Berita Harian
17/7/2009
SAYA ingin merujuk laporan muka depan akhbar ini bertajuk ‘Bonus Tetap Sektor Awam’ berkisar kepada tuntutan dipersetujui Majlis Kongres Cuepacs untuk dikemukakan kepada kerajaan.
Selaku penjawat awam, saya rasa amat malu dengan kenyataan itu apatah lagi dalam suasana negara berdepan kemelut ekonomi yang menuntut penyatuan dan pemahaman daripada segenap lapisan masyarakat untuk menghadapinya dengan cekal hati.
Cuepacs memandang dari sudut material saja dalam soal menaik taraf skim perkhidmatan penjawat awam. Cuepacs gagal melihat kehendak dan ruang yang perlu diisi oleh penjawat awam lebih daripada soal wang semata-mata.
Amat jarang mendengar Cuepacs mempersoalkan kemerosotan tahap disiplin di kalangan penjawat awam sendiri yang semakin meruncing. Saya percaya jika Cuepacs benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka, soal wang, gaji, bonus dan elaun adalah perkara terakhir yang akan diperbincangkan.
Tidak dapat dinafikan pelbagai perubahan sudah berlaku dalam perkhidmatan awam jika dibandingkan dengan dulu terutama dari segi kelancaran proses dan infrastruktur ICT yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.
Sebilangan besar penjawat awam juga menunjukkan komitmen tinggi kepada jawatan yang disandang. Namun, saya juga tidak dapat menafikan masih wujud segelintir penjawat awam mengambil mudah akan tanggungjawab dan tugasan diberi.
Golongan ini berasa begitu yakin bahawa kedudukan mereka tidak akan tergugat, malah jauh sekali dibuang kerja. Saya juga yakin masih ada segolongan penjawat awam yang layak dipanggil ‘makan gaji buta’ dan tidak melakukan pekerjaan setimpal dengan bayaran diterima.
Saya ingin tahu sama ada Cuepacs memandang berat perkara ini dan jika ya, saya ingin tahu sejauh mana Cuepacs benar-benar serius menanganinya terutama di kalangan kumpulan sokongan.
Cuepacs mendakwa antara punca yang menyumbang kepada peningkatan kadar rasuah di kalangan penjawat awam adalah pendapatan diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan kehidupan.
Justeru, Cuepacs berpendapat kesediaan kerajaan menaikkan gaji dan memberi bonus akan mampu mengatasi masalah ini. Namun, saya berpendapat perkara begini menyebabkan sesetengah penjawat ‘naik lemak’ dan tidak serius dalam pekerjaan masing-masing.
Rata-rata penjawat awam meletakkan sasaran kewangan sebagai objektif utama untuk memohon memasuki perkhidmatan awam, bukannya kesediaan berkhidmat kepada negara. Seperti umum sedia maklum, bergelar penjawat awam juga melayakkan mereka menikmati pelbagai kemudahan kerajaan seperti pinjaman kenderaan dan perumahan.
Saya sedar jika kerajaan bersetuju dengan cadangan Cuepacs itu, secara tidak langsung saya juga akan turut menerima tempiasnya. Begitu pun, dalam suasana tidak menentu seperti sekarang, saya berpendapat tindakan Cuepacs mengemukakan perkara berkenaan amat tidak bertepatan dan tidak mencerminkan konsep Satu Malaysia.
Selaku penjawat awam, Cuepacs seharusnya menjadi penyokong kuat kepada gagasan ini dan bertindak selayaknya.
PENJAWAT AWAM KECEWA,
Keramat, Kuala Lumpur.

28 ulasan:
Golongan Sokongan aja yg bermasalah?
Yang selalu kena tangkap rasuah,seleweng salah guna kuasa ,menyalak tak puas hati sana sini,golongan mana?
Golongan sokongan mana kuasa yg nak disalahguna..
mana ada kedudukan dalam menbuat keputusan..
