20 April 2009

MTUC MINTA BARISAN MENTERI TURUN PADANG SEBELUM RANGKA KPI

Bernama
By:
Ramjit-->
20/4/2009




PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Jumaat mencadangkan supaya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi perkhidmatan awam harus menekankan kepada soal perancangan, penyelarasan, keberkesanan dan produktiviti.Setiausaha Agungnya G. Rajasegaran berkata sebelum kaedah KPI dibangunkan, adalah penting bagi pemimpin tinggi kerajaan seperti menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan ketua jabatan turun padang bagi merasai apa yang dilalui oleh rakyat.Beliau memberitahu Bernama di sini Jumat bahawa pegawai atasan berkenaan sering diberi keutamaan ketika berurusan dengan jabatan kerajaan dan mereka tidak mengetahui kesukaran yang dilalui oleh rakyat biasa."Jadi adalah penting untuk pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan supaya sentiasa turun padang dan mengetahui secara dekat kelemahan dan cara menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya.Rajasegaran, bagaimanapun, mengakui banyak jabatan kerajaan telah melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaiannya tetapi masih ada banyak ruang memperbaiki lagi sistem perkhidmatan bermutu tinggi.Beliau memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan inisiatif memperkenalkan KPI kepada semua anggota Kabinet dan berharap usaha itu akan dikekalkan dan berjaya membawa perubahan.Rajasegaran berkata walaupun apa juga hasil keberkesanan konsep KPI namum pada dasarnya rakyat biasa harus menikmati sistem penyampaian perkhidmatan awam yang sebaik mungkin.Sementara itu, setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya masih menunggu garis panduan KPI dari Ketua Setiausaha Negara."Sebaik sahaja menerima panduan itu, kami mampu memberi input," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan