Berita Harian
12/11/2009
SAYA sama sekali tidak bersetuju dengan penjawat awam diberi bonus ketika ekonomi masih gawat. Walaupun ekonomi meleset kerajaan tetap memberi pelbagai elaun kepada penjawat awam, mereka dijaga sampai akhir hayat dengan bayaran pencen yang lumayan. Kalau mati pun pencen masih diberi kepada isteri mereka. Pelbagai kemudahan mereka nikmati, kalau berdepan dengan masalah disiplin, jarang dibuang kerja sebaliknya dipindahkan ke tempat lain, namun kerja masih ada. Saya melihat ramai penjawat awam mendabik dada sebab layanan dan imbuhan yang banyak diberikan, hingga ada yang menjadi angkuh sehingga mereka memperlekehkan kami pekerja swasta. Pada era pemerintahan Tun Abdullah Badawi kenaikan gaji yang berlipat ganda diberikan dengan pelbagai kemudahan, elaun tinggi, apakah masih tidak mencukupi kepada penjawat awam. Apakah mereka tidak bersyukur, saya selalu berurusan dengan mereka malangnya perkhidmatan yang diberi amat mendukacitakan. Siapa kata kami pekerja insurans, bank, sektor kewangan lain diberi bonus tatkala ekonomi merudum. Tidakkah penjawat awam, ramai di kalangan kami dibuang kerja, sehingga setiap kali ekonomi merudum kami semua hidup dalam ketakutan.
Kami pekerja swasta sentiasa bertungkus lumus untuk menaikkan kewangan syarikat 'kerja siang dan malam memikirkan hari esok’. Kalau kami buat silap kami kena tanggung atau dibuang kerja. Betul kata Perdana Menteri, adalah tidak bermoral meminta bonus ketika ekonomi meleset, sedangkan kami pekerja swasta ada yang kena buang kerja, potong gaji, apatah lagi bonus jauh sekali. Kepada Cuepacs, janganlah kerana ingin mengekalkan populariti menyebabkan orang lain memandang serong terhadap penjawat awam. Memang benar penjawat awam memberi sumbangan kepada negara, tetapi penyumbang utama kepada ekonomi negara ialah sektor swasta, bukan kerajaan.
WARGA SWASTA,
Kuala Lumpur.

Sifat dengki adalah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis laknatullah apabila menolak perintah ALLAH SWT supaya sujud kepada Nabi Adam.Sama-samalah kita jauhi dari sifat tersebut kerana banyak keburukannya, wassalam.
BalasPadampada pekerja swasta, setiap orang ada masalah tersendiri, bekerja di swasta ada masalahnya dan bekerja di gomen pun ada masalahnya. Jadi korang budak swasta yang tak tahu masalah sistem jawatan dan gaji dalam gomen lebih baik DIAM dan TUTUP mulut. Jangan nak buat2 pandai dan hanya tahu mengeji org yang keje gomen terutama dalam kategori sokongan 1 dan 2. Kaji dan selidik la dulu baru masuk forum
BalasPadamkenapa la engkau ni dengki sangat..masa ekonomi teguh ko orang(swasta)dapat berguni2 bonus kita org KA tak dengki pun..bila merudum kami pula nak di salahkan..kenapa sibuk sangat ni syiohhhhhh..pergi jauhhh..jauhhh..nyibuk je
BalasPadamko yg bercakap ni mesti takder sedara mara yg kejer gomen.tak dinafikan beban kejer gomen masa tahun2 sebelum 80an dan 90an, yes mmg rilek skit.IT pun buta..tapi inovasi yg diperkenalkan melalui R&I telah memepertingkatkan mutu perkhidmatan awam..aku respek golongan sokongan 1&2 yg sanggup belajar benda baru especially IT utk mudahkan kejer. cuba ko pegi kementerian industri (MITI) atau KPM, tengok yg golongan P&P kejer..dulu2 org ckp golongan swasta ni mlm2 pun kat opis lagi..FYI, govt servants in the 21st are not like centuries b4. ada yg ngulat tu nasib dier ler.
BalasPadamkalau tgh gawat minta 2 bulan, masa dah baik ekonomi berapa bulan pula?
BalasPadamengkau yg atas ni kenape bodoh sangat ..kalau kita orang minta 2 bulan 2 bulan ajerlah ..bangang
BalasPadamorg swasta ni sbb die xdapat keje gomen..
BalasPadamorg swasta yg terlalu emosi dgn ganjaran yg org gomen dpt tu memanglah suatu masa dulu dia pernah minta nak keje gomen tapi tak layak kantoi masa temuduga sebab tu la dendam, dengki dan sensitif sangat, macam kita yang keje gomen yang tak minat keje swasta sikit pun tak sensitif apa yg dia orang dapat.
BalasPadamkepala hotak ko... sape cakap pekerja swasta penyumbang utama kepada ekonomi negara... buktikan lah..jgn sedap cakap je...
BalasPadamaku penah keje kat swasta tapi sekarang keje gomen..mmg dulu masa aku keje swasta aku selalu kutuk org keje kerajaan, biasala keje banyak,balik lewat malam tapi bila dah keje kerajaan baru aku tau...sekarang sape yang tak penah kerajaan jangan nak banyak bunyi..nak tau masuk dulu keje gomen baru bunyi n tau macam mana!!!!!
