SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 November 2009

SPRM TAHAN 605 ORANG DISYAKI RASUAH TAHUN LALU

Berita Harian
17/11/2009

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seramai 605 orang kerana disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah rasuah sepanjang tahun lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata daripada jumlah itu, seramai 323 orang atau 54 peratus adalah orang awam dan kakitangan swasta manakala 282 orang atau 46 peratus terdiri daripada pegawai kerajaan. "Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang amat besar dari segi pengukuran tahap kesedaran penjawat awam berhubung kesalahan jenayah rasuah ini," katanya dalam ucapan pada seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Cawangan Negeri Sembilan.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah SPRM (Bahagian Keselamatan), Datuk Ahmad Khusairi Yahaya. Majlis dirasmikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan, yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini, hari ini. Turut hadir ialah Presiden Cuepacs, Omar Osman; Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad; dan Pengarah SPRM negeri, Zainul Darus.
Dalam erti kata lain, Ahmad Said berkata SPRM telah banyak menerima pelbagai aduan dan menjalankan siasatan ke atas orang awam dan pihak swasta yang terbabit rasuah khususnya kesalahan cubaan menyogok penjawat awam. Ahmad Said berkata, usaha kerajaan dan SPRM melaksanakan pelbagai program pendidikan pencegahan jenayah rasuah dan pengukuhan integriti sudah menampakkan kesan yang amat positif. Katanya, semakin ramai penjawat awam yang berani tampil melaporkan perbuatan penyogok mereka. "Usaha memerangi jenayah rasuah memerlukan perancangan dan pelaksanaan pelbagai dasar dan program secara sistematik dan berterusan. Tahap kesedaran masyarakat mengenai bahaya jenayah rasuah ini harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"Kita perlu menangani persoalan integriti ini secara menyeluruh dengan menyuburkan semula nilai-nilai murni dalam segala tingkah dan tindakan kita," katanya. Seminar itu antara lain bertujuan memberikan pendedahan di kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Sembilan berhubung aspek perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan kesalahan jenayah rasuah. - Bernama

13 ulasan:

Anti Salahguna Kuasa berkata...

Salah guna kuasa dan Rasuah ada di mana-mana sahaja.

Hari Khamis ini, akan keluar keputusan UPSR 2009. Maka berlumbalah ibu bapa hendak masukkan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ). Pegawai Pengambilan Pelajar MRSM akan menyalahguna kuasa dengan mengambil suku sakat dan saudara mara mereka memasuki MRSM.

SPRM perlu peka dengan hal ini.

Setiap tahun budaya ini bermaharajalela di Majlis Amanah Rakyat ini.

Ini adalah salah guna kuasa yang tak boleh diterima oleh Rakyat Malaysia.

Anak-anak yang betul layak di kalangan keluarga Miskin di ketepikan demi suku sakat dan saudara mara.

Letakkan Pegawai SPRM di Pejabat-pejabat Mara di seluruh Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

apakah majlis amanah rakyat atau MARA ini nama yang telah diubah suai DARIPADA yang asalnya??? Nama asal MARA, SAUDARA MARA

Anti Salahguna Kuasa berkata...

Ya .....Betoi tu MARA adalah untuk SAUDARA MARA.

Patut nama tu di ubah supaya Pegawai MARA tidak menyalah guna kuasa untuk saudara Mara aje...........

MRSM hanya untuk golongan yang cerdik pandai dari keluarga Miskin.

Bukan untuk anak-anak yang kaya raya.

Tanpa Nama berkata...

betoi,betoi,betoi

Apa Nak Jadi Ni berkata...

Letakkan Pegawai SPRM di semua Pejabat Mara atau lakukan kunjung hormat Pegawai SPRM ke Pejabat-pejabat Mara Negeri.

Ada juga satu keluarga tu, semua anaknya belajar di MRSM.

Di manakah keadilannya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan siasat dan tangkap kakitangan awam saja, siasat, tangkap, dakwa dan jatuhi hukum juga kepada Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang hidup mewah (jutawan) luar biasa sesudah berhenti jadi menteri. Apakah SPRM diam mebisu saja. Satu lagi kalau pegawai SPRM ambil rasuah, siapa perlu siasat mereka? Memang ada pegawai SPRM yang dah terima rasuah. Ingat! Setiap amanah jawatan itu akan disoal dalam kubur dan di padang mahsyar nanti. Jangan asyik siasat pegawai awam saja, menteri boleh seleweng kuasa ikut suka, ambil dan beri rasuah tanpa apa-apa tindakan. Kalau siasat pun, habis kat fail sajalah. Akhirnya buang kes. Ini ke standard SPRM?

