Bernama
By: Ramjit-->
12/3/2009
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Syarikat tempatan akan menjimatkan lebih RM400 juta dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan pengurangan sumbangan mereka kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan."Inilah yang dipohon para majikan dari kerajaan sejak tahun lepas," katanya kepada Bernama sebagai mengulas suntikan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua yang diumumkan Selasa.Menerusi pengumuman pakej rangsangan itu, majikan hanya akan membayar 50 sen bagi seorang pekerja sebulan, berbanding RM1 sebelum ini.Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mahmoud berkata kerajaan perlu juga mencadangkan penubuhan dana pemberhentian pekerja.Tabung seumpama itu boleh dimanfaatkan secara langSung oleh 20,000 pekerja yang telah diberhentikan, katanya.Beliau berkata pengumuman pakej rangsangan itu juga merupakan masa yang sesuai bagi kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja sebanyak RM900 termasuk pemberian elaun kos sara hidup (COLA) sebanyak RM300.Presiden Cuepacs, Omar Osman berharap seramai 50,000 pekerja kontrak akan diserap ke dalam perkhidmatan tetap.Cuepacs turut menyambut baik pemberian subsidi tol, katanya.Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia menyambut baik pemberian subsidi kepada keperluan asas seperti gula, tepung dan roti.Namun ketua pegawai eksekutifnya Mohd Yusof Abdul Rahman berharap pemberian subsidi itu perlu dipantau agar tidak disalah guna.-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan