SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Julai 2009

CUEPACS TUNTUT BONUS DALAM SKIM PERKHIDMATAN

Bernama
15/07/2009 3:51pm




KUALA LUMPUR 15 Julai — Cuepacs menuntut supaya elemen bonus digabungkan dalam skim perkhidmatan kakitangan awam bagi memastikan ia dibayar setiap tahun.
Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan.
Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Kongres itu juga mencadangkan supaya kadar faedah bagi pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus pada kadar sekarang kepada satu peratus setiap tahun.
Perkara itu merupakan antara beberapa cadangan baru kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan kepada penjawat awam dalam satu memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak lama lagi.
Sumber-sumber CUEPACS memberitahu Bernama hari ini bahawa memorandum itu diluluskan pada mesyuarat majlis kongres di Ipoh baru-baru ini juga akan menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh para pegawai.
— LAGI CUEPACS-BONUS 2 KUALA LUMPUR Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.
Satu lagi perubahan besar yang dituntut CUEPACS adalah berhubung pengiraan pencen.
Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen yang ada sekarang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir ditukar bagi memasukkan juga semua elaun.
Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.
CUEPACS juga menuntut satu faedah baru dalam bentuk cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Satu lagi faedah baru yang diminta ialah bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Mengenai pelbagai skim perkhidmatan, Cuepacs menuntut supaya sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan.
Cuepacs juga mahu skim sub-profesional diwujudkan bagi pemegang diploma.
Sumber-sumber itu berkata para pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbang cadangan mereka dengan fikiran terbuka.
“Kami sedar bahawa cadangan itu, yang jika diterima keseluruhannya, akan meningkatkan kos pentadbiran kerajaan dengan begitu besar tetapi apa yang kami harapkan ialah permintaan kami itu akan dipenuhi secara berperingkat,” kata mereka.
— BERNAMA

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas usaha murni cuepacs dalam menyuarakan hasrat murni untuk membela seluruh kakitangan awam. Namun bagi kakitangan kontrak kami masih merenung jauh masa depan kami. Menyentuh tentang cuti.. iaitu dari 150hari untuk tempoh sepanjang perkhidmatan dan tidak melebihi 6 hari setahun ke jumlah yang sebenar hanyalah untuk pegawai tetap sahaja . Bagi pegawai kontrak ia di bayar untuk setiap habis kontrak iaitu tidak melebihi 6 hari untuk dua tahun. Bermakna mereka hanya dapat 3 hari untuk setahun berbanding 6 hari bagi kakitangan yang tetap.. Harap Cuepacs dapat membela nasib kakitangan kontrak. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

pekerja kontrak dah tahu syarat semasa memilih pekerjaan itu,

akur lah dgn syarat kontrak..anda bukan pekerja tetap. jangan meminta nak jawatan tetap.

utk maklumn..imbuhan pekerja tetap x sama dgn pekerja kontrak.

anda pun tahu...

apa lg yang nak minta??

Tanpa Nama berkata...

Fikirkanlah idea menggabungkan pemberian bonus dgn prestasi KPI tahunan Jbtan/Kementerian masing2. Jadi bukan semua kakitangan mendapat bonus yg sama, bhgn yg perform dia dapat lebih. bhgn yg tak perform dia dapat kurang.

Ini dapat mewujudkan satu daya saing meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan mengeratkan sifat bekerja dalam satu pasukan.

Contoh : Bonus 0.5 bulan untuk semua dan ditambah bonus XX bulan berdasarkan KPI Jbtn/Kmtrn masing2.

Sekadar cadangan.

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap agar Ceupacs juga memperjuangkan nasib kami jawatan gred 17 yang mempunyai diploma @ ijazah?ini kerana kos hidup yang kami perlu tanggung adalah tinggi di mana gaji kami itu juga amat perlu untuk membayar pinjaman ptptn bagi diplomna atau ijazah yang telah kami dpt..saya berharap agak kami yang mempunyai diploma atau ijazah yang memegang jwtan gred spm ini diberi sedikit insentif pada gaji kami ini..maka apabila ada insentif khas ini, ianya akan memberi kami motivasi dlm menjalankan tugas sbg penjawat awam

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul

saya sokong ulasan pada Khamis, Julai 23, 2009 11:33:00 AM

hehee..

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu seblom Pak Lah kakitangan awam x pernah x dpt BONUS. Dlm keadaan gawat pun dpt gak. Ni time Najib ni klu x dpt gakkkk x tahu nak kata apa dah.. siap la PRU13 ni. Projek juta-juta, berbilion-bilion duit rakyat habis leh lak luluskan.. time BONUS lak liat mmg melampau rasanya.

Tanpa Nama berkata...

kami berharap ceupacs perjuangkan lah kami juga yg graduate diploma n degree ni yg bkerja gvmt dgn gred SPm gred 17 ni ye....tlg lah kami..your contributions is highly appreciated..

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap cuepacs dapat memperjuangan nasib kami dari golongan paramedik iaitu bagi kakitangan sokongan seperti Pen. Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal, Juru X-Ray , Jururawat Masyarakat dan semua kakitangan yang lain kerana ada daripada skim ini menikmati elaun kritikal manakala ada yang tidak memperolehinya. Bagi Doktor, Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan mereka sudah memperolehi insentif ini manakala anggota yang lain tidak menikmati skim ini. Kerja-kerja yang mereka lakukan juga mengundang risiko sama seperti anggota yang menerima insentif ini. Pen Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik-klinik kesihatan terpaksa melakukan tugas-tugas on-call dan tidak mendapat rehat yang cukup. Ditambah dengan beban tugas yang bertambah sedangkan pertambahan anggota tidak dilakukan. Kadang-kala mengganggu emosi kakitangan terbabit. Semoga pihak cuepacs dapat membela nasib anggota paramedik ini kerana perjuangan mereka dalam menuntut hak seringkali tidak di ambil peduli oleh pihak berwajib.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS..dulu kata nak masukkan agenda untuk menyerapkan pegawai kontrak yang telah berkhidmat lama..Kat mana agenda dan cadangan tu...Cuepacs pun perlu ada KPI juga..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong dpt bonus....

Tanpa Nama berkata...

Beribu kakitangan awam yang bekerja secara kontrak mengharapkan CUEPACS memperjuangkan nasib untuk diserapkan ke Jawatan Tetap.Keperluan kerja ada tetapi masih secara kontrak.Walaupun secara asasnya kontrak dipersetujui,setiap kakitangan kontrak manaruh harapan untuk diserapkan.

Tanpa Nama berkata...

bonus raya pun kena tuntut juga