SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2009

PM BIDAS CUEPACS ISU BONUS 2 BULAN

Berita Harian
5/11/2009





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian. “Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.
“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam. Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya. Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas RM500 untuk kakitangan awam kumpulan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib. Ia susulan bayaran sama bagi kakitangan sokongan sebelum Aidilfitri lalu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

Sedih Mendengarnya berkata...

Tak Bermoral Konon...........

Pirahhhhhhhhh.

Ahli Politik lagi tidak bermoral, Rasuah sana, Rasuah sini, Perangai macam budak-budak bila di Parlimen.

Najib telah menghina semua Penjawat Awam Malaysia.

Beliau wajar meminta maaf kepada semua Penjawat Awam.

Tanpa Nama berkata...

takpe
next PRU, BYE BYE BN

I SOKONG PKR

Tanpa Nama berkata...

KESIAN PENJAWAT AWAM TAK BERMORAL........ SEKIAN LAMA MENABUR BAKTI DENGAN GAJI YANG RENDAH DEMI KEMAJUAN NEGARA DAN NAMA BAIK KERAJAAN BN ITU YANG KAMU DAPAT KESIAN IS IS IS KESIAN

Tanpa Nama berkata...

berdoa jer ler agar kerajaan jatuh dan ditadbir oleh PAS....boleh la fatwa "bonus" dikeluarkan utk kakitangan awam...

Tanpa Nama berkata...

SEDIHNYA BONUS TIDAK DIAGIHKAN KEPADA YANG SEPATUTNYA MENERIMA...

Semoga kerajaan di tadbir oleh PAS..sekurang2nya BONUS dapat dirasai oleh ORANG ISLAM bukan untuk oranG bekerja KERAJAAN SHJ..

Tanpa Nama berkata...

SEDIHNYA BONUS TIDAK DIAGIHKAN KEPADA YANG SEPATUTNYA MENERIMA...

Semoga kerajaan di tadbir oleh PAS..sekurang2nya BONUS dapat dirasai oleh ORANG ISLAM bukan untuk oranG bekerja KERAJAAN SHJ..