SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 November 2009

BONUS PERMINTAAN KONGRES

Berita Harian
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
6/11/2009





KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral. Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan. Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral.
“Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk. “Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral.
Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji. “Permintaan itu dibuat oleh saya selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya. Beliau berkata, apa yang dilakukan itu mengikut landasan betul dan menganggap tidak salah sekiranya setiap persatuan yang ada membuat permintaan terhadap pihakkerajaan.
“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral. “Namun, sebagai seorang presiden yang sudah bersama Cuepacs sejak 35 tahun lalu, teguran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperjuangkan hak kakitangan awam pada masa akan datang. “Paling penting, sebagai kakitangan yang paling dekat dengan kerajaan, mereka wajar memperoleh kemudahan yang sepatutnya,” katanya.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup haji Omar teruskan penjuangan membela pemjawat awam.

Tok Janggut berkata...

Kami semua Penjawat Awam di seluruh Malaysia berdiri di belakang Tuan Hj Omar. Teruskan perjuangan demi menegakkan keadilan.

Hantar Memo kepada Najib meminta beliau meminta maaf di atas kelanjurannya menghina semua Penjawat Awam.

Berjuang Terus Berjuang.

Penjawat Awam Veteran berkata...

Tidak pernah Penjawat Awam dihina sedemikian rupa.

Inikah dia Perdana Menteri yang kita sanjung-sanjung sangat tu.

Rupa-rupanya kita telah tertipu dengan sandiwaranya.

Tanpa Nama berkata...

Najib tak layak menjadi PM ..angkuh, sombong tak tahu diuntung. Lainkali cakap tu biarlah berlapik. Haji berjuang bukan utk peribadi tp utk semua KK PA. Teruskan perjuangan ..HIDUP TN HJ OMAR.

Tanpa Nama berkata...

tggu lah PRU akan akan pasti ada perubahan akan berlaku

Tanpa Nama berkata...

PM kurang bijak, dia telah melemahkan semangat kakitangan awam. Dia sepatutnya memberitahun cuepacs yang kerajaan tak dapat memenuhi permintaannya dan meminta maaf bagi pihak kerajaan dan akan pertimbangkan bonus pada masa akan datang, itu saja. Melabel Cuepacs salah dari segi moral adalah ungkapan seseorang yang kurang berpelajaran.

trg kite berkata...

Mmg tak patut kenyataan Najib.. benda lain ade plak duit nak buat.. kalu tak nak bagi pun cakapla berlapik...

Tanpa Nama berkata...

Queen Control ke???

Tanpa Nama berkata...

TN HJ OMAR TERUSKAN PERJUANGAN K/AWAM....SEHINGGA DAPAT BONUS TAHUN NI...X DAPAT TAHUN NI SELAMANYA MUNGKIN X DAPAT...JGN NK DEKAT PRU13 BARU NAK BAGI DAN EKONOMI BERTAMABAH BAIK...X PAHAM...X ADIL..TERUSKAN PERJUANGAN...

Tanpa Nama berkata...

selalu kate ekonomi stabil..
tapi bile minta bonus terus ckp
ekonomi x stabil..
yang mane satu betul ni...

Sekolah Atap aje berkata...

Buat F1 mampu, berbillion dibelanjakan untuk F1 ni.

Toyota dan BMW pun nak tarik diri dari F1 tahun depan.

Sendiri Fikirlah.

Belajar samapai dapat PHD, itupun tak leh nak fikir.

Tanpa Nama berkata...

hidup tn haji omar.. teruskan membela nasib kami...

Wakil SKIM selain SKIM M berkata...

Assalamualaikum..

Saya ada beberapa cadangan yang ingin dikemukan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan di usulkan oleh CUEPACS.

1. Diketika ini diketahui sumber kewangan kerajaan adalah terhad oleh sebab itu saya mencadangkan supaya ELAUN KERAIAN yang dinikmati oleh skim tertentu ditarik balik supaya mereka sama-sama merasaI KEPERITAN YANG DIHADAPI oleh kakitangan bawahan khasnya kakitangan sokongan serta rakyat dinegara ini.

2. Mendesak kerajaan supaya mengkaji semula dan menaikkan gaji serta elaun kakitangan awam khususnya kakitangan kumpulan sokongan. Ini berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

3. Jangkamasa kenaikan pangkat bagi skim-skim lain di dalam perkhidmatan awam perlu dikaji semula, memandangkan terbukti ada skim tertentu (SKIM GRED M)yang menikmati kenaikan pangkat dari M41 ke M44 hanya dalam masa 2 tahun,seterusnya 2 tahun selepas itu mereka akan menikmati kenaikan pangkat ke gred M44.
Ini ternyata tidak adil dan berlakunya penindasan kepada skim-skim lain dalam perkhidmatan awam dimana jurang perbezaan gaji yang cukup besar dibandingkan dengan skim lain.

Tanpa Nama berkata...

la ni kalau tarik elaun keraian pun RASANYA sapa yang menerimanya tak lompat ke swasta atau letak jawatan tak sama semasa diperkenalkan dulu

Tanpa Nama berkata...

ADUHAI SATU MALAYA DAH COPKAN PA ADALAH KAKITANGAN TAK BERMORAL..

Tanpa Nama berkata...

HIDUP PAKATAN RAKYAT
I TETAP SOKONG U DATUK SERI ANWAR IBARHIM

Tanpa Nama berkata...

