamKeta takder bang. Saya susahkan jiran-jiran sebelah jer, tumpang kete dorang.
Tang mandul tu, dah tak boleh dah bang, dah membiak dah.
Takpa.... Ada brim untuk b40
Padamhttps://www.msn.com/en-my/news/berita/ramai-pelajar-dijangka-tinggalkan-universiti-akibat-kekangan-kewangan/ar-AA12brio?cvid=ca03497beae04e4da790e259326480ec
BalasPadamKalau kgt tu sementara iaitu setahun tu je, kan lbh baik kalau diberi ikut kgt jawatan masing². Lps tu, tahun berikutnya, kekalkan, tak pyh tekan ini dan itu dalam sistem. Kalau kgt asal sblm pengumuman ini adalah 120 tiap tahun, kgt khas ni ptt ikut 120 juga. So tahun berikutnya, kekalkan saja. Sehingga tahun yg seterusnya, baru la naikkan mcm asal iaitu 120 td. Ni kena tekan enter deduct balik nilai tu lepas tahun berikutnya. Silap² ada yg kena bayar balik pula. Menyusahkan diri sendiri je kalau mcm tu. Benda blh buat senang, buat la senang. Aduhai..Tp saya lbh sokong kalau 100 tu dikekalkan. Ni mcm nak ikut pru je. Bagi setahun, lps setahun balik ke asal. Apa ke jadah nya mcm tu? Hmmm
BalasPadam