SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Julai 2007

GAJI MINIMUM 4 SEKTOR DITETAPKAN

Bernama
7/7/2009

BANGI 6 Julai – Kerajaan telah membuat ketetapan mengenai gaji minimum bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor hospitaliti, tekstil, elektronik dan keselamatan yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam hari ini.
Namun beliau berkata, penetapan gaji minimum bagi beberapa sektor lain masih diteliti oleh Majlis Gaji Kebangsaan.
“Kini isu gaji minimum sedang ditangani oleh Majlis Gaji Kebangsaan. Ia akan melibatkan sektor perladangan, hospitaliti, keselamatan dan tekstil. Kita akan umumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2009 Peringkat Kebangsaan dan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana, di sini hari ini.
Sempena pelaksanaan pelarasan gaji sembilan peratus sebelum ini, kira-kira 30,000 penoreh getah, pekerja ladang dan pekerja am di seluruh negara dilaporkan telah menikmati gaji minimum antara RM500 dengan RM600 sebulan berbanding RM450 sebelumnya.
Subramaniam turut melancarkan perkhidmatan penghantaran borang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) 8 secara online yang mewajibkan majikan dan mereka yang bekerja sendiri melaporkan sebarang bencana atau kemalangan di tempat kerja. – Bernama

6 ulasan:

Chinta Chundary berkata...

gaji..gaji..gaji...

Chinta Chundary berkata...

mungkin ianya releven seiring dengan kos hidup sekrang

Chinta Chundary berkata...

perlu dipertimbangkan jika malaysia mahu berstatus berpendapatan tinggi

Chinta Chundary berkata...

sokong pendapat cuepas..moga usul ini dipertimbangkan kerajaan

FULL Movies/Drama Online - BudakGemok[dot]com berkata...

hal ni perlu di laksanakan dengan kadar segera dan menyeluruh


** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **

FULL Movies/Drama Online - BudakGemok[dot]com berkata...

yes..akhirnya ini dijadikan satu perkara utk dikaji


.:: Free HQ Movies and Drama by Budak Gemok [dot] com. Watch Online ::.