SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Mei 2009

CUEPACS ABAIKAN LULUSAN UNIVERSITI

Utusan Malaysia
28/5/2009

Saya secara peribadi berbangga menjadi seorang warga kakitangan Kerajaan Malaysia walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah bahagi.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang dikenali pembela kakitangan kerajaan sejak menerajui Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran mahupun sebagai Perdana Menteri.
Namun persoalan saya apakah hala tuju perjuangan kepimpinan CUEPACS yang dilihat hanya memperjuangkan penambahbaikan bagi kakitangan sokongan sahaja. Adakah nasib kami lepasan universiti tidak layak untuk diperjuangkan?
Untuk makluman, golongan kami ibarat telah dijadikan anak tiri. Tuntutan pelarasan gaji yang diluluskan oleh kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, hasil perjuangan CUEPACS, telah menjadikan gaji antara kami lebih rendah berbanding gaji rakan yang tidak ke universiti.
Ini berlaku hasil gerakan mata gaji 25 peratus bagi kumpulan sokongan dan hanya 15 peratus untuk kami. Kemudian beberapa keistimewaan kenaikan pangkat dipermudahkan ke gred 32 dan sehingga ke gred 38 yang mana jumlah gaji hampir menyamai gaji Pengetua Gred DG 48!
Saya berpendapat kedudukan ini amatlah unik di mana golongan yang belajar tinggi mendapat gaji lebih rendah berbanding mereka yang tidak ke menara gading. Jika tidak, masakan heboh saban hari golongan guru DG 41 yang melanjutkan pelajaran meminta pihak berwajib menimbang kedudukan mereka yang rendah gaji, bukan oleh rakan yang sama keluar maktab, malah gaji junior dari maktab pun melebihi mata gajinya.
Memang lebih pelik jika berkhidmat di sekolah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, mahu pun DG 44, akan menerima arahan dan tugasan daripada pegawai di Pejabat Pelajaran yang mempunyai gred DG 29 atau DG 32 walau pun penstrukturan baru ada menunjukkan penambahan pegawai DG 41.
Berita terbaru menambahkan lagi keistimewaan kumpulan sokongan di mana 15 tahun berkhidmat automatik mendapat kenaikan pangkat. Itu belum lagi tuntutan yang akan dibuat untuk memohon penambahan Elaun Cola dan Elaun perumahan bagi kumpulan sokongan ini.
Tahniah diucapkan kepada kepimpinan CUEPACS yang menjadi pembela golongan sokongan. Namun pastikan mereka itu menjadi nadi penggerak utama dasar dan menjadi penyokong setia kerajaan di waktu senang dan susah serta tidak menjadi duri dalam daging kerajaan pada waktu pilihan raya nanti.

RIDZUAN MAHMUD
Kuala Lumpur

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Encik ini nak bezakan langit dan bumi,tak cukup lagi kah isu guru di bincang hari2 sampai ke kabinet?
hal staf sokongan pernah tak sebelum ini..
nak ugut pulak staf sokongan mesti sokong kerajaan masa pilihanraya...baik kamu jadi ahli politik aja,jangan jadi guru..
hal pilihanraya ,wakil rakyat yg penentu kemenangan,bukan habuan yg dijanjikan.

Tanpa Nama berkata...

kalo x puas hati, berenti je la...

Tanpa Nama berkata...

Bos Cuepacs lulusan universiti mana ye?

siti mutiara berkata...

saya amat setuju dengan fakta cuepacs abaikan lulusan universiti... memang betul. Saya salah seorang yang menjadi mangsa ketidak adilan tersebut. Tuan tanpa nama, kalau tak faham apa-apa jangan bercakap. orang cerita lain, awak cerita lain.

Tanpa Nama berkata...

golongan sokongan ni kebanyakan nya suka mengulat contoh macam kerani kat sekolah saya lah.. dah lah tak peka apa yg dikeluarkan oleh jpn, kpm ... asyik fb ... makan.. borak..keje tak siap.. sampai kena serang dgn cikgu yg dah pindah sebab tak urus gaji. kami guru memanjang keje duduk pun tak sempat. nak gaji lebih .. belajar malas.. tgk cara keje pun tahu malas belajar masa sekolah. tahu nak gaji banyak. benci aku dgn sokongan ni..

ada hati lak korang cakap tak puas ati berhenyi keje.

aku tak pernah tak puas hati dgn keje aku atau gaji cuma tak puas hati dgn golongan sokongan ni yang hampeh buat keje, pemalas. kat putrajaya tu berapa ramai yang suka ngulat

sebab tu korang tak nak sbpa sebab ada exit policy... aku sokog sgt exit policy ni..

Tanpa Nama berkata...

tengoklah nanti mesti ramai golongan sokongan isnin ni menempel kat blog ni... keje tak jalan dok main internet je...