04 November 2009

SALAH DI SEGI MORAL UNTUK MEMINTA BONUS - NAJIB

Bernama
4/11/2009

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.

Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

--BERNAMA

84 ulasan:

  1. bodoh betul PM nie..yang cemerlang tue kerana bodek...bukan aper..tak payah buat ler ganjaran mcm 2..memang tak sampai punya matlamatnya.kira bagi kat kroni ajer.fikirler sikit.kata PM, takkan 2 pn tak tau..

    BalasPadam
  2. bukan 1 malaysia ler...macam dah DAP dah ko nie PM Najib woii..jika semua ko nak bagi.apa yg da pada bumiputra.hahhaha.kadang2 org ekonomi mcm PM nie kira bangang sgt ler

    BalasPadam
  3. Pak Lah lebih bagus daaa...kalah banyak negeri..golongan P.A jadi mangsa..tak bermoral katakan..yang rasuah tu kira bermoral la..rasa tertarik dengan pembangkang la pulak nie...

    BalasPadam
  4. Pandainya PM mendefinisikan "salah dari segi moral" apabila Cuepacs meminta bonus!!! Rasuah dalam kalangan orang BESAU-BESAU...bermoral lah sangat!!! bijak...bijak..susu lembu manalah yang dia minum dulu ek.

    BalasPadam
  5. bodo najib,buat banding dgn swasta buang pekerja..baik banding dgn org bangla n myanmar yang terpaksa berhijrah cari keje..ko tunggu la najib p/raya umum 2013..ko telah hina anggota awam dgn cara mengherdik mengatakan kami tiada moral..siap ko bala menunggu

    BalasPadam
  6. tahun lepas rakyat sengsara kerna harga minyak melambung....

    TIDAK Salah Di Segi Moral Menaikkan Harga Minyak dikala kegawatan ekonomi...

    Hidup 1Malaysia..

    BalasPadam
  7. Wahai PM, kakitangan kerajaan bukan peminta sedekah. Mereka cuma minta yang hak. Kalau kos PKFZ yang hanya RM1.4 billion boleh dimockup sampai RM4.8 billion, tak apa. Itu kira ada moral lah! Senang betul puak-puak pemimpin kerajaan ni perhabis duit rakyat. Rakyat didahulukan, tapi projek F1 Petronas yang menghabiskan duit negara lebih RM200 juta setahun tu lah yang hendak diteruskan. Syarikat Honda yang kayapun tarik diri daripada penyertaan F1. Ini Najib yang cerdik, boleh pulak masuk F1. Tempah tempat tercorotlah nampaknya Malaysian F1 team! 1 Malaysia rakyat dibodohkan!

    BalasPadam
  8. Kali ini PM kita betul-betul tercalar kewibawaannya...ada ke patut kata Hj Omar macam tu...bukan Hj Omar yang meraung tapi P.A yang meraung melalui lidah Hj Omar. Sabar Haji...dia akan terima padahnya.
    Kami akan tetap bersama Haji..

    Sebab Pulut Santan Binasa,
    Sebab Mulut Badan Biasa.

    Binawe...

    BalasPadam
  9. Sudahlah kawan-kawan ku....semua penjawat awam, tak ada guna lagi kita merayu-rayu meminta ini dan itu pada musim ini kerana boss Najib tak akan layan punya....almaklumlah...dah naik jadi boss..buat apa nak layan orang yang kuli-kuli macam kita ni.

    Tapi AWASLAH ENGKAU WAHAI BOSS...BESAR..TUNGGU PRU 2013....tengoklah siapa yang berkuasa nanti, tapi mungkin engkau tak peduli juga kerana masa tu mungkin 1 MALAYSIA engkau boleh beli....POOODAH ....dengan 1MALAYSIA...

