petikan dari Bernama
12/08/2008
12/08/2008
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta kerajaan membenarkan pekerja asing di negara ini menubuhkan persatuan bagi membolehkan mereka menyuarakan sebarang masalah yang dihadapi dengan majikan.Pesuruhjaya Suhakam Datuk N. Siva Subramaniam berkata melalui cara itu, segala aduan dan masalah yang dihadapi mereka dapat disalur secara formal.Banyak negara telah membenarkan penubuhan persatuan seumpama itu dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah, katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat bersama kesatuan-kesatuan sekerja di pejabat Suhakam di sini hari ini.Beliau berkata Suhakam banyak menerima aduan mengenai hak asasi pekerja termasuk daripada pekerja asing dan antara masalah yang diterima ialah dibuang kerja, menafikan hak yang terkandung dalam perjanjian pekerjaan, gaji dan aduan mengenai mereka dijadikan hamba."Sekurang-kurangnya dua kes berkaitan hak asasi pekerja diterima (oleh Suhakam) setiap hari. Isu mengenai hak asasi pekerja itu perlu diatasi segera," katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung MTUC G. Rajasekaran berkata MTUC menerima 1,200 aduan daripada pekerja tahun lepas membabitkan masalah majikan tidak membayar gaji.Perbincangan sehari yang melibatkan wakil Cuepacs, MTUC, Majlis Peguam, Tenaganita, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persekutuan Majikan Malaysia itu antara lain membincangkan isu mengenai kebebasan untuk berpersatuan, diskriminasi serta hak asasi pekerja.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan