12 November 2009

KAKITANGAN AWAM USAH TUNTUT BONUS KETIKA EKONOMI LEMBAB

Berita Harian
12/11/2009





SAYA ingin mengulas pandangan Mohamad dari Putrajaya yang disiarkan ruangan ini kelmarin mengenai bonus kepada kakitangan kerajaan. Penulis menyatakan penjawat awam berhak mendapat bonus berdasarkan; l Sebahagian besar tugas dan tanggungjawab kepada orang ramai berjaya dilaksanakan.
l Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masih memberi bonus kepada kakitangan ketika suasana ekonomi sekarang. l Penjawat awam memainkan peranan yang cukup penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, mikro dan makro ekonomi. l Penjawat awam membayar cukai.
Berdasarkan kenyataan penulis di atas, saya berpendapat jika itu adalah isu untuk membolehkan penjawat awam mendapat bonus, ia adalah sangat lemah dan cetek. Bonus bukannya hak mutlak kakitangan. Tidak kira di mana atau apa pekerjaan seseorang itu. Ia adalah hak mutlak majikan. Adalah terkecuali kepada seseorang atau pertubuhan yang mempunyai ikatan kontrak yang memastikan bonus dibayar setiap tahun. Dalam kes penjawat awam, majikan adalah ketua kerajaan pemerintah. Dan secara tidak langsung dimiliki rakyat amnya. Jika rakyat sedang mengalami keperitan ekonomi, adakah wajar mereka meminta bonus tambahan yang sudah tentu menelan belanja yang bukan sedikit. Ini akan menyumbang kepada defisit negara. Penulis juga perlu berfikiran di mana institusi kerajaan bukannya satu institusi perniagaan. Kerajaan bukan peniaga yang menjana keuntungan. Bagaimana mekanisme pengiraan bonus boleh dibuat jika tidak berdasarkan keuntungan. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini. Penulis juga usah terlupa akan keistimewaan yang diperoleh sebagai penjawat awam yang tidak didapati oleh kakitangan swasta mahupun GLC yang lain. Saya kira itu sudah menjadi bonus kepada khususnya kepada penulis dan kakitangan kerajaan yang lain amnya yang dibayar secara langsung dan tidak langsung.
Janganlah ‘diberi betis diminta paha; diberi paha dipijak kepala’. Perdana Menteri memberikan peruntukan tambahan untuk sebahagian penjawat awam yang mana sebahagian yang lain sudah menerimanya terlebih dulu sebelum pembentangan bajet baru-baru ini. Saya pastinya bukan kakitangan kerajaan. Ini tidak bermaksud untuk membangkang penulis secara terus cuma memberikan pandangan dari sisi sebagai rakyat yang sayangkan negara. Walaupun begitu saya ingin berterima-kasih kepada penulis dan rakan-rakan yang meningkatkan prestasi kerja serta melakukan tugas dengan baik. Dan ketahuilah, itu adalah tanggung-jawab dan amanah yang harus dipikul sebagai penjawat awam.
YUZALEE,
Kuala Lumpur

11 ulasan:

  1. pada pekerja swasta, setaip orang ada masalah tersendiri, bekerja di swasta ada masalahnya dan bekerja di gomen pun ada masalahnya. Jadi korang budak swasta yang tak tahu masalah sistem dalam gomen lebih baik DIAM dan TUTUP mulut. Jangan nak buat2 pandai dengan org keje gomen terutama dalam kategori sokongan 1 dan 2. jadi cadangan saya lebih baik awak tu DIAM!!!

    BalasPadam
  2. ni sekor lagi dasar pengampu..tak abis2 nak mengampu. Susah hati betol kalau orang nak dapat bonus.

