29 Jun 2009

40% PERATUS PETUGAS AWAM TERIMA GAJI BERSIH TAK SAMPAI SEPARUH

Bernama
28/06/2009




KUALA LUMPUR 28 Jun — Seramai 450,000 orang daripada 1.2 petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.
Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.
“Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Shah berkata ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.
“Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang,” katanya.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.
“Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah,” katanya.
Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.
Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.
Muhammad Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu.
— BERNAMA

5 ulasan:

  1. cuepacs bagi ola cadangan pada kerajaan bagaimana penjawat awam nak kurang tanggungan kos mereka.

    contohnya, kereta, rumah dan sebagainya.

    bagi idea bernas agar kerajaanboleh pertimbangkannya.

    kerajaan sendiri pulak mesti ada dasar yg bagus untuk penjawat awam.
    penjawat awam kalau ada masalah banyak nak fikir, prestasi mesti out punya.

    jadi, pikir2 la...

    BalasPadam
  2. apa kata kerajaan buat cam ni...

    potongan rumah dan kereta (baru) RM500 ja...(borong). rumah ni jika harga RM100,000 ke bawah (loan kerajaan)dan kereta harga RM80,000 (kerajaan bagi loan pada penjawat awam, tak kira kumpulan mana).

    masa potongan akan ambil kira pencen, gratuity dan sebagainya.

    bagi yg berbaki pada bayaran rumah, kereta boleh kira balik setakat yg berbaki semasa dan reloan balik dengan bunga yg rendah.

    baru cantik..

    rakyat pun nak rasa senang jugak...

    kereta, rumah ni keperluan bukan untuk aksyen...

    nak harap gaji...kerajaan bukan boleh harap sangat..lambat naik..naik pun ciput ja...heboh je lebih...

    BalasPadam
  3. sokong sangat kata cuepacs tu..kat bandaraya cam pj,kl,s.alam memang tinggi sangat la kos hidup,upah jaga bayi pun $250 sorang,sewa atau beli rumah memang senak perut dibuatnya..takde yang bawah $500,tempat kerja jauh takde yang 3-4 km,sume 20km keatas dan jem sepanjang masa..kos minyak petrol 1/4 dari gaji,,belum tol lagi..memang tak sepadan pun cola $300..aduh siksanya cuma yang baiknya kerja tetap takde kena retrenched

    BalasPadam
  4. kakitangan perlu diterapkan berbelanja mengikut kemampuan.

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  5. camner tentukan 40% gaji bersih tu kira atas payslip sahaja atau kesemua potongan (dalam payslip dan luar payslip)
    kalau ada caruman KWSP dalam payslip, ia dianggap tanggungan dan diambilkira dalam jumlah potongan ker?
    Penjelasan dari pihak berwajib (bahagian harta) perlu untuk gambaran jelas kepada penjawat awam. agar masalah ini dapat dielakkan...!!!

    BalasPadam