BalasPadamKenapakah komen saya yang baik dianggap salah oleh pembaca blog picisan seperti kamu (sudah tiada kerja kah? Pukul berapa kamu start kerja ni?)
BalasPadamMemang patut kamu bersyukur dan bekerja keras sama-sama seperti swasta. Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.
Ikhlas,
Omar Cecupak
Jelutong
menyapah betul saya kat omar cecupak ni.get out of my side..
BalasPadamtapi ada juga kakitangan awam tidak sependapat Tuan Presiden Cuepac kita. .mrk berkata tak patut Tuan Presiden tuntut macam tu.. jadi apa pendapat tuan-tuan. kalau saya baik kita bagi opsyen kepada kakitangan awam yang simpati kepada keadaan ekonomi negara agar menyumbangkan semula bonus mereka kepada kerajaan. amacam? harap Tuan Presiden fikir-fikir kan.
BalasPadamSaya setuju dengan cadangan di atas!
BalasPadamCUEPACS patut juga tuntut kerajaan jangan beri imbuhan RM500 tu. Sebaliknya beri elaun tambahan untuk menyertai Jom Heboh, modal untuk part time meniaga di pejabat (jual tudung, minyak wangi, makanan ringan dan kosmetik)dan dana untuk buat hari keluarga besar-besaran 3 hari 3 malam.
Ye kita tunggu PRU akan datang... biar kita undi pembangkang... diorg ni lagi x de belas kasihan...sumernya nk telus la pe la... alamatnya PA sekarang abis la kena buang sebab x perform atau kuat sangat mengular / minum / berjoget sana sini
BalasPadamYe kita tunggu PRU dan undi pembangkang demi PA yang lebih cemerlang dan rajin berusaha demi negara dan bukan pegi jualan, jom heboh, alamanda, tgk wayang, joget2, tari menari dsb
Setuju!!
Sebab tu la omar cecupak tak akan jadi omar segantang..xnak usaha langsung supaya jadi segantang..anak semakin besaq dan harga barang semakin naik tapi omar masih lagi cecupak hmmmmmm
BalasPadamsenaqnya iblis laknatullah bukannya dengki apabila menolak perintah ALLAH SWT supaya sujud kepada Nabi Adam a.s. akan tetapi iblis laknatullah tu dia sombong, bongkak, megah diri...jadi jangan lah samakan KPA dengan iblis tu sbb jauh beza antara iblis dgn KPA
BalasPadamala orang gomen jangan la nak meroyan lebih.memang patut tak dapat pun.apa lagi yang korang nak?dah la gomen tanggung sampai mati.nanti dah mati mintak kain kapan kat gomen ye.suruh kupeks usulkan pulak hal nie.keje dah la suka pegi minum pagi,minum petang,tengahari keluar awal masuk lambat lagi ada hati mau bonus.pikir la deyyy tambiii!!!
BalasPadamhelo geng yang di atas..ko mesti jeles, dengki dan irihati sebab xdapat keje ngan gomen kan? aku brani jamin la kalau ko keje dengan gomen (kalau dapat!!) ko pun 2 kali 5 gak..meroyan yang macam ko cakap.. ni masalah antara PA dengan majikan dia..pehal lak lu nak sakit hati..hehehe dengki la 2...
BalasPadamsudah2 la....sekarang ni kalau nak ikut kan semua sama je...orng keje kerajaan dengan org keje swasta...org keje kerajaan minta bonus sebab setahun bekerja adakah semua nya negatif..tidak dinafikan, persekitaran pekerjaan dalam sektor kerajaan agak mudah tapi penah ke dengar kerajaan dapat bonus sampai 3 bulan???tak penahkan tapi penahkah swasta dapat bonus samapi 6 - ke 12 bulan??mesti penah..jadi kenapa org yang keje swasta dapat?sebab mereka bekerja dengan keras, jadi layak la mereka dapat bonus macm tu...tapi kalau anda nak kata org yang keje kerajaan kuat minum,suka minta tu minta ni,segala urusan yang berkaitan dengan sektor kerajaan akan lumpuh...jadi rakyat sendiri akan tahu..tapi sekarang ada kah bermasalah..tapi kalau bermasalah tidak sampai melumpuhkan sesuatu organisasi tu..jadi apa yang kita buat utk kerja ,itu yang kita akan dapat...pekerja swasta akan bermegah dengan bonus 6-12 bulan tapi pekerja swasta bermegah dengan bonus 2 bulan (tapi tahun ni tak dapat)
BalasPadamF1 ni aku x setuju langsung! Apakah faedahnya??? setakat nk tunjuk pada dunia ada apa? Mat2 saleh yang datang kt malaysia untuk tgk F1 tu apa lah sangat pentingnya? Diorang tu menyemak je dok hotel dan berbelanja sana sini satu malaysia. sakit mata aku!!
BalasPadamSepatutnya duit bangungkan F1 tu diberi kepada PA sebagai bonus bangunkan negara. Tahukah pak najib bahawa harga teh tarik dan roti canai walaupun x berubah tapi semakin kecil saiz.
X percaya? Cubalah pak najib turun padang pada waktu minum kami. Kata suruh turun padang? Mana ada? X pernah nmpk pon pak najib dan rosmah turun minum kat kedai2 mamak time 9-10.30 pagi? Ini ke pemimpin???
Lu pikirlah sendiri!