    BalasPadam
  3. beginilah sedara.... memang kenyataan sedara ni semuanya betul..tapi harus dilihat daripada sudut yang berbeza...tengoklah keperitan kakitangan AWAM yang makin terhimpit dek tindakan kerajaan sebelum ini menaikkan harga minyak yang drastik (dan terlalu tinggi dalam sejarah) akibat daripada ini semua barang termasuk barang keperluan seharian juga turut naik....tambang kenderaan naik, semuanya naik tak ada yang tak naik...kalau diikutkan slogan PM kita rakyat didahulukan....maka semua PA adalah rakyat di Malaysia dan dengan ini kenapa soal permintaan Bonus ini dipertikaikan dalam era ekonomi sekarang...sepatutnya dahulukanlah kebajikan rakyat yakni PA dan pinggirkan dahulu penyertaan F1 yang menelan belanja berjuta-juta...dan tidak menguntungkan kerajaan dan rakyat, jangan hantar angkasawan, dan juga projek yang Mega-mega tu nanti boleh cari fund..dan banyak lagi...ini semua tak menguntungkan rakyat..tapi menguntungkan Kroni-kroni pak Menteri mungkin....

    Kalaupun BONUS tidak diberikan pada tahun ini kerana bantuan Kewangan RM500 sudah diberikan (Syukur jugalah daripada tak ade), namun Pak Presiden CUEPECS...sila ambil perhatian mengenai:-

    1. ITP ...... perlu dinaikkan lagi,
    2. Elaun Cola...dipanjangkan kepada semua Penjawat Awak tanpa mengira tempat,
    3. Mengkaji pembayaran elaun Kritikal dimana yang perlu,
    4. KUP sepatutnya dinikmati selepas 5 tahun berkhidmat dalam kerajaan dengan syarat-syarat tertentu dan bukanya menunggu 15 tahun.

    Sekian ....dari PA yang mengharap

    BalasPadam
  4. Ya, saya setuju sangat dengan pendapat di atas ini.

    Tak payahlah tunggu 15 tahun baru nak dapat KUP. Lama sesangat.

    BalasPadam
  5. wahai kakitangan swasta!!!! kalau dah tak de can nak kerja kat gomen, janganlah nak mengutuk org gomen je.... kalau korang kata org gomen ni service tak bagus, cerminlah dulu diri korang tu..... INGAT KORANG NI BAIK SANGAT KE!!!!! SOMBONG MELULU!!!!TAHU!!!!! CUBA KORANG DOK KERJA KAT TENGAH HUTAN BELANTARA...KORANG SANGGUPPPPP????? PI LAH MAIN JAUH2.... sibuk mengata orang, diri sendiri belum tentu bagus.... bak kata org, virus di seberang laut kenampakan tapi beruk yang bergayut di hidung sendiri nda nampak.....nyampah!!!!

    BalasPadam
  6. klu xde bonus....PRU 13 nanti kita cari parti lain yg bleh beri kita bonus.HIDUPPPPPPP PRESIDEN CUEPACS...Terima kasih kerana tuan tahu keperitan hidup kami yg bergelar kakitangan bawahan..

    BalasPadam
  7. saudara pengarang...

    usah la saudara menjaga tepi kain org.saudara bukan kakitangan awam.jadi jgn menyibuk.jgn jadi mcm org tak berakal fikiran..sekiranya saudara bekerja makan gaji..jgn TIPU la saudaara tak mau BONUS setiap tahun..Bonus adala pengiktirafan majikan kepada pekerja.jika diberi maka pekerja terasa diiktiraf dan mampu menjana pelbagai sektor ekonomi jugak.disebabkan PAK LAH la..kita menderita.ekonomi kucar kacir.minyak naik terlalu tinggi..barang semakin mahal..camana pekerja yang bergaji kecil hendak menjana pendapatan untuk persekolahan dll.jadi tlg guna otak..bukan kotak...

    BalasPadam
  8. tunggulah PRU akan datang.....

    BalasPadam
  9. Ye kita tunggu PRU akan datang... biar kita undi pembangkang... diorg ni lagi x de belas kasihan...sumernya nk telus la pe la... alamatnya PA sekarang abis la kena buang sebab x perform atau kuat sangat mengular / minum / berjoget sana sini

    Ye kita tunggu PRU dan undi pembangkang demi PA yang lebih cemerlang dan rajin berusaha demi negara dan bukan pegi jualan, jom heboh, alamanda, tgk wayang, joget2, tari menari dsb

    Setuju!!!

    BalasPadam
  10. kenyataan bodoh..ingat rakyat bodoh lg ke..F1 boleh pula..

    BalasPadam