Petikan Berita Harian
12/8/2008
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mencadangkan kerajaan supaya membenarkan pekerja asing di negara ini menubuhkan kesatuan, khusus bagi menjaga kebajikan mereka untuk tempoh jangka panjang. Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, berkata langkah itu penting untuk menangani segera masalah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini tetapi dibiarkan menderita oleh ejen tidak bertanggungjawab. “Suhakam percaya langkah menubuhkan kesatuan pekerja asing akan menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan mereka (pekerja asing), contohnya ditipu dan dianiaya majikan.
“Sikap tidak bertanggungjawab individu atau agensi tertentu yang menjadikan pekerja asing seperti hamba abdi menjejaskan nama negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat antara Suhakam, MTUC, Cuepacs, Tenaganita dan Majlis Peguam di sini, semalam.

2 ulasan:
saya menyokong cadangan membenarkan pekerja asing tubuh kesatuan. ramai pekerja asing ditipu majikan. sedangkan mereka masuk bekerja ikut-ikut undang-undang malaysia tetapi majikan ingkar. mereka kerja tanpa cuti, gaji tidak dibayar atau lewat bayar. pekerja asing tiada tempat untuk melaporkn masalah mereka. sedangkan mereka bekerja secara sah. saya juga mencadangkan supaya menyenarai hitam majikan ingkar dari mengambil pekerja asing.
tubuh kesatuan amat perlu krn ada kes baru sampai sudah kena tipu. majikan tidak mahu bayar urusn permit. pekerja bingung krn tiada tpt mengadu. tiada wang, kerja tiada. bagaimana nasib mereka sdgkan tempoh paspot hanya 2 bln. akhirnya mereka jadi pendtg tanpa izin. kesatuan pekerja asing amat diperlukan bagi melindungi nasib mereka dan beri pengajarn bagi majikan penipu.
Catat Ulasan