Tanpa Nama berkata...

tu..pejabat KSA tak nak siasat ker? ...manalah tau kepala pulau tu..diam-diam..uhk..uhk..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
saya sokong artikel ni,harap2 JPA tidak terus asyik mengkaji dgn pihak JKR..tetapi buat keputusan segera,dah mmg terang2...tiada keadilan bg pihak kami juruteknik2 ni yang ada SIJIL POLITEKNIK, belajar dua tahun sama mcm org ada STPM....selayaknya juruteknik dinaikan gread J27....bukan J17 yang sama mcm PELUKIS PELAN....yang ada SPM je..tapi gaji sama ngan kami juruteknik.....hidup pak omar.....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
nk bgtau kt cni bukan semua pelukis pelan yg hanya ada SPM SAHAJA...saya pn belajar di politeknik 2 tahun ada sijil seni bina tp jawatan pelukis pelan GAJI SPM...J17.....

demak5465 berkata...

tolong stop perkara remeh temeh ni...kita sekarang nak sama2 upgrade jawatan j17 ke j27...bkn nak pertikai hg spm ka,hg sijil ka..tolong fokus pada perkara yg diperjuangkan...

Tanpa Nama berkata...

sementara nak tunggu gaji naik 2 3 ratus sebulan...hidup makin terseksa harga barang hari2 naik... sekali makan naik 2 3 ringgit kalu 3 kali makan dah 30 hinggit/sehari sebulan dah 90 hinggit tu sorang kalu campor bini ngan anak 2 orang jadik rm360 sebulan... tu tak der makna ler gaji naik....habih kat makan jer ler....moga kesihatan semua ahli keluarga j17 sihat wal afiat...kang sakit lak tambah pulak bil klinik...haruuu...tapi kalu tak naik gaji lagi ler susah yekkkk...

Tanpa Nama berkata...

Ontah lah mase terus berlalu... statement ni kuar 17/11/2009 skrg 1/12/2011...dh 2 tahun kita menanti di sini dgn setia.....harap segala luahan kita disini selama ni akan ade gak berita baik buat kita bulan nie.....

MITU MARIA berkata...

Berita baik!
Nama saya Mitu Maria, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberikan nasihat yang konkrit kepada semua yang mencari pinjaman untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipu, beberapa bulan yang lalu saya memerlukan pinjaman, kerana kewangan saya Keadaan ini tidak baik dan saya terdesak, saya jatuh ke tangan peminjam palsu, dari Arab Saudi dan Singapura. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya memberitahu saya seorang pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Ibu. Ivana, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak RM85,000 dalam tempoh 48 jam dengan kadar faedah 2% dan mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Puan Ivana Pedro memindahkan pinjaman saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya, saya mendapati jumlah yang saya memohon telah dikreditkan ke akaun bank saya

Oleh itu untuk kerja-kerja yang baik, Mrs.Ivana telah melakukan dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya mengenai Puan Ivana, supaya rakyat Malaysia dan seluruh Asia boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi Puan Ivana Pedro melalui e-mel: (ivanapedro85@gmail.com)

Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya (mitumaria47@gmail.com) dan Puan Kim Wani yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Ivana, dia juga menerima pinjaman daripada Puan Ivana Pedro. Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: (kimwani305@gmail.com) Sekarang, saya adalah pemilik bangga perniagaan yang baik dan besar. Semoga ALLAH terus memberkati Ibu Ivana untuk kerja yang baik dalam hidup saya dan keluarga saya.

ESTHER PATRICK berkata...

Halo,
Saya Puan Esther Patrick, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur pada perniagaan pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan bersedia menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
(estherpatrick83@gmail.com)

Pinjaman yang kami tawarkan adalah:

1. Pinjaman Peribadi
2. Pinjaman Perniagaan
3. Pinjaman Pelaburan
4. Pinjaman Perumahan, dsb

Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (estherpatrick83@gmail.com)