01 November 2009

CUEPACS PERLU REALISTIK

Utusan Malaysia
31/10/2009 4:26pm
1/11/2009





PUTRAJAYA 31 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) diharap bersikap lebih realistik dalam tuntutannya agar kerajaan memberikan dua bulan bonus bagi tahun ini.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya berkeyakinan sekiranya kerajaan mempunyai kemampuan, segala permintaan kakitangan awam akan dapat ditunaikan.
"Saya sudah berbincang dengan Omar Osman (Presiden Cuepacs) sebelum saya berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) berkaitan isu bonus.
"Bagaimanapun, Cuepacs tetap mahu dua bulan bonus, saya bolehlah memberikan bantuan (membawakan isu bonus kepada kerajaan) tapi mereka kena bersikap realistik,'' katanya. - Utusan

7 ulasan:

  1. tolong kata kan kat Pak Tengku Tu langkah Ceupacs Dah kira realistik lar tu...nak langkah yang lagi realistik potong aje gaji Pak Tengku separuh sedekahkan kat Kami...Bukan sahaja dapat pahala, Pak Tengku pun rakyat makin sayang..kan..kan...

    BalasPadam
  2. BETUL TU...HIDUP TENGKU...

    BalasPadam
  3. APA HANG SIBUK??????????

    BalasPadam
  4. TAKPE LA..DIA ORG ADA KUASAKAN..NANTI LA 2013..HEHEHEHE..JAM TU DEKAT 1 JUTA PENGUNDI MUDA AKAN NGUNDI..LEBIH DARI 70% TAK SUKA KERAJAAN SEKARANG...SO BIARKAN LA APA DIA NAK BUAT..KAN

    BalasPadam
  5. DEPA ORG POLITIK LAGI TAK REALISTIK DOK BUANG DUIT PILIHANRAYA KECIL DEKAT 1 BILLION HABIS...REALISTIK KE DEPA...TANG KITA TAK REALISTIK LA..TANG DEPA SEMUA REALISTIK...HEHEHE , SISTEM GANJARAN TU TELUS KE NANTI?..SAPA BAIK DGN BOS DAPAT LA GANJARAN..YG DOK BERI KOMEN DAN IDEA MAMPUIH LA..APA PUN TAK DAPAT

    BalasPadam
  6. Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

    Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

    “Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

    “Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

    Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

    BalasPadam
  7. Salah satu faktor kerajaan kalah teruk pada PRU12 tempoh hari,salah satu faktornya sbab Badawi masa itu tetap berdegil tidak mahu beri kakitangan bonus masa itu.Tidakkah kerajaan buat post mortem tentang hal itu.Walaupun bagi PM itu hal kecil dan bukan sebabbnya yang sebenar tapi itulah ....realistiknya Muhyiddin .....

    BalasPadam