SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 November 2009

SISTEM GANJARAN TINGKATAN PRODUTIVITI SEKTOR AWAM - CUEPACS

Utusan Malaysia
3/11/2009




KUALA LUMPUR 2 Nov. - Sistem ganjaran yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan akan meningkatkan mutu kerja sektor awam di negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, sehubungan itu pihaknya menyambut baik sistem ganjaran tersebut.
Menurutnya, pelaksanaan sistem itu akan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan.
"Di negara luar banyak menyediakan ganjaran kepada pekerja awam sehingga menyediakan bonus lapan bulan gaji.
"Oleh itu, sistem ganjaran yang ingin diperkenalkan di negara ini mesti dilakukan menyeluruh, adil dan saksama untuk mengelakkan daripada kembali seperti sistem terdahulu iaitu secara menegak dan melintang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem ganjaran kepada kakitangan cemerlang dalam sektor awam.
Omar berkata, beliau berharap sistem ganjaran ini akan dimulakan secepat mungkin iaitu pada Januari tahun depan.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang yang lembap, pengenalan sistem ganjaran akan membantu meringankan beban kewangan kepada pekerja di sektor awam," katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, sistem ganjaran itu mestilah telus dan bertanggungjawab.
"Apa saja langkah yang dilakukan oleh kerajaan mestilah boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak," katanya.

3 ulasan:

TeropongJauh berkata...

Adakalanya yang tidak cemerlangpun dicalongak sebagai kakitangan cemerlang kerana
1.kakitangan ini kuat mengampu boss.
2.selalu rekomenkan perempuan untuk boss
3.melindungi kegiatan kotor boss
4.menyebalahi boss walaupun boss salah

yang betul-betul cemerlang terpaksa gigit jari.. 100 peratus benar..

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

segatak berkata...

Memang betul apa yang kawan saya di atas katakan itu.Tapi banyak yang menafikan hal itu.Siapa yang selalu simpan rahsia bos orang itulah yang selalu dapat untung,gantikan bos yang lari dari pejabat,ganti tugas bos yang tidak ada di pejabat,menjawab untuk bos yang ponteng dari pejabat...maka orang itu yang menjadi orang .....cibailang.... bos