    BalasPadam
  10. SATU PENGHINAAN TERHADAP SEMUA PENJAWAT AWAM....selama ni dianggap TIDAK BERMORAL ye...BARU KALI INI KITA DIKATAKAN TIDAK BERMORAL .....fikir-fikirkanlah kenyataan tersebut.

    BalasPadam
  11. KSN YANG TAK BERMORAL....SILA BERANIKAN DIRI ANDA UNTUK BERMORAL DAN BERSUARA SEDIKIT MENYOKONG GOLONGAN PENJAWAT AWAM YANG TERHIMPIT LAGI DI COP TIDAK BERMORAL....JANGAN ASYIK YES BOSSS AJE.....KALAU TAK...BAIK U PERGI TERJUN PERIGI LAH....

    BalasPadam
  12. kita minta tak dapat, tapi bininya minta dapat peruntukan untuk permata negara. perojek ngo dapat peruntukan besar. cuepacs kena sembah bininya, mungkin dapat.

    BalasPadam
  13. altantuya dimanakan dikau. muncullah aku amat merinduimu

    BalasPadam
  14. lu apehal najib ...apa kene mengena dgn golf pulak. aku bukan kaki golf mcm orang yg kaya raya tu. haramjadah. kau makanlah duit haram tu .. 6 jahanam tolll..kau tu yg takde moral ..kene queen control.

    BalasPadam
  15. tak payah nak tggu pilihan raya yang akan datang...tggu la mana2 pilihan raya yang kecil kat mana2..siap la ko najib...swasta dapat bonus sampai 6 bulan ade kami kakitangan kerajaan bising...kalo nk tau sebab depa leh dapat bonus tggi, sebab kakitangan kerajaan la banyak wat loan...depa untung dari situ...ko hina kami,kami keje penat2 tapi tak dihargai...tggu la nanti kamu najib meraungla air mata berdarah pun nak undi kami utk BN,jangan harap..kami akan ajar kamu!!!

    BalasPadam
  16. biasa le tu..da dapat pangkat dah dapat kuasa mana nak ingat semua bawahan ni...dari bapak sampai ke anak yang penting ca ya nun didahulukan, melayu di layukan....huhuhu....HIDUP umNO!!!

    BalasPadam
  17. Perkara yang membantu rakyat sempena tahun pertama jadi.....:
    1. kuar duit untuk PUSPAKOM keta 15 tahun
    2. Kad kredit RM 50.00
    3. P.A tak bemoral
    4. Gerakan didahulukan , UMNO dibelakangkan
    5.BONUS takdo
    6. Jangan cabar saya yer...

    nak buek camno...bagi pada umno camni jadinya bagi pada PR sama gak huru haranya...dah nasib badan, terima aje le

    BalasPadam
  18. Melampau Datuk Najib ni..
    ini dah cuba gugat kredibiliti penjawat awam.. kitaorang takde mengemis duit ko sesen pun..

    yang kami nak.. ko tau le urus bajet supaya ada peruntukan bonus kat penjawat awam yang susah payah mencurah keringat berkhidmat untuk rakyat..

    sibuk citer moral plak.. takde masa main golf le

    BalasPadam
  19. najib akan dikenang sebagai PM pertama yang memerintah tahun pertama tak bagi bonus pada P.A... kalo tak ada duit nak bagi bonus nape sibuk nak F1, semua sykt gergasi tarik diri dari F1 dia lak sibuk nak buat F1... kononnya nak cipta nama sbg pemerintah...kalo Tun M.. dgn KLCC, KLIA, PUTRAJAYA DLL, Tun A dgn 5 Koridor nya, Angkasawan lah... dia pun nak gak cipta sejarah mcm PM yg lps2... tapi ingat najib mungkin akan jadi PM yg terkhir dr UMNO, kerana telah menjatuh moral P.A. Paklah kalah di 5 negeri pun pasal bonus ni kan pula najib yg dah menghina P.A.... tgklah nanti kalo ada PRK dan PRU akan datang...dia pasti tersentak dr lamunannya..........

