SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 September 2009

CUEPACS YAKIN KERAJAAN AKAN BERI BONUS

Berita Harian
1/9/2009




KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini. Beliau berkata, keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula. Mengikut perkiraan Cuepacs, katanya, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".
Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini. Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan. Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.
"Kami sebagai penjawat awam sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah dan melaksanakan segala dasarnya dengan berkesan. "Kami berharap kerajaan sebagai majikan contoh tidak akan mengecewakan 1.2 juta penjawat awam yang sentiasa menunggu bonus untuk membantu dalam perbelanjaan akhir tahun keluarga mereka. Sementara itu, syarikat swasta yang mempunyai perjanjian terkumpul dengan pekerja dengan bonus sebagai kewajipan kontraktual akan terus membayar manakala yang lainnya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing. Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, berkata ia adalah perkara biasa bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat bonus dari sebulan hingga empat bulan bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat. - Bernama

74 ulasan:

PUTRAKENCANA berkata...

Pemberian Bonus kepada Penjawat Awam ini akan membantu mereka dalam perbelanjan persekolahan anak-anak mereka di hujung tahun.

Pemberian Bonus ini juga, menunjukkan Kerajaan Prihatin tentang kebajikan penjawat awam.

Ekonomi pun sudah kembali pulih.
Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi pemberian bonus ini.

PENJAWAT AWAM MISKIN berkata...

SAYA CADANGKAN BONUS 2 BULAN GAJI BARULAH BERBALOI..

Penjawat Awam berkata...

Kerajaan seharusnya mengambil kira kebajikan kakitangan sekiranya mahukan kakitangan meningkatkan prestasi untuk menyahut seruan 1 Malaysia.

Ini juga secara tidak langsung membantu kakitangan yang berpendapatan rendah dan sederhana merasa diri mereka dihargai.

Tanpa Nama berkata...

kalau kerajaan mampu beri bonus
bagus juga dapat juga membayar
bil-bil letrik dan air dan membeli
baju raya anak-anak dan anak-anak
gembira juga menyambut hari raya
dan membayar fitrah.

PUTRAKENCANA berkata...

Bersamalah kita berdoa, agar Allah membuka hati Perdana Menteri kita.

Duit Rakyat Malaysia juga tu............

Tak secara langsung, akan merangsangkan lagi ekonomi Malaysia dengan cara berbelanja.

Tanpa Nama berkata...

pemberian bonus ini juga boleh membantu meringankan beban ibu bapa yang akan menyekolahkan anak-anak pada hujung tahun.

Pemberian bonus ini juga menandakan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri kita adalah prihatin kepada kakitangan awam.

orang bawahan cakap berkata...

Jika kerajaan mampu nak bagi bonus, umumkan saja. Jika tak mampu nak bagi, umumkan saja. Janganlah seksa hati penjawat awam! Kita kerja dengan penuh ikhlas, dan kerajaan juga patut ikhlas kepada penjawat awam.

2bz4money berkata...

PM baru sepatutnya bagi bonus, lihat apa Presiden baru Indonesia buat untuk penjawat awamnya...


INDONESIA: PRESIDENT SUSILO TABLES US$100.95 BILLION BUDGET FOR 2010

BY Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, Aug 3 (NNN-Bernama) -- President Susilo Bambang Yudhoyono today unveiled Indonesia's budget forecast for 2010 totalling US$100.95 billion with a US$9.80 billon or 1.6 percent deficit of gross domestic product.

Next year's national income was forecast at US$91.15 billion, a US$3.88 billion increase compared with this year's estimate while the amount of deficit would be US$3.5 billion lower compared to US$13.30 billion in the 2009 budget.

The deficit forecast was based on the economy growing at 5.0 percent, inflation at 5.0 percent, the rupiah exchange rate at Rp10,000 per US$1, the quarterly average of three-month interest rate at 6.5 percent and the price of Indonesia's crude oil in the international market at US$60 per barrel and production at 965,000 barrel per day.

