17 April 2009

PELUANG KENAIKAN PANGKAT DAN MENIKMATI GAJI LEBIH TINGGI

Media Cuepacs
17/4/2009

TEMA HARI PEKERJA CUEPACS 2009 : KEBAJIKAN PEKERJA DIBERI KEUTAMAAN

Melaka : Mesyuarat Khas Majlis Kongres CUEPACS sebulat suara menerima “Cadangan Tambahan Tangga Matagaji Sector Awam Mengikut Klasifikasi/Gred” yang telah dibentangkan oleh Puan Lok Yim Pheng , Timbalan Setiausaha Agung 1 pada mesyuarat Bil 4 sesi 2007-2010 yang telah diadakan di Hotel Lisbon, Jalan D’Albuqueque, Portuguese Settlement Ujong Pasir, Melaka, pada 11hb April 2009.Diantara Isu-isu yang dibincangkan bersama termasuklah perkara-perkara tuntutan CUEPACS dan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia.Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman yang mempengerusikan mesyuarat telah menerangkan beberapa perkara utama berkaitan isu-isu semasa. Diantaranya:

i) Maklumbalas/Penambahbaikan PTK
ii) Kenaikan COLA & Imbuhan Tetap Perumahan
iii) Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan II
iv) Pekerja Kontrak/Sementarav) Sambutan Hari PekerjaPenambahbaikan PTK,

Pihak CUEPACS akan menyerahkan Memorandum Khas kepada KPPA dan menjangkakan menerima keputusannya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum 30hb Mei 2009. Penambaikan PTK telah diputuskan semasa mesyuarat khas di Hotel Sungai Petani Inn iaitu tidak akan menerima keseluruhan pakej butiran pindaan ke atas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari 2009 dengan mengambil pendekatan mewujudkan Jawatankuasa Penyemakan bagi menambahbaikan kandungan yang terkandung didalam surat pekeliling kerana 40 peratus daripada 34 perkara yang dikemukakan itu tidak memuaskan.Berkaitan tuntutan COLA dan Imbuhan Tetap Perumahan, ianya masih dalam peringkat penelitian Pihak Pembendaharaan Malaysia.”Pemantapan dan Penambaikan Skim Perkhidmatan Awam” adalah salah satu tajuk strategi yang akan dicadangkan bagi isu kenaikan pangkat kumpulan sokongan. Cadangan-cadangan dan strategi ini telah dibincangkan bersama dalam mesyuarat tersebut. Ahli-ahli Kongres diberi peluang memberi cadangan dan idea-idea tambahan bagi penambahanbaikan cadangan tersebut.
Mengikut rekod pekerja kontrak dan sementara, seramai 50,000 kakitangan awam kontrak kini bertugas diseluruh negara termasuk dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT). CUEPACS bimbang dengan situasi berkenaan dan menjangka seramai 10,000 kakitangan awam kontrak bakal kehilangan pekerjaan menjelang Jun. Malah ada yang telah berkhidmat selama 28 tahun tetapi ditamatkan kontaknya. Terbaru laporan bahawa 80 pegawai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bakal menerima nasib yang sama ditamatkan perkhidmatannya.
Melaka Bandaraya Bersejarah, bakal dikujungi oleh semua gabungan CUEPACS dari seluruh Malaysia. Sambutan Hari Pekerja yang akan diadakan pada 1hb Mei 2009 bakal menyaksikan “perubahan”. 3 Anugerah bakal disampaikan iaitu Anugerah Tokoh Pemimpin, Anugerah Kesatuan Aktif dan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang.Kita tunggu perubahan-perubahan itu nanti.
Tarikh-tarikh penting aktiviti CUEPACS:

1. 30hb April 2009, Jam 2.00 petang(Taklimat Ekonomi di Universiti Putra Malaysia)
2. 30hb April 2009 Jam 8.00 malam ( Majlis Makan Malam di Melaka)
3. 1hb Mei 2009 ( Sambutan Hari Pekerja di Melaka)
4. 2hb Mei 2009 (Sambutan Hari Pekerja di Bukit Jalil)
5. 14 hb Mei 2009 (Hari Pekerja Sektor Awam 2009) tertakluk kepada perdana menteri

KU AZMI
Presiden KESKA

4 ulasan:

  1. Kenapa jawatan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) Gred N14 tidak wujud?

    BalasPadam
  2. Harap kakitangan kontrak diserap ke skim tetap dapat menjadi kenyataan, kerana itulah yg ditunggu oleh kami kakitangan kontrak... tambah lagi keadaan ekonomi yg lembab...

    BalasPadam
  3. Apakah peluang kerjaya Pembantu Tadbir untuk meningkat

    BalasPadam
  4. Sedih.. memang betul apa yang terjadi. Saya sendiri berkhidmat untuk negara sebagai penjawat awam kontrak telah dua bulan tidak bekerja. Tidak tahu sama ada kontrak saya akan disambung atau tidak.

    BalasPadam