    BalasPadam
  20. PM TAK SEPATUTNYA CAKAP PASAL MORAL.. MUHASABAH DIRI LAGI BAIK..

    BalasPadam
  21. KITA PENJAWAT AWAM KENA BELAJO MAIN GOF LE NAMPOKNYE... BARU LE KITA TAU PASAL MORAL.. NAK BELI KAYU GOF - TAK MAMPU. MAHE BEBENO.. DENGAN DUIT 500.. TAK CUKUP..

    BalasPadam
  22. Tak dapat bonus pun P.A akan hidup
    Tak bayar bonus umno tak tentu hidup
    Zaman Tun M satu negeri hilang
    Zaman Tun Lah lima negeri hilang
    Zaman DS Najib 1M (1 malaysia)
    kah kah kahhhhhhh

    lu fikir lah sendiri... jom lakukan
    Jumlah P.A 1.2 juta x mak ayah sendiri dan mertua + pesara = ____ undi yang akan hilang.

    BalasPadam
  23. aku setuju dgn yang komen ni...zam najib nanti akan tergadai 1 malaysia

    BalasPadam
  24. Kene tangkap basah dgn Ziana Zain tapi lepas ..itu yg dikatakan bermoral..ambik bini orang ..itu yang dikatakan bermoral ...sudahlah najib ..jgn cakap pasal MORAL. Tengok diri sendiri tu dulu.. Kau ingat kau boleh lepas dgn Kes MONGOLIA tu..Dunia dah tahu ..tahi mana boleh tutup dgn kain ia kana berbau juga.. MORAL KUNUN

    BalasPadam
  25. NAJIB TELAH MENGHINA SEMUA PENJAWAT AWAM.

    Dulu saya sanjung sangat BN ni,

    Sekarang saya telah benci BN.

    Kau tunggulah nanti..........

    BalasPadam
  26. Najib telah membuat kesilapan yang besar :

    MENGHINA PENJAWAT AWAM

    Macamlah kita ini peminta sedekah.........

    Ahli Politik lagi TAK BERMORAL,

    Rasuah sana dan rasuah sini.

    Itu lagi Bapak segala Bapak tak bermoral .

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama Penjawat Awam Kecewa berkata...

    Pandainya PM mendefinisikan "salah dari segi moral" apabila Cuepacs meminta bonus!!! Rasuah dalam kalangan orang BESAU-BESAU...bermoral lah sangat!!! bijak...bijak..susu lembu manalah yang dia minum dulu ek.

    Pi rahhhhhhhhh Najib.

    Tengok muka Najib dalam TV itu pun aku dah meluat dan nak termuntah.

    BalasPadam
  28. Perkara yang membantu rakyat sempena tahun pertama jadi.....:
    1. kuar duit untuk PUSPAKOM keta 15 tahun
    2. Kad kredit RM 50.00
    3. P.A tak bemoral
    4. Gerakan didahulukan , UMNO dibelakangkan
    5.BONUS takdo
    6. Jangan cabar saya yer...

    nak buek camno...bagi pada umno camni jadinya bagi pada PR sama gak huru haranya...dah nasib badan, terima aje le

    Khamis, November 05, 2009 8:33:00 AM
    Tanpa Nama tak biasa main golf berkata...

    Melampau Datuk Najib ni..
    ini dah cuba gugat kredibiliti penjawat awam.. kitaorang takde mengemis duit ko sesen pun..

    yang kami nak.. ko tau le urus bajet supaya ada peruntukan bonus kat penjawat awam yang susah payah mencurah keringat berkhidmat untuk rakyat..

    sibuk citer moral plak.. takde masa main golf le.


    Tuan Presiden Omar patut minta supaya Si Najib itu meminta maaf kepada semua Penjawat Awam di seluruh Malaysia.

    BalasPadam
  29. Najib sepatutnya meminta maaf kepada semua Penjawat Awam.