"From the estimated state revenue and grant envisaged to reach US$91.15 billion in 2010, tax receipts are envisaged to reach US$72.92 billion while non-tax receipts US$18.08 billion," said Susilo when tabling the budget in Parliament here.

He said that of the total forecast expenditure, the central government was allocated US$69.97 billion while another US$30.98 billion would be distributed to all 33 provinces.

Susilo who was declared to have won the presidential election on July 25 for a second term, said the government would continue to give priority to education by providing US$5.18 billion.

The second biggest allocation was for the Defence Ministry amounting to US$4.07 billion, followed by the Works Ministry US$3.43 billion, Religious Ministry US$2.6 billion, police US$2.58 billion, Health Ministry US$2.68 billion and Transport Ministry US$1.60 bilion.

Public servants and police and military personnel would receive salary and pension increments averaging 5.0 percent in addition to a one-month salary bonus.--NNN-BERNAMA

Joe BadoK berkata...

Sepatut nya Bonus tidak menjadi masalah kepada Kerajaan, lebih dari mampu. Bukan tujuan kami untuk bermewah mewah tapi untuk Ibu Bapa serta adik beradik yang berada di Kampung merasa sedikit Keceriaan di hari Raya ..

Gaji rm1600 termasuk elaun.. Tinggal di Putrajaya, dimana barangan runcitnya, serba serbi mahal .. Anak anak ditempatkan di taska RM450 sebulan untuk 2 orang . Pampers hampir rm40 di darabkan 8 untuk sebulan. Susu hampir rm21 di darabkan 8 untuk sebulan. Kereta ( bukan tujuan bermewah ) sudah menjadi keperluan Rm 500 sebulan .. Dimana simpanan untuk anak anak ??
Sebenarnya, 'mereka mereka', tidak pernah menyelami kesusahan kakitangan mereka .. Prestasi mahu kelas pertama, tapi gaji kelas ke tiga .. Bukan tidak bersyukur, tapi fikir kembali bila anda yang tersepit ?? Prihatin ke ?? Bila kami kami yang tersepit, apa lagi yang tinggal, HUTANG LAGI ... BANK BANK Yg mengaut keuntungan, hanya lah mereka mereka ini ... Sehingga 15 tahun ...

Bila kenang kembali, berapa gaji amah akan datang ... Rm650 .. Apa beza dengan kumpulan sokongan .. Hanyalah elaun.. So Prihatin ker ?? Setiap tahun, mengemis, merayu, tertunggu2 dan tertanya tanya ...

Apa pun saya setuju dengan pendapat ORANG BAWAHAN CAKAP, sekiranya ada bagitau, tiada pun bagilah tau ..
Kita nih, kakitangan awam ataupun amah ???

Tanpa Nama berkata...

Putrajaya adalah jugak kuarters, lepas bayar rumah sewa. bagi kami yang duduk rumah sewa lagi teruk. gaji RM2k pun tak cukup. Kawan saya yang baru beli rumah lagi teruk. Bayar pinjaman rumah RM1K lebih sebulan. Kalau boleh duduk kuarters, rumah yang dibeli boleh dibagi sewa. Tapi dasar kerajaan malaysia bukan nak tolong kakitangan beliau sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Perkerja swasta dpt bonus sampai 5 bulan gaji.Penjawat awam sbulan pn susah nak dapat.
hari nak raya..
anak2 nak sekolah..
Barang naik..
sewa naik..
minyak naik..
semua naik..
gaji????
bonus????

AMAH LEBIH BESAR GAJI DR KUMPULAN SOKONGAN.

Pembantu Tadbir berkata...

TOLONG KAMI, BANTU KAMI BERI BONUS, BERI BONUS..

Tanpa Nama berkata...

Tlg lah bercakap berdasarkan fakta semasa (2008/09) yg tepat apabila bercerita pasal swasta. Jgnlah sbb anda nakkan bonus maka dijaja cerita yg tak benar berkaitan bonus di sektor swasta.

Boleh ke namakan syarikat swasta yg bagi 4bulan bonus tu?

