SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 November 2009

MUKTAMAD TIADA BONUS

Harian Metro
’Oleh Maiamalina Mohamed
Aminmaiamalina@hmetro.com.my
13/11/2009




"MESRA...Najib diiringi Omar (dua dari kiri) ketika tiba untuk perbincangan, semalam."












KUALA LUMPUR: 'Muktamad, tiada bonus tahun ini'. Keputusan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ketika mesyuarat tertutup hampir sejam di bangunan Parlimen, semalam.Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, pihaknya akur kerajaan tidak dapat memberi bonus sebanyak dua bulan gaji sepertimana dituntut 1.2 juta kakitangan sektor awam dan pesara perkhidmatan berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.“Kami terima apabila Datuk Seri jelaskan sekira bonus tetap diberi tahun ini mengakibatkan kerajaan terpaksa meminjam daripada sumber lain untuk membuat bayaran bonus berkenaan.“Kita tunggulah...yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui selepas perbincangan terbabit di sini.
Meskipun tiada bonus, pertemuan itu tetap memberi berita gembira apabila Najib mempertimbangkan tuntutan kakitangan awam Gred Satu hingga 54 yang memohon bantuan khas kewangan tambahan RM500 selain penghapusan cukai pendapatan 30 peratus bagi Gred Jusa.
“Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusandalam masa terdekat, dan untuk memberi bantuan khas RM500, akan menjadikan bantuan tahun ini RM1,000,” katanya.Cuepacs juga senang hati apabila Najib bersetuju me luluskan geran tahunan bernilai RM1 juta kepada kesatuan itu, bermula tahun depan.Najib turut mempertimbangkan menyerap jawatan 18,000 guru Tabika Kemas selaras perjawatan perkhidmatan awam lain.“Kami sudah serah memorandum kepada Perdana Menteri supaya guru Kemas dipertimbangkan sama dengan perkhidmatan awam lain selain minta kerajaan selaraskan semula kemudahan termasuk Perkeso, Lembaga Tabung Angkatan Tentara (LTAT), Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perhebat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Meskipun tiada bonus, pertemuan itu tetap memberi berita gembira apabila Najib mempertimbangkan tuntutan kakitangan awam Gred Satu hingga 54 yang memohon bantuan khas kewangan tambahan RM500 selain penghapusan cukai pendapatan 30 peratus bagi Gred Jusa.
“Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusandalam masa terdekat, dan untuk memberi bantuan khas RM500, akan menjadikan bantuan tahun ini RM1,000,” katanya.

Asyik nak timbang je..!!tau la BN punya logo "DACING"..!!!xkan sume nak timbang..!!!

Cuepacs juga senang hati apabila Najib bersetuju me luluskan geran tahunan bernilai RM1 juta kepada kesatuan itu, bermula tahun depan.

Cuepacs jelaa yang senang hati..!!