SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 November 2009

PENJUAL BELACAN MANGSA BIROKRASI

Berita Harian
4/11/2009




KETIKA mula-mula saya tonton berita seorang mak cik tua yang disaman kerana belacan, saya memuji penguasa tempatan yang begitu tegas menjalankan tanggungjawab. Pada masa sama, terselit juga perasaan kasihan terhadap mak cik terbabit yang ingin mencari rezeki dengan menjual belacan. Kalau difikirkan juga bagaimana mak cik itu tahu yang belacannya tidak mengandung 25 peratus protein, dan kalau ditanya pun apakah protein kepadanya, memang beliau pun tidak tahu. Bukan niat saya hendak mempersoalkan undang-undang tetapi biar berpada. Mungkin mak cik itu boleh diberi amaran atau tunjuk ajar yang betul menjual belacan, bukan dengan menghukum sedemikian rupa.
Saya juga terfikir jika tindakan yang begitu tegas terhadap mak cik yang hanya menjual RM2.50 sepaket. Apakah agaknya tindakan kerajaan terhadap kakitangan awam yang meluluskan dua set komputer riba berharga RM9,000 satu set dengan harga RM84,000 atau satu liter minyak petrol dengan harga RM300. Pelbagai lagi harga barangan yang tidak masuk akal seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara. Tentu duit yang digunakan itu daripada cukai rakyat. Kita sekarang dihujani pelbagai kempen integriti dalam kehidupan walhal sebahagian mereka yang berkuasa hanya memandang enteng perkara itu.
Mungkin integriti ini hanya untuk mak cik yang menjual belacan, penjual burger dan penjaja makanan. Baru-baru ini juga Cuepacs yang mewakili kakitangan awam inginkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan gaji. Adakah adil kerajaan tahun demi tahun memenuhi segala kehendak mereka tetapi setiap tahun juga Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai tuntutan yang tidak munasabah. Ingin juga saya lihat mereka yang tidak bertanggungjawab ini dihukum tetapi apakan daya kuasa bukan di tangan saya. Mungkin Laporan Ketua Audit Negara hanya laporan tahunan semata-mata.

K ISMAIL,
Taman Saga,
Mentakab.

3 ulasan:

Jebat MA.. berkata...

gajah dan semut ada depan mata pun..jumpa semut dulu..golongan yang bawahan aje yang bermati-matian buat kerja..yang atas..kalau boleh untung.."kita lulus aje"" hakikat sebuah kerajaan yang bergelar 1Malaysia.. Yang bilis mati kelaparan.. Si Dugong tenang dilautan biru..

abekhalid berkata...

inilah dunia.yang berkuasa memijak.sebelum bekuasa janji itu in sudah bekuasa lain pula selekoh.BN tak guna PR tak boleh harap.HArap ada parti yang betul2 memperjuangkan negara dan rakyat.emm IDRIS JALA please buat satu parti baru.arrrkkkkkkk

hulubalang berkata...

abekhalid PR tak memerintah tuan sudah menghukum.inilah hasil didikan Kerajaan BN