Tanpa Nama berkata...

jangan berharap sangat bonus akan diberi sebelum hari raya...takut anda kecewa...

saya cadang bonus diberi akhir okt dan akhir dis.

sebab,.gaji bulan 9 dan bulan 10 kita dapat awal. bulan 11 dah normal balik..

jadi seeloknya seperti di atas.

Tanpa Nama berkata...

hari ni sudah 4.9.09..

rasanya bonus raya tak ada...kerana gaji masuk 10.9.09

sabar lah...

Tanpa Nama berkata...

bonus tiada, tiada mood nak raya
one malaysia>? tipulah.............

Unknown berkata...

Salam,
Cadangan. sekiranya bonus diberi biarlah adil dan sama buat semua kakitangan tanpa mengira gred.kalau boleh guna purat gaji bagi semua penjawat awam bagi pemberian bonus.kadang-kadang kesian tengok kawan2 yang bergred rendah.keperluan manusia semuanya rata.cuma nafsu berbeza-beza.salam

1Borneo berkata...

WAH, INDON PUN MAMPU BERI BONUS....

enche' jojoe berkata...

Saya sokong dengan pendapat Abe Khalid .. Purata rm2000 tuk semua penjawat awam ... Kerajaan sudah tentu boleh berjimat ... Adil dan saksama, tak perlu 2 tau 3 bulan gaji ... Berilah sedikit penghargaan kepada kami ... Felda pun bleh dapat ... Tahun lepas pun dapat juga ...

enche' jojoe berkata...

Paper Berita harian hari ini .. gaji amah, mohon dinaikkan sehingga rm800 ... Hebat btoi amah sekarang ... Pakai Diploma kot ???

Tersasul cerita lain plak ...
Yg Penting bagi kami Bonus ...

1Borneo berkata...

KALO GAJI AMAH MINIMUM RM800.00, DI MANA KEADILAN, SEDANGKAN PEKERJA DI NEGARA INI RIDAK PULA ADA GAJI MININUM....SAUADARA SAYA DI SARAWAK, KERJA BURUH KASAR GAJI PUN BARU RM 2O.OO. SAY RM 25.00 X 26=RM 650.00 (DALAM SEMINGGU, SEHARI TIDAK BEKERJA IKUT AMAH INDON), BELU LAGI BAYAR SEWA, MAKAN, BIL-BIL, BELANJA HARI-NARI...AMAH INDON, SEDAP-SEDAP JER DUDUK KAT RUAMAH MAJIKAN..KIRA RM 800.00 BERSIH MASUK POKET....PATUTNYA CUEPACS AMBIL KIRA HAL INI KERANA, STARTING P1T1 UNTUK GRED N1, BARU JER RM649.15...ADA SRP OR PMR, AMAH INDON ADA SIJIL BARANGKALI....

APA-APA PUN KERAJAAN PATUT BAGI BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM....GAJI YANG NAIK BULAN JULAI HARI TU PUN DAH TAK BERMAKNA DENGAN KENAIKAN BARANG-BARANG DAN PERKHIDMATAN....

Tanpa Nama berkata...

JIKA TAK BAGI BONUS, BIARLAH KITA UNDI PKR SOKONG ANWAR PADA TAHUN 2012

orang bawahan cakap berkata...

Saya minta kawan-kawan yang memberi idea dalam blog ini, diminta untuk memberi buah fikiran anda di Blog 1 Malaysia. Biar Tok Najib baca sendiri rintihan kita semua. Semoga berjaya.

Unknown berkata...

Salam,
masalah dan problemnya........luah dalam blog tu belum tentu si najib mau baca.paling2 pegawai dia jak yang baca.yang sampai sudah
ditapis2.

1Borneo berkata...

Saya sokong pendapat sahabat2 semua...

2bz4money berkata...

Kalu dah x bonus...rancang2lah perbelanjaan raya tahun ni ikut kemampuan & keperluan je..x yah nak berhutang2..ala kadar cukup..

Rintihan kat sini x guna..DSNajib x tahu pun pasal blog ni..