Lu pikir lah sendiri
ini mesti guru..
dia nak golongan dia aja yg dapat..
hmmm..
jangan dengki dgn guru..
mereka ada ilmu dan berijazah..
so layak lah dapat apa yang sepatutnya. bukan senang utk mendidik.
staf sokongan..hangpa x ada ijazah nak gaji mcm ijazah..
mana logik...
belajar x pandai..tapi gaji nak mcm pegawai...
lu pikir lah sendiri
kau ingat semua cikgu aje pandai ke,,,ada ijazah golongan lain pun ada tapi dah rezki jadi kumpulan sokongan,,,
ingat kerja mendidik je ke susah kerja lain senang sangat lah yea......awak jadi cikgu tapi itu bukan lesen untuk mengajar semua orang tau...banyak juga yg bodoh sombong,,,dan mengular waktu mengajar
bukan masalah guru...
masalah sekarang adalah golongan sokongan yang nak gaji macam ijazah.
mana boleh..
dulu masa sekolah x mahu belajar betul betul...
bila kerja nak gaji mcm ijazah, macam pegawai ptd, mcm pegawai..
logik ke...
belajar x pandai..pikir pun x pandai...
asyik menyalahkan orang sahaja..
heran...
aku rasa diorang tak kaji dulu sebelum bercakap, sekurang2 nya cikgu ada ijazah dapat gaji ijazah, kami ni juruteknik ada sijil politeknik tapi gajinya skim SPM...lu pikir la sendiri guru oiii...dah bagi betis nak peha pulak...banyak lagi kategori yang perlu diperjuangkan...untuk guru tu dah banyak perubahan...sudah-sudahlah tu...bagi la pulak pada kategori yang rendah ni mendapat yang sepatutnya
Terima kasih sajalah atas komen penulis yang tidak bersetuju cuepacs mohon mendapatkan ganjaran.Walau macam mana saya sebagai penjawat awam bersetuju sekurang-kurangnya dapat menambah sedikit pendapatan. Jangan dok pertikai apa yang diminta, sebab dia tak minta sesen pun daripada sdra.Kalau tak setuju jangan terima. Saya nak.
Betultu Pakullazi, kakitangan sokongan merasa tertekan dengan gaji yang mereka dapat, apa yang mereka dapat tidak dapat menyara sebuah kehidupan yang selesa.Nilai Ringgit kita kian mengecil dan harga barang meningkat berkali-kali ganda.
Usahlah dipertikan siapa yang pandai dan siapa yang tidak pandai di dalam pekerjaan ini. Masing-masing perjawatan sama penting. Kalau semua masuk Universiti , siapa yang akan mengerjakan kerja-kerja bawahan ??? Yang telah berjaya menjawat jawatan tinggi , jangan merasa bongkak dan yang di bawah kerjalah dengan ikhlas, pasti ganjaran akan diterima nanti.
Masing-masing ade fungsinya.
Kepada Guru-guru seluruh Malaysia, jalankan tanggungjawab anda dengan ikhlas mendidik anak bangsa. Guru dulu dan Guru sekarang jauh bezanya, kita dapat melihat perbezaan ini.
masalahnya bukan dengki dengan guru tetapi dalam apa juga ulasan guru mesti ada bias kat kumpulan sokongan macam kumpulan sokongan sahaja sentiasa tak betul,,,apa kes.......nak komen ,komen sahajalah tak payah nak usik periuk nasik orang lain.....bukan benci dengan guru tetapi guru yg benci dengan kumpulan sokongan.....tak caya bacalah balik catatan asal....siap cakap makan gaji buta,,,habis tu cikgu yg buat direct selling kat sekolah tu apa,,dah lah kerja 1/2 hari yg 1/2 hari tu juga digunakan untuk berniaga,,kalau cakap benda tu buat masa waktu takde kelas,,bukan sepatutnya waktu tu buat prsediaan untuk mengajar,,,bukan nye berjualbeli,,,nanti masuk kelas dah penat,,,,
SOKONG!! Golongan Guru nie mmg tak tau bersyukur apa yg mereka ada. Diberi betis nak peha macam dorang shj yang ada beban kerja. Padahal mengajar tu dah tugas mereka, byk pulak permintaan nak itu dan ini. tak sudah2 meminta. Dalam byk2 golongan, golongan sokongan shj yang tak banyak berbunyi. Terima apa adanya.. tp, kalo asyik satu golongan shj di perjuangkan.. sapa tak geram.
Bijak mana sangat golongan guru2 nie? setakat mengajar benda yang sama bertahun2 pun dah bising bijak sangat.
Setiap orang ada kebijaksanaannya.. jgn nak angkat bakul sendiri je. Cuma nasib jea tak memihak.
Lu pikirlah sendiri!
saya sokong semua kakitangan awam naik gaji 50%.
semua puas hati...
yippi..
kalau ada kelulusan ijazah..
minta lah jawatan yang bersesuian..
tak kan ad ijazah masih lagi nak jadi PT..mana boleh..
contoh tukang kebun yang sambung belajar dapat ijazah..masih lagi nak kerja tukang kebun tapi nak gaji ijazah.. mana boleh
awak kena apply jawatan yang setaraf dgn kelulusan..ini terkandung dalam perintah am...
x tahu ke???
ada faham..
jangan gaduh gaduh...
kita berdoa lah kakitangan awam naik gaji...
kan best...
heran ye..kenapa guru aje kena hentam...
apa salah mereka...