    Cuepacs patut menghantar memorandum meminta Najib meminta maaf kepada semua penjawat awam kerana menghina Penjawat Awam.

    BalasPadam
  30. gesa najib minta maaf dgn semua penjawat awam......

    BalasPadam
  31. ye say asokong TAK SUKA MENGHINA...Najib kena minta maaf ngan P.A...eee...lum apa2 lagi dah lupa daratan...time Dr. M dulu gawat teruk pun ada juga habuan tuk P.A..ni....poodaaaaaa

    BalasPadam
  32. Hmm..D.S Najib tak sepatutnya kata kat Hj. Omar Osman camtu.
    Presiden Cuepacs tu hanya menyuarakan apa yang diminta oleh 1.2 juta penjawat awam. Hj. Osman terpaksa tebalkan muka merayu mintak bonus 2 bulan dengan Najib tu walaupun dah tau memang takde bonus masa pembentangan budget 2010..
    Tak bagi bonus dah satu hal, hentam pulak presiden cuepacs & Penjawat Awam kononnye takde moral sebab mintak bonus di depan semua orang..:-( seolah2 macam penjawat awam ni takde maruah.

    Tak payah laa nak buat sistem ganjaran tu takkan ke mana pun..sama je mcm APC nanti. Yang pandai berlakon dan pandai kipas je yg bos nampak, yg betul2 buat keja bos takkan nampak punye & jangan harap laa nak dapat apa2 penghargaan, kena fitnah lagi ada laa..

    SAYA CADANGKAN PADA PRESIDEN CUEPACS TN. HJ. OMAR OSMAN MULAI BUDGET TAHUN DEPAN, JANGAN LAGI BERSUARA/MERAYU MINTA BONUS, CUKUP LAA TAHUN 2009 NI KITA SEMUA SBG. PENJAWAT AWAM DIMALUKAN..
    KALAU KERAJAAN BETUL2 ADA HATI PERUT DAN MENGHARGAI KITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM, KITA TAK PERLU MENYEMBAH, MEMINTA & MERAYU2 MACAM SEKARANG NI..
    FIKIR-FIKIRKANLAH.

    BalasPadam
  33. siapalah dia utk bercakap tentang moral? adakah dia begitu bermoral? begitu tinggi moralnya? track records dia bermoral tinggi? semua org tau, nak kenal seseorang tu, cuba tanya musuh dia, jgn tanya sahabat dia, cuba tanya musuh najib, adakah dia betul2 bermoral?

    BalasPadam
  34. PRU 2013!, kita jangan lupa masih ada 2010,2011,2012 dan 2013 lama tu, nanti bila dah dekat 2013 tu MUNGKIN banyak gula-guna akan ditabur kepada penjawat awam, bonus! tak payah cerita hal kecil aje, tapi adakah kita akan lupa kemarau setahun dengan datangnya hujan sehari?

    BalasPadam
  35. tunggu la nasib hg najib....
    dulu pak lah kalah sbb tak bg bonus..tp pak lah tak de pulak hina P.A...tp kesannya Bn kalah teruk...

    masa baca berita tu...rasa mcm bengong la jugak...kenapa la PM yg cerdik pandai boleh mengeluarkan kata2 begitu...

    saya amat menyokong...buat memorandum..suruh Pm mintak maaf kat penjawat awam.
    seolah2 P.A ni pengemis....dah la gaji sikit....

    cuba pandang sikit negara2 lain... Jepun ke... semua utamakan kakitangan kerajaan...sbbnya kakitangan kerajaan ni tulang belakang pembangunan negara. tadak kaki dan tgn...mana nak boleh wat keja..?? nak pakai mulut ja ka???

    mmg tak patut.....