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam singapura ada bonus 3 bulan, kakitangan awam indonesia ada 1 bulan. kakitangan awam malaysia pula macam pengemis, nak minta bonus.kesiannya. macam pengemis minta bonus
inilah one malaysia?

Tok Janggut berkata...

Kalau Kerajaan Prihatin akan hal ini, tentu Kerajaan akan bagi,
Kalau tak bagi, tak prihatinlah Kerajaan kini.

Penjawat awam sudah biasa menerima 2 kali bonus, setengah untuk Keperluan Berhari Raya dan setengah lagi untuk keperluan persekolahan anak-anak.

Kalau Kerajaan tak faham lagi.

Tak tahulah ape nak cakap lagi.

Kepada pemimpin Cuepacs, jalankan tugas dan amanah yang kami berikan kepada anda, jangan duduk diam aje dan takut bersemuka dengan PM tu.

Pak Misai berkata...

saya x setuju jika kerajaan x bagi bonus kena pilih anuar ibrahim..

kpd yg berkenaan...anda tidak berakhlak kerana berfikiran begitu..
kerana duit tak seberapa..sanggup gadaikan negara...

apa lah...sebab bonus pun nak pangkah pkr...fikirlah kawan..

BN dah banyak berjasa kepada Msia

Tanpa Nama berkata...

Esok cuepacs akan mesyuarat ngan KSN, perjuangkanlah nasib nasib kami sebelum raya mmg kering

Unknown berkata...

KSN hahahaha,
nanti dia cakap SEGAN lagi.jangan susah hatila.ada bonus ka tiada bonus ka sama juga.yang penting puasa tu.

Tanpa Nama berkata...

jika tiada bonus, apakah perasaan 1.2juta kakitangan awam? memandangkan kakitangan awam indonesia pun dapat bonus 1 bulan.
malunya kakitangan awam malaysia...........................................

Tok Janggut berkata...

KSN.............dia tu tak kisah dah, ada bonus ker, tak de bonus ker.

Elaun dia pun dah terlalu banyak.

Kepada KSN fikir-fikirlah nasib Penjawat awam yang berpendapatan rendah ini.

Tanpa Nama berkata...

jangan minta bonus..

memalukan kita aje..

jgn risau...masa pilihan raya..
biar mereka merayu pd kita

Tanpa Nama berkata...

Yang pelik nape nak bagi org FELDA bonus sedangkan ramai org FELDA undi Pembangkang, org kerja kerajaan ni..outomotik undi BN..fikir2lah..tension betul klu xder bonus

Tok Janggut berkata...

Sehingga pukul 2.00 pm 8.9.2009 , Bonus Raya tidak masuk ke dalam gaji 10.9.2009.

Dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Harap maklum semua penjawat awam.

Janganlah mengharap.

Segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.

Sedihnya...................

Tanpa Nama berkata...

ari ni KSN mesyuarat ngan cuepacs, esok mgkn akan bentang dalam post-cab hasil perbincangan tersebut, so kite kene bersabar...klu xdpt gak, kenelah terima qada dan qadar

Tanpa Nama berkata...

ya qada dan qadar KSN segan mahu tuntut bonus daripada Pak Lah pada 2007

Tanpa Nama berkata...

betul lah gak KSN segan, dah dpt kenaikan gaji thn 2007 xkan nak bonus lagi thn 2007, saudar ni xtahu bersyukurlah...jgnlah lebih2 sgt

Tanpa Nama berkata...

saya yang menurut perintah.kita kerja KSN juga harus jalankan tanggungjawab.pernahkah kita segan untuk menjalankan tugas.contoh saya bekerja sebagai pengutip cukai pintu???

Tanpa Nama berkata...

encik saudara menurut perintah, keje is keje ok....xkan kite nak menghukum KSN sbb xder bonus?semua org nak bonus?sy pun nak bonus, gaji kecil rm17000, byr anak,byr pampers, pengasuh, keta n umah semua tu membebankan,sapa x ski ati klu xder bonus?

abekhalid berkata...