Kalau semua apply terus dpt, takdelah graduan bersepah.
x reti lagi?
Bukan semua orang bernasib baik. Jadi, janganlah terlalu bangga diri.
bersatulah wahai semua
tanpa staf sokongan pt sapa buat gaji guru ker dorang pandai tak buat ... so hargailah staf sokongan manusia jugakan... sedarlah diri coz manusia banyak kelemahan dari kelebihan
Terima kasih CUEPACS kerana mendengar dan sudi menolong penjawat awam level sokongan terutamanya. Terima kasih di atas segala permohonan kpd kerajaan bagi mendengar suara para pekerja sokongan ini. Tanpa mu (CUEPACS) x dptlah kami merasa dan tiada siapa yg sudi membela kami kakitangan sokongan ini. Jutaan terima kasih sekali lagi. Saya sudi terima segala kenaikan yg diperjuangkan dan kpd mereka-mereka yg x mahu terima BONUS tu, elokla DIAM aje. Terima kasih.
saya sokong cik..kepada kakitangan awam golongan atasan yang dah kaya raya melimpah ruah dengan segala elaun dan kemudahan jangan perkecilkan golongan sokongan yang amat memerlukan ganjaran untuk menampung kos kehidupan yang semakin meruncing ni..jangan cuba nak tutup periuk nasi kami..kalau tak setuju dengan tuntutan cuepacs nih kalau dapat bonus nanti pergi sedekah kat rumah anak-anak yatim..pastuh..jaga disiplin diri..jangan ambik rasuah..
staf sokongan banyak yang dengki dengan pegawai....
nak gaji lebih...
sedarlah anda hanya sebagai sokongan
Hai kawan.. kalau tak nak ganjaran tu janganlah ambil. Bagi aja orang yang nak..jangan byk komen. Cakap disiplin lah..sendiri bagus ke tidak?
saya nak ganjaran,.,,
staf sokongan..jangan dengki dgn org..
kalau berkali-kali mengambil
peperiksaan mengambil sijil diploma
izazah macammana pula kerja dipejabat boleh bereskah tidak kah
kerja itu bertimbun nanti hanya
semata mata mengambil sijil konon.
bagaimana dengan angkat sumpah waktu akur janji berkatkah gaji yang kita terima nanti ya ampun,,
guru baru skarang ni memang banyak tapi mengarut jer!!. pasal tak dapat kerja yang sesuai dgn ijazah lepas tu masuk mintak jd guru kemudian komplain gaji tak banyak susah naik pangkat!. kalau tengok pada budak sekolah sekarang ni perangai mengarut pasal dapat guru yang mengarut, kejar duit dan pangkat. sebelum kahwin suka 'ringan-ringan' kat tasik dan dalam kereta(aku tahu pasal member aku banyak kahwin dgn guru). Lain la dgn GURU zaman dulu-dulu.
itu sedara kau lah dalam kereta tu kot..
budak kurang ajar sebab mak bapak kurang ajar.
Kerja guru kan kerja yg mulia... memberi ilmu pd anak org dpt pahala.. wat la kerja tu elok2 sket.. perangai tu berubah la, jgn kejarkan dunia semata, mengajar anak org tu, ajar la dgn ikhlas baru la budak tu jadi manusia yg berguna bukan manusia tong sampah yg berlambak2 skrg ni.. guru2 wake up!!
macam mana pula saudara saya dating
dalam kerita tu sedangkan mak dan
bapa saya anak tungal dan saya pun
anak tungal dan dah lama bapa dan mak saya meningal semasa kecil lagi
dan saya anak yatim piatu. dan
saudara saya dari mana pula tu dari
negara jiran kot.
untuk ulasan Khamis, Julai 30, 2009 10:17:00 AM
Kesiannya... dengar cite kamu nie.
Untuk ulasan Rabu, Julai 29, 2009 4:29:00 PM
Iskh3.. jahat sungguh mulut kamu nie. Sok ada anak begitu, atas didikan kamu jugak lah kot. iskh3..
**Anak yang jahat, tidak bermakna salah didikan orang tua. Begitu juga sebaliknya. Manusia kan pelbagai ragam dan tingkah laku.
Jadi.. fikir2kanlah..
saya setuju utamakan disiplin tapi ganjaran pun saya nak..
Pak Misai
Catat Ulasan