Berita dengan sendirinya mempunyai dua kemungkinan iaitu benar dan bohong. Apabila ada dua berita, boleh jadi kedua-duanya benar dan boleh jadi juga kedua-duanya bohong. Kalau satu sahaja yang benar, tentu satu lagi adalah bohong.
Cuma masalahnya, bolehkah berita yang datang dari sumber yang sama, salah satu adalah benar dan satu lagi bohong?
Boleh jadi juga, media melaporkan dengan benar tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan adalah berbohong. Kalau orang itu bohong, bohonglah media. Begitu juga sebaliknya.
Bharian.com melaporkan ekonomi Malaysia pulih dengan pertumbuhan luar jangkaan sehingga 4.5 peratus pada Okt – Dis 2009. Penguncupan ekonomi juga hanya 1.7 peratus sahaja berbanding jangkaan sebanyak 3.0 peratus tahun lalu.
Najib berkata, Malaysia sudah pulih daripada kesan krisis ekonomi global. Tahun 2010, negara ini akan menikmati pertumbuhan kukuh.
Katanya, jangkaan awal pertumbuhan ekonomi adalah 4.0 peratus tetapi status terkini, pertumbuhan ekonomi adalah antara 5.0 hingga 6.0 peratus.
Adakah kenyataan Najib ini benar?
Cuepacs menggalakkan kakitangan kerajaan kumpulan sokongan II ‘menjadi pemandu teksi’ untuk menambah pendapatan. Tidak perlu buat kerja lebih masa kerana kerajaan tidak membayar bagi kerja lebih masa. Puncanya ialah jabatan kerajaan tidak mempunyai ‘bajet’.
Najib kata pertumbuhan ekonomi pada tahun ini semakin baik. Cuepacs kata jabatan kerajaan tidak punya bajet untuk bayar kerja lebih masa, kerajaan tidak berduit untuk itu.
Perkataan siapakah yang menggambarkan kedudukan sebenar ekonomi negara? Najib atau Cuepacs? Najib kata ekonomi baik, Cuepacs kata ekonomi buruk.
Siapa benar, siapa bohong?
Bolehkah kedua-duanya benar atau kedua-duanya bohong dalam isu ini? Disiplin ilmu mantik tidak membenarkan dua sifat yang bercanggah ada pada satu benda pada masa yang sama.
Ok, mari kita nilai siapa benar siapa bohong?
Pada tahun lepas, anak saya yang bersekolah asrama penuh dibenarkan pulang bermalam tiga minggu dan kadang-kadang empat minggu sekali. Pada tahun ini mereka diwajibkan pulang bermalam dua minggu sekali.
Seorang lagi anak saya yang bersekolah di sebuah negeri Pantai Timur, diwajibkan pulang bermalam walau pun cuti perayaan tahun baru Cina hanya empat hari sahaja. Dua hari dia atas bas dan dua hari di rumah.
Tahun lepas, ekonomi negara memang meruncing tetapi dibenarkan balik tiga minggu sekali. Tahun ini Najib kata ekonomi semakin baik tetapi diwajibkan balik dua minggu sekali. Ada sekolah yang mengarahkan pelajarnya pulang bermalam tiap-tiap minggu.
Kalau begini jadinya, saya simpulkan begini.
Bharian.com tidak berbohong. Cuepacs tidak berbohong. Habis, siapa yang berbohong…? Paling sedih, rakyat menjadi mangsa bohong seorang PM.
|
No komen. Takut kena cekup.
BalasPadamPANDAI LAH MENGUNDI BILA PRU 13 NANTI
BalasPadamgua tak peduli yg oenting gaji naik 50% utk sokongan dan 5% utk gred 41 keatas. kami juga berharap cola sokongan ditetapkan kepada rm500, manakalo gred 41 sebanyak rm200. ini kerana sokonganlah yang paling banyak kerja, paling susah dan paling penting dalam negara. setakat p mensyarat dan taip kertas kerje tu driver R1 pun boleh menaip. malah jika gred PTD dimansuhkan pun kami setuju kerana kami sudah matang untuk membuat keputusan demi kebaikan negara
BalasPadamsokongan tiada ijazah pun nak gaji lebih drp yang ada ijazah DG 41? tak malu ke>>>>>?
BalasPadamapa gunanya 41 masuk study penat di university ?
Itulah... kelulusan rendah tapi nak gaji macam orang ada diploma, ijazah, master dan PhD.
BalasPadamKena sedar siapa diri kita la... sekarang menyesal dah tak berguna... dulu masa belajar tak bersungguh2.
samad ex-N11
BalasPadammasuklah university study again,then just fight for high salary.....ok ?
Memang betul... belajar lagi untuk naik gaji supaya tahu bagaimana pengorbanan orang yg sambung belajar... berkorban masa, wang dan tenaga. Jangan hanya nak mohon simpati sahaja sebab gaji kecil. Perbaiki kelayakan. Seorang PT di tempat saya bekerja sanggup ambil PJJ dan sekarang dah jadi PA berijazah. Macam tu la... orang tak marah.
BalasPadamsamad ex-N11 TIDAD OTAK
BalasPadamtakleh cakap camtu...pegi cek bape ramai kerani kat sektor kerajaan ni ade ijazah/diploma,bape ramai tech ade ijazah/diploma....rmai..jadi korang yang berpangkat 41 jangan kata kami ni tak belaja,cuma rezeki korang je lebih...kami nilagi la, keje kerani, nak bayar ptptn sama macam korang,gaji sape lebih tggi???sendiri pikir la
BalasPadamsoal bohong atau dusta bukan masa nak tanya. kalau baru tak sampai setahun korang dah nak nilai PM macam macam tak bleh la. pak lah dulu pun camtu. masa mula mula menang besar. reputasi tinggi. lepas beberapa ketika korang dah kata dia takut KJ lah. kuat tido la. kalau nak nilai org. bagi la peuang dulu. aku sendiri pun tengah tengok apa najib boleh buat. buat masa sekarang semuanya baik la. kecuali plan penurunan kualiti minyak di pasaran