Tidak juga sakit hati bah.kecewa jak.....tapi kan gaji kau RM17000 masih kau anggap kecil kah..uina ini makan nasi ka makan emas kau ni

Tanpa Nama berkata...

abekhalid, aku ni dok kat kl, pastu duit umah rm 500, anak 2org antar pengasuh rm500, susu n papmper rm400 kos lrt sebulan 120..so bape tinggal kat aku rm180, mkn emas ko kata....

abekhalid berkata...

O kak janganlah marah.kau juga bilang gajimu tujuhbelas ribu.banyak bah itu 17000

Tanpa Nama berkata...

ohhh aku salah taip lahh

abekhalid berkata...

tapi tanpa nama,apa fungsi isteri(kalau ko lelaki) atau suami(kalau kau pompuan) kau.xkan dia tak kerja.kalau dah meninggal aku minta maaf awal2lah

Tanpa Nama berkata...

tengok dalam Bharian online.KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS SEBELUM HARI RAYA SEBULAN GAJI ATAU SEKURANG-KURANGNYA 2RIBU

Tanpa Nama berkata...

tipulah, dah buka tp xder pengumuman pun

Tanpa Nama berkata...

abgkhalid, suami aku keje ofisboy je..tp aku bahagia bersama dia, susah senang aku bahagia

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang buat cerita kurang asam ni.aku yang selama ni tidak menyokong pemberian bonus untuk raya pun kelam kabut cek itu bharian.

Tanpa Nama berkata...

abgkhalid, org gaji rm2000 blh xcukup ni plak aku, gaji kecil..apa ko fikir duit rm1700 blh cukup semua?x faham ko ni atau ko xder tanggungan????

Tanpa Nama berkata...

Jaadi ndak dapat bonuss pun ndak apalakan. yang penting kita semua bahagai.itulah yang aku maksudkan hehehehehe.

Tanpa Nama berkata...

ingat april pool ker??

Tanpa Nama berkata...

tengok dalam Bharian online.KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS SEBELUM HARI RAYA SEBULAN GAJI ATAU SEKURANG-KURANGNYA 2RIBU

???????????????????????????????????????????

ORANG TIMUR berkata...

Saya rasa terhibur bila baca coretan anda semua dalam blog ini. Lepas pulang Terawih, saya pasti akan buka blog ini. Pasal bonus... kita tunggu sehingga 09.09.09, jam 09:09 pagi esok, manalah tahu Tok Najib tunggu tarikh keramat ini. Kalau tak ada juga...pandai2 lah penjawat awam semua apa yang perlu dibuat.....!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau tak bonus tunggulah ceri ta bagan pinang nanti...........

Tanpa Nama berkata...

Gaji RM1600. masuk elaun. duk penang, sewa RM450, api air RM60, ptptn RM140, utang bayo moto RM160, sekolah anak RM150 sebulan, barang dapur RM200 so kira la baki bape... nak balik raya johor nek bas, tiket RM60 x 4 = RM240, pegi balik dah RM480,, harap2 adalah bonus,, nak beli baju raya anak pun dah jimat 3 bulan.. Tolong lah PM,,,

Tanpa Nama berkata...

Amah nak bagi gaji RM800, cuti sehari,, aku ni keje Pembantu tadbir, basic lebih kurang jer, kalau kata elaun banyak, sewa umah, utiliti, n barang dapur, sama je ngan amah, amah lagi best, semua free, dieorng guna kelayakan SPM/sijil poli kot...

Tanpa Nama berkata...

bonus tak payah sebulan gaji, bagi sama rata semua orang, yang bergaji kecik pun dapat sama, RM2000 tuk semua pun ok, yang jusa ke gred A pun dapat RM2000 la.

Tanpa Nama berkata...

Kalau takde bagitau jer terus takde, jadi senang, bukan nak marah atau tak bersyukur, cuma, ramai yang tak faham, sapa cakap kerja kerajaan untung, orang tak faham, KPI ni nak diikut, tapi kebajikan sambil lewa

Tanpa Nama berkata...