    BalasPadam
  36. gula2 drp kerajaan?amik je semua.hutang hari ni blum tentu boleh dbayar dgn gula2 itu. kita ada kuasa penentu, kuasa pemilih, rakyat berkuasa, kaki tangan awam berkuasa. tgu aje tsunami kedua bakal melanda yg pasti lebih hebat lebih berzat

    BalasPadam
  37. tu lah jgn pulak kita lupa dan lalai bila bagi sikit gula2 dh lupa.... ingat kata2 najib tu yang kita ni tak bermoral.... PRU akan datang dia pasti meranana

    BalasPadam
  38. DUIT KERAJAAN ITU BUKAN DUIT BN TAUUU..JANGAN CAKAPLAH YANG MEMERINTAH SEKARANG NI KERAJAAN BN... MESTI CAKAP KERAJAAN MALAYSIA. LAMBANG DUA HARIMAU BUKAN GAMBAR KATI TIMBANG.. SAPA-SAPA MEMERINTAH PUN PAKAI DUIT ITU JUGA.. UMNO KATA ORANG LAIN TAK RETI MEMERINTAH..PUTAR BELIT CERITA KAT ORANG KAMPUNG KUNUNNYA BILA PATI LAIN MERINTAH NAK AMBIK DUIT DARI MANA...JANGAN KELENTONGLAH. ORANG KAMPUNG LA NI DAH PANDAI..

    BalasPadam
  39. takpnah jmpa lagi pm yg bongkak n sombong n selamba melemparkan kata2 penghinaan kpd staf nya sendiri

    BalasPadam
  40. bonus tu bukan permintan peribadi presiden ceupacs walhasil dari persetujuan 120 ahli kesatuan kongres, sekurangnya dia sampaikan mesej tersebut kepada datuk najib selaku PM.
    zaman tun abdullah jadi PM si presiden CEUPACs ni juga yg datang menghadap hal naik gaji le bonus le..takdelah nak malu alah cam tan sri KSN ,nak jaga stendet kunun..
    ok.. teruskan perjuangan!

    BalasPadam
  41. kami sentiasa berada di blakang presiden cuepacs n cuepacs sendiri, piiirah pm taktau diuntung,,,,,tak tau malu

    BalasPadam
  42. KSN PATUT LETAK JAWATAN... DLM BYK2 KSN NI YG PALING TAK BERMORAL... TAK SANGGUP NAK MEMPERJUANGKAN HAK P.A... TERUSKAN USAHA MU TUAN HJ OMAR... KERANA TUAN MEWAKILI 1.2 JUTA P.A.... LAGI SATU DESAK NAJIB MINTA MAAF DGN PENJAWAT AWAM.....

    BalasPadam
  43. Tergamak sibijan ni mengeluarkan kata2 yg menghina pd kakitangan awam. Bijan lainkali bercakap tu biarlah berlapik sikit. Yang marah sangat tu kenapa. Kau menang pun melalui undi post.. tak bermoral langsung. sedarlah sikit.

    BalasPadam
  44. Pertama kalilah seorang Perdana Menteri mengutuk dan menghina semua Penjawat Awam.

    Perkara ini tidak boleh dibiarkan.

    Lawan tetap Lawan.

    Dah dapat kuasa, Lupa diri.

    BalasPadam
  45. Marilah kita Penjawat Awam bersatu di belakang Cuepacs menentang Ahli Politik yang tak bermoral ini memerintah Negara.

    Kata duit tak de, F1 masuk serta,

    Syarikat permotoran Dunia seperti BMW dan Toyota pun nak tarik diri dari F1 Tahun depan.

