SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2009

BONUS: CUEPACS MAHU PENJELASAN

Utusan Malaysia
5/11/2008




KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahu penjelasan lanjut berhubung kedudukan tuntutan bonus dua bulan gaji.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu tersebut pada bila-bila masa.

"Dua hari lalu, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd. Sidek Hassan), telah berjumpa dengan saya untuk memberitahu bahawa Perdana Menteri sudi untuk bincangkan isu tersebut dengan pihak CUEPACS.

"Jadi, sekarang kita sedang menunggu perkembangan lanjut daripada beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tindakan CUEPACS meminta bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moralnya, berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Najib berkata, walaupun tindakan seumpama itu boleh membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya tetapi dalam konteks ekonomi semasa, ia disifatkan sebagai tidak wajar.

18 ulasan:

1Borneo berkata...

Tahniah kepada pak omar kerana beliau masih sanggup berjumpa ngan jib....Berani kerana benar, takut kerana salah....Cuepacs memang menjaga kebajikan KA semenjak di bawah pimpinan pak omar, terserlah lagi cuepacs di mata KA....pak omar, teruskan usaha mu itu, walaupun 'salah dari segi moral' kononnya...

Tanpa Nama berkata...

KSN buat apa... goyang teloq jaa ker...

1Borneo berkata...

yalah....pemalu katakan....macam 'tut' jer dia.....

Jebat MA.. berkata...

Pak Omar buat kerja jangan kerana takut P.A kata tak buat kerja lak yea..Ingatlah..Buat kerana Allah..selesai masalah..biar orang kata tidak bermaruah pun..memang hak kita..Duit diorang pakai..tak kan malu nak minta balik..padahal duit kita..kerajaan tolong jaga saje..."Rasulullah tidak senang tidur jika ada barang,makanan dan harta belum diagihkan kepada fakir-fakir miskin atau para sahabat""tetapi di Malaysia..pemimpin tak senang tidur..duk pikir camne..nak bagi ke tak kepada P.A yang tak bermoral nie..

Tanpa Nama berkata...

jumpa jangan tak jumpa
pr 13 jangan lupa

Tanpa Nama berkata...

rakyat didahulukan
kemenangan pr diutamakan

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

Tanpa Nama berkata...

TERUS TERANG SAYA KATAKAN SIBIJAN NI KURANG AJAR ..BANYAK SANGAT MAKAN RASUAH .

Tanpa Nama berkata...

KAKI RASUAH SEDANG MEMIKIRKAN MACAM MANA NAK BENTERAS JENAYAH RASUAH .. HA HA HA

Lu Pikir La Sendiri berkata...

Aku sokong penuh.....
Cakap ajerk kat si bengap tue,
kalau tak pandai uruskan kewangan tak payah jadi menteri kewangan.

masa kegawatan nie, boleh ajerk masuk F1 dan apa lagi yg kroni dia nak buat smua boleh.

kita nie mintak sket ajerk pun terus diperlekehkan...

Lu Pikir La Sendiri

Budak Union berkata...

Syabas kepada Pak Omar... Sabar dalam memperjuangan hak kakitangan awam... dia orang mesti ingat PR ke13 nanti... 1 Malaysia(.....)

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia tergadi hahahah tggu lah nasib ko najib....

Tanpa Nama berkata...

PRU 13

malaysia akan mengalami perubahan besar

Tanpa Nama berkata...

BN tak akan dapat membentuk kerajaan pusat kali ni... tggu lah suara perubahan penjawat awam yang tak bermoral ni.....

Tanpa Nama berkata...

tak payah tunngu penjelasan...cuepacs minta lagi buat apa nak akur.... kalo F1 boleh buat tak kan bonus tak leh nak bagi...kata ekonomi meleset...tapi wat apa nak masuk F1... sedangkan toyota, honda, bmw tarik diri... apa ke jadahnya masuk F1 tu... tak memberi kesenangan pada rakyat pun... ni kata kan kroni didahulukan P.A dan rakyat disisihkan....

lelaki berkata...

F1 - 200 JUTA - BERMORAL
PKFZ - 2 BILLION - BERMORAL
MRR2 - BERMORAL
WANG EHSAN - BERMORAL
KAPAL SELAM - BERMORAL
EOROCOPTER - BERMORAL

BONOS PA - TIDAK BERMORAL

LU FIKIRLA SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

ni wa tgh pikir apa nak jadi dgn Pm ni sorg ni...rasanya lagi 3 thn kot jadi PM.....

Tanpa Nama berkata...

KSN tu bukan bersikap "segan" dari zaman tun dolah lagi sampailah zaman anak allahyarham tun razak, dato seri abdul najib tun hj abdul razak.... org pahang yang mendapat pendidik di kota london...KSN org pahang , PM org pahang..