Berita Harian
1/11/2009
GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula gred gaji pemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka. Presidennya, Omar Osman, berkata kedudukan gred gaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu. Katanya, Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 kerana tugas mereka berisiko tinggi dan membabitkan keselamatan nyawa penumpang. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini hari ini, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik. "R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya. Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.
Omar berkata, gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia. Katanya, Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu. "Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya. Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 November ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan.
Selain itu, katanya, beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh. Omar berkata, Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar membabitkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja, malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan. Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam. Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri. "Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya. - Bernam

pelan pelan lah cuepacs, selesaikan isu bonus dulu,bukan apa takut jadi macam kilat berdentum dentum tapi hujan tak turun juga.
BalasPadamentahla Cuepacs ni macam2 nk buat..Tp habuk pun tarak. Raya dh dekat... gaji pun lambat lagi..Kena buat part time nmpaknya. Apa2 pun buatlah yang terbaik..Cuepacs!!!
BalasPadamSyabas Cuepacs....bersemangat nampak nak memperjuangkan kebajikan kakitangan awam....apa-apapun harap kita nampak hasilnya.
BalasPadamKepada semua Pemandu....marilah kita berdoa bersama-sama agar cadangan ini dilaksanakan oleh kerajaan....sekian.
gred 12! sikit tu apa kata terus ke gred 41 baru best
BalasPadamapa ni beb...dah melampau ni...nak perli pemandu keeee?????
BalasPadamDatuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.
BalasPadamSambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.
“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.
“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.
Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.
salam untuk semua pembaca ,kami pemandu kesihatan bebesar hati dengan cadangan dan idea tersebut,sebenar nya kerja kami ni dah seakan-akan pembantu perubatan pun ada pun ada,dispatch,attnden pun ada.
BalasPadamkalau nak cerita semua kami boleh buat....bukan stakat memandu ambulan ,van,pajero,landrover,lori,bas semua kita bawa,so harap Cuepacs belalah nasib kita orang....
kalau di sabah dan sarawak, gaji bagi pekerja am pun sangat rendah. rakyat sabah masih tahap miskin lagi.harga makanan pun lebih kurang di semenanjung kecuali fresh punyer.. gaji pengawal keselamatan di sabah masih lagi di takuk lama, rm350 sbln setiap sekolah,pekan dan kawasan seangkatan dengannya. mana kat s subramaniam tu!! kata nak upgreat' gaji pengawal keselamatan seluruh malaysia."datang shj lah ke sabah dan lihat pemakaian (selalu beli kat bundle)dan perumahan mereka... sudah tentu anda faham. janganlah anak tirikan seperti kamu menganak tirikan pembangkang.. should we support BN???
BalasPadamSekarang semua kakitangan nampak, cuepas minta bonus, ada yang orang perli cuepas, tapi tengok sekarang, macam mana kerajaan dapat wang yang begitu banyak untuk beri kepada rakyat malaysia, lihatlah sendiri, apa yang berlaku sekarang, sekurang-kurangnya janganlah perli orang yang nak minta kepada kita semua, kalau tak terima kasih pun tak apa, diam saja jangan merendahkan atau memperlekehkan. Ingat ini bukan untuk seorang atau dua orang, untuk semua mereka perjuangkan.
BalasPadamdi harap apa yang di usaha oleh cuepac dan seangkatan akan berjaya dilaksana kan jg tinggal harapan saja biar ada tanjung harapan boleh juga singgah buat tempat berehat oleh orang sini sini saja pemandu buat kerja
BalasPadamtolong kami! bantu kami! kami semua pemandu -pemandu hebat/LAMA DAH TUNGGU GAJI NAIK LENGUH DAH SEBAB DAH LAMA KAYUH BELUM ADA PENGUMUMAN YANG KAT ATAS TU BILA NAK BUAT KEPUTUSAN LAMBAT LAGI KE TOK?TAK SABAR NI.ANAK2 2BUAH DAH LAMA TUNGGU NI COPAT LE
BalasPadam