    BalasPadam
  46. dari 1.2 juta penjawat awam ni je ke komen dan rasa tak puas hati terhadap kenyataan Najib semalam... pasal penjawat awam ni tak bermoral pasal dok minta bonus.... mmm nampaknya tak ada kesan lah bagi beliau... hanya 43 org... mkin P.A yg lain tak tahu kot blog cuepacs ni... ke tak berani nak bersuara... makin naik minyak najib tu... walau pun dh ckp mcm tu tapi tak ada respon dr P.A

    BalasPadam
  47. polis kat malaysia ni ada lbh kurang 100000 lbh kot... campur dgn askar lagi... mereke semua tu penjawat awam... tak berani ke nak memberontak.... leh undi lain2 pada PRU ni.... tgk sama ada dia leh menag atau tak

    BalasPadam
  48. ne kali la ko akn merasai siapa yang berkuasa dan boleh menentukan siapa yang akan berkuasa.. terlajak perahu boleh diundur tapi ko dah mencantas dan melukai hati dan perasaan 1.2 juta PA.... tak pe tapi ko ingat jer sarang tebuan jangan dijolok....

    BalasPadam
  49. no to F1!!!
    no to PERMATA!!

    PM patut tarik balik kata2!!
    mohon maaf kepada penjawat awam!!

    BalasPadam
  50. YE BETUL PM PATUT MINTA MAAF PADA PENJAWAT AWAM

    BalasPadam
  51. kasar sgt bahasa tue..tak bermoral!! aku yg pilih BN pilihanraya lepas pun terasa hati bila dia cakap cam gitu...menguris hati kakitangan kerajaan bila dia cakap cam gitu...byk lagi kata2 boleh dia luahkan selain ayat cam gitu..anda dipilih oleh rakyat..jgn sampai saya pun takkan memangkah anda pada masa depan.

    BalasPadam
  52. KITA PULAU JE PRU13 TUNGGU DENGAN PENUH KESABARAN.....ALAHAI LAMANYA...3 TAHUN LAGI....1 SAAT JE...1 KERTAS UNDI JE...1 MALAYSIA BOLE BERUBAH...

    BalasPadam
  53. BAIK KORANG BERENTI LER KEJE NGAN GOMEN KALAU PERANGAI SEKOR-SEKOR CAMNI

    BalasPadam
  54. Ahli Kongres Cuepacs janganlah duduk diam aje, asyik meeting memanjang, hasil kureng.

    Bangun.........Bangun.......Bangun.

    BalasPadam
  55. La ni, tengok muka Najib pun dah meluat

    BalasPadam
  56. senang citer kerajaan tak de duit kerana siapa? bukan kerana yang memimpin ke? Yang banyak buat silap sape? bukan orang yang membuat keputusan ke? Jangan jadikan kami PA sebagai mangsa kutukan kerana kegagalan anda dalam memimpin dan membuat keputusan weiiiiii

    BalasPadam
  57. Ade le patut seorang Perdana Menteri menghina dengan begitu rupa.

    " meraung meminta bonus bila pembentangan Buget "

    Pelik betoilah dengan Perdana Menteri ni.

    BalasPadam
  58. Tuan Haji harap tabah.tahniah atas usaha anda.apasal mau hina tuan hj umar.bukan dia seorang yang minta bonus.di menjalankan tanggungjawab jak.tuan haji bagus ko masuk PKR.CUEPACS tolong hantar memorendum dengan si SIAL tu.alang-alang dituduh tidak bermoral biar kurang ajar terus.......

    KSN aku dari dulu sampai mati ndakkan lupa ketidak bertanggungjawaban kau.damn you KSN

    BalasPadam
  59. D.S.N. Itu la makan semut lebih...
    Bengap. Konon nak jadi cam T.A.R.
    Yg dipentingkan hanya orang yang bakal2 mengundi dia ajerk. merosakkan minda para pelajar dengan suapan.
    yg dipentingkan cuma undi untuk memastikan dia tetap berkuasa.
    tapi dia lupa yg 1.2 juta kan ker penyokong kerajaan..

    Yang anugerah khidmat cemerlang, heh...dah banyak yg amalkan dah..dia baru nak terpikir..
    lembab betullah..
    tapi smua kaki bodek ajerk lah yg dapat, kadang2 tue tiap2 tahun muka sama ajerk...

