04 November 2009

TINDAKAN CUEPACS MINTA BONUS SALAH DARI SEGI MORAL : PM

Berita Harian
4/11/2009




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan Cuepacs meminta bonus adalah salah dari segi moral dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih daripada kegawatan global. Perdana Menteri berkata demikian pada majlis Forum Bankers Club, di sini, tengah hari tadi.

1 ulasan:

  1. Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

    Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

    “Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

    “Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

    Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

    BalasPadam