Jangan la tuduh pasukan keselamatan macam polis amik rasuah ke tak,,ader aku dengar orang kat luar cakap, ni kerajaan tak bagi bonus, baik hati2 bawak kenderaan, polis duk nak nahan, nak cari duit nak wat raya, ish sedih aku dengar, tak pepasal polis kene tuduh, kerajaan la tak fikir, sepatutnya benda macambonus ni dah fikir awal2 lagi.

Tanpa Nama berkata...

Saya kerja di Universiti yang diiktiraf APEX, Sekarang kerja banyak sampai tak terbuat, KPI kena jaga, orang atas suh buat macam-macam, tapi Bonus takde, Kebajikan kena jaga, bukan semua orang snang, ramai staf kerajaan yang mengahadapi masalah kerana tinggal di bandar,, jadi tolong la

PUTRAKENCANA berkata...

Lain kali Cuepacs tak perlulah menuntut dan meminta-minta macam peminta sedekah.

Kerajaan perlulah prihatin, bila tiba Hari Raya Aidil-Fitri dan Hujung Tahun automatik bagi Bonus.

Setengah untuk keperluan berhari Raya dan setengah lagi untuk keperluan anak-anak bersekolah pada hujung tahun.

Inipun nak diajar.
Perkara ini adalah amalan setiap tahun kan.

Sendiri mahu ingatlah.

Tanpa Nama berkata...

Sabar dan berdoa je la di bulan yang mulia ini. Kalau tak dapat sebelum raya bagi la jugak bonus ni lepas raya.
Betul x kawan2 semua???

Tanpa Nama berkata...

tak kesah la sebelum ke selepas ke janji ada, ish indonesia pun dapat bonus, pak najib, kami ni undi BN, kerana masih lagi menghargai kepimpinan n pengurusan BN kepada negara,harap PM ambil peduli masalah kami penjawat awam

Tanpa Nama berkata...

tak matinyer la tak dapat bonus...asal tak dapat bonus jer bising....apakata kita semer benti kejer pastu mintak jadik amah...hahahaha~~!!

KSN pemalu gitu payah gak ceritanya
CUEPACS tolong la buat sesuatu atau mereka-mereka ni yang akan buat sesuatu...

kerajaan Indo bagi bonus
Amah Indo gaji 800

AKU NI DUK KAT MALAYSIA KE KAT INDON NI???
MALU KAT INDON....CHEISHHHH~~!!!

Tanpa Nama berkata...

Bonus!bonus!bonus!semua barang naik!!cuma hujan je turun...

abekhalid berkata...

Kau ni minta bonus macam orang tunjuk perasaan.kau terlibat bah kan dalam demonstrasi selalu di KL tu.jadi tabiat suda sama kau bercakap stail demonstrasi

Tanpa Nama berkata...

Abgkhaled boleh jgn menyibuk?!!!ini bkn demostrasi, ni cuma luahan ati...ade ko faham???

abekhalid berkata...

sikit-sikitlah

Tanpa Nama berkata...

sabar wahai semua... kita tunggu. dah cuepacs cakap tengah bincang, siap yakin dapat lak tu, jadi kita tunggu ok,, indon dok bakar jalur gemilang lagi nak bagi gaji RM800, tak paham betui. sapa kakitangan kerajaan yang ader amah boleh bagi gaji RM800 tapi kalau pak najib naikkan gaji lagi RM800 jadi boleh bayar gaji amah ni,, hehehe maaf gurau jer

Tanpa Nama berkata...

Bantuan khas kakitangan kumpulan sokongan RM500
09/09/2009 4:24pm

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidil Fitri dan bakinya pada bulan Disember.

- Bernama

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam ialah peminta sedekah bonus....kesiannya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,one malaysia

Tanpa Nama berkata...

kami kakitangan awam tidak memaksa
kerajaan memberi bunos terselahlah
kepada perdana menteri kalau ada
duit bolehlah bagi kalau tidak ada
duit kerajaan tak payahlah bagi bonus tapi elaun perumahan mesitlah
kasih naik RM450.00 sebulan.