    Maaf pun tak ke mana..Najib dah palitkan satu titik hitam yang membuatkan kebanyakan orang membencinya.

    Semamangnya bila dah dekat2 nak PRU nanti, mesti akan disuapkan kita dengan Bonus punya, janganlah kita lupa diri plak, satu penghinaan.....

    Lu Pikirlah Sendiri.

    BalasPadam
  60. Tindakan `work to rule' mulai 1/12 ni........apa macam

    BalasPadam
  61. mmg gampang najib nih..

    BalasPadam
  62. apa punya najib nih...PM paling hampeh..dia sedar tak gaji kita pun kurang sebulan dari sepatutnya..

    BalasPadam
  63. napa lak kurang???? ndak paham aku bagaimana buleh terjadi

    BalasPadam
  64. cikgu2 saja nak dekat 300ribu, polis&askar sumer dkt 100ribu..JOM MOGOK..TP AKU RASA GENERAL2 N KPN NI MAMPUS TAK NAK..YA LA, GAJI DAH BELAS PULUH RIBU..ORG BAWAHAN, MAMPUS BUAT PARTIME..SIAL LA KO NAJIB..

    BalasPadam
  65. Najib pandai sangat cakap pasal moral. Bininya yang tolak keluarganya sendiri tu tak salah dari segi moral ke.. [ rujuk di you tube]

    Kalo Najib tak bagi bonus pun janganlah buat kenyataan sampai keluar perkataan moral.Seolah2 presiden tiada moral. Saya buat tinjauan tadi,100% tidak setujuh dengan kenyataan najib semalam.

    Kesimpulannya,adalah menjadi satu kesalahan jika kakitangan awam memangkah bn pada pr13. pemimpin pas mungkin lebih bermoral buat kenyataan daripada pemimpin bn..

    BalasPadam
  66. Satu-satunya PM Malaysia yang sombong dan bongkak. Kenyataan yang tidak bermoral. Ingat PR13..jika Malaysia ada sejuta kakitangan awam sokong pembangkang, ditambah dengan sokongan anak bini,ibu bapa, saudara mara, saya pasti BN akan tumbang.

    Bonus tidak penting tapi saya tidak mahu mempunyai perdana menteri yang bongkak macam najib..buat sakit hati saja..

    BalasPadam
  67. "Salah dari segi moral" dan "Tak Bermoral". Lain maksudnya. Mengapa banyak komentar yg mengungkap istilah sebagai "Tak Bermoral".

    Sepertimana juga perbezaan maksud antara ayat "Salah dari segi agama" dan "Tak Beragama". Jauh beza maksudnya.

    BalasPadam
  68. orang yang cakap cuepacs minta bonus salah dari segi moral lagilah salah dari segi moral..

    BalasPadam
  69. WAHAI PM..LANTANG SUNGGUH KAU MENGATAKAN PRESIDEN CUEPACS "KEEP ON SHOUTING FOR BONUS", TAPI KAUN LUPA AKAN DIRI SENDIRI YANG "MERAUNG-MERAUNG KE SANA KE SINI MINTA DI UNDI", APA YANG TU BUKAN SHOUTING KE?
    CAKAP TAK SERUPA BIKIN.. KALAU TAK SURUH PRESIDEN CUEPACS MERAUNG, TIBA PRU13 BAIK KAU DIAM DIRI. JANGAN MINTA UNDI KESIAN..

    BalasPadam
  70. Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

    Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian. “Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

    “Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

    Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

    BalasPadam
  71. Sebaliknya, CUEPACS juga boleh berkata:

    "IT'S MORALLY WRONG FOR PM NOT TO GIVE BONUS TO CIVIL SERVANTS WHO ARE CONTINUALLY SUFFERING TO SURVIVE DURING SUCH A DIFFICULT TIME, LIKE NOW!"

    BalasPadam
  72. DAPAT KOMISYEN PEMBELIAN SHUKOI DAN KAPAL SELAM SCORPENE HAMPIR RM1 BILLION TU KIRA BERMORAL-LAH SI NAJIB NI!