Pof Madya di universiiti pun dapat RM 500 JE......malunya......elok lah perja university swasta. dapat bonus berbulan-bulan yang sepadan dengan nama Prof

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa PM kami ini, telah membuat satu kesilapan yg amat besar sekali.Sebagai seorang pemimpin negara tak patut bercakap demikian. Saya cadangkan tapis dulu sebelum cakap..mana slogan 1M selama ini?ekonomi tak baik tapi kenapa kapal selam beli 2 unit lagi..nak perang dgn siape??dgn CUEPACS ker?ini barulah dikatakan tak bermoral....

Tanpa Nama berkata...

DIA NAK BERPERANG DGN DATIN

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah Tn Hj Omar..
Teruskan bersuara mewakili PA, memang kena dengan platform dan title yg ada..

john berkata...

Tuan Hj Omar teruskan usaha anda.biarla pa org kata.kita nak hak kita.2 ajer.bukan mengemis, tapi pengiktirafan dari pekerja kepada bos.jika bos tidak mahu bagi, maka jgn la dgn nada bongkak untuk menolak dgn kata-kata kesat mcm 2.bangang btl....hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

PM yg baru ni sombong sgt...cakap tak berlapik,,,tggu PRU 13..rasakan penangan cz menghina kakitangan awam...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan dengan usaha Tuan Hj untuk
mendapat bonus bagi kakitangan awam.Saya amat sedih kerana begitu hinannya kita dilabelkan tidak bermoral.kami kakitangan awam tetap
sokong Tuan Hj.
tunggulah PR nanti.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia bukan hanya diwakili oleh 1.2 juta kakitangan awam. Ada lebih 27.1 juta lagi rakyat yg berhak dari hasil titik peluh dirinya sendiri dan keluarganya. Permintaan bonus tanpa keinginan untuk meningkatkan prestasi hanya membazirkan usaha pembayar cukai. Jika bonus diberikan dalam keadaan majoriti rakyat lain berada dalam keadaan kesusahan, apakan yang boleh dijanjikan kepada kami (bukan kakitangan awam tapi juga rakyat malaysia) sebagai imbuhan? Majoriti rakyat malaysia adalah juga pembayar cukai & tak semua mendapat bonus sepertimana yg Haji Omar katakan, malah ada juga yg terpaksa dikurangkan gajinya di masa kegawatan ini. Swasta tanpa bonus masih bersyukur jika kami masih dapat bekerja. Susah senang kita bersama sama.. semoga kita semua senang dikemudian hari.. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

rezeki masing-masing...

Tanpa Nama berkata...

SWASTA .... SWASTA LAH... JGN NAK KIRA DGN P.A... ADA KAMI KECOH YG KEJE SWASTA LAIN DAPAT BONUS 5 KE 6 BULAN... NI HAK KAMI JADI KAMI TUNTUT LAH HAK KAMI...REZEKI MASING2 LAH....

Tanpa Nama berkata...

kenapa ar byk sgt pihak yang iri hati dengan kita? kita telah jalankan tanggungjawab kita sebaik yang boleh..kita juga manusia,bukannya robot..tiada manusia yang sempurna kat dunia ni..sekarang kita dah dianggap tak bermoral plak dah..kita mintak bukan kita rompak, itu secara baik kita mintak..bukan maki hamun,tapi perbincangan.. jgnlah dah dekat pilihanraya baru nak bagi itu, ini..

Tanpa Nama berkata...

mereka itu iri hati sebab dulu kerja kerajaan, gaji kecil, berhenti nak kerja sendiri, buat perniagaan, meniaga tak laku, jadi bila katitangan awam minta bonus mereka iri hati. mereka yang berniaga patutu sokong kami dapat bonus kerana apabila kami dapat bonus bolelah kami berbelanja, jadi kau orang adalah perniagaan. tapi sebab tak ada bonus, sorry la kami terpaksa berjimat cermat. yang rugi kau orang juga. sebab itu jangan berfikiran sempit. alasan harga barang akan naik sebab bonus tak boleh pakai, tanpa bonuspun harga barang tetap naik. sebab BN bermakna BARANG NAIK. PR -Prihatin Rakyat, PAS - Pasti Anda Selamat, PKR - prihatin kerana rakyat, dan DAP - demi amanah pentadbiran. ayuh kita sokong PR dalam PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa PM (Penjaga Malaysia)kutuk PA ...mungkin dia dah suke PS (pejawat swasta) kut...hati2 dato seri... jgn PRU akan dtg tak berseri pula..

Tanpa Nama berkata...

ADA YG TAK PAHAM KOT..ELAUN KERAIAN TU DIBERI TAPI ELAUN KHIDMAT AWAM DITARIK..KALAU NAK TARIK E. KERAIAN KENA LA DIBERI ELAUN KHIDMAT AWAM UNTUK GRED 44 DAN KE ATAS..BARULAH ADIL..BUKAN MAIN TARIK SEMBERONO DAN SEMATA2 PERASAAN DENGKI.

Tanpa Nama berkata...

begitulah kisahnya pemimpin kita..mengapa tidak mampu? sedangkan kita mempunyai banyak sumber..galian, pertanian, perkilangan, pembalakan..apa sahaja..tetapi mana agaknya pergi duit tu..jual murah agaknya sampai tak adak untung..maka kitapun cuma dapat slogan sahaja rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..kua..kua..terus berjuang tuan haji..kita tetapt dibelakang