    BalasPadam
  73. Kalau dia buat apa2 yang membazir masa ekonomi meleset nie smua boleh saja...
    kalau kroni2 dia mintak apa2 smua dapat saja, tak kira la ekonomi merudum ka apa ka....

    kita ni mintak hak kita pun kena hina.
    apa punya PM klu macam nie..
    mana 1 malaysia.
    katanya rakyat didahulukan...

    klu macam nie punya perangai,
    tukar ajerklah,

    1 kabinet,
    kroni didahulukan,
    rasuah diutamakan.

    BalasPadam
  74. Najib wajar meminta maaf, hantar memo kepadanya yang semua Penjawat Awam menyumpah beliau yang sanggup menghina Kakitangannya sendiri.

    Dulu saya penyokong BN, bila Najib dah mula bongkak dan lupa diri, ketetapan pilihan saya dah mula beralih angin.

    Sedihnya dia berkata begitu.........

    BalasPadam
  75. angin perubahan pasti berlaku dlm PRU 13 nanti...tggu lah musibah yang akan menimpa ko najib....

    BalasPadam
  76. cuepacs minta lagi buat apa nak akur.... kalo F1 boleh buat tak kan bonus tak leh nak bagi...kata ekonomi meleset...tapi wat apa nak masuk F1... sedangkan toyota, honda, bmw tarik diri... apa ke jadahnya masuk F1 tu... tak memberi kesenangan pada rakyat pun... ni kata kan kroni didahulukan P.A dan rakyat disisihkan....

    BalasPadam
  77. Kerabat Arab beri RM7 juta hargai kejujuran Rosmah

    PUTRAJAYA: Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lalu, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

    Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan AS$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

    Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

    Beliau berkata, AS$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

    Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

    "Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

    Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

    "Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

    Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

    "Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," katanya.

    Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek. - Bernama



    hahahaa...jujur?....tak patut dia makan angin keluar negara ketika ekonomi dalam keadaan tidak baik..dia guna duit koxxsen hari tu ke sana.....

    patut pun laki dia cakap kita salah dari segi moral...rupanya isteri seorang yang TERAMAT JUJUR...

    HAHAHAHA

    BalasPadam
  78. SALAH DARI SEGI MORAL KALAU PA MENGUNDI NAJIB PADA PRU13 NANTI...

    BalasPadam
  79. begitulah rupa pemimpin yang mendapat kuasa..dibawahnya sudah tidak dipandang lagi..disanggah-sanggah..lu sapa?...kita yang makan gaji ni selalu dipersalahkan seolah tak pernah bersyukur..seperti kita si pencuri..si pengampu..si penipu..kita perlu guna kuasa kita dengan 1 undi..itu sahaja. kerajaan kita yang lantik. mengapa pulak mereka harus lupa..

    BalasPadam
  80. PM bersalah dari segi moral bagi geran RM1Juta untuk tutup mulut Cuepacs!!!

    BalasPadam
  81. apa punya haprak pm....

    apa punya pm, org tak pernah rasa susah mcm hang mcm mana nk paham org susah, nk bg kt rakyat kedekut, pi sponsor f1 tak ada hal.....hanya rakyat bodoh saja yg suka pm msia, mcm org umno...

    BalasPadam
  82. satu "kejutan" dan "pujian" paling besar dari pm bila kata penjawat awam tak bermoral.....

    BalasPadam
  83. 2 kali P.A. kena hina, campak rm500 masa raya kononnya kita mengemis duit dia, kini campak kata2 busuk plak....

    BalasPadam
  84. Terkilan dengan najib. Dia buat kita macam peminta sedekah. Kita penat bekerja, dia yang senang lenang. Kebajikan kita tak ada.Semua dia sapu untuk kesenangan dia. Pru-13 ada. Kuasa di tangan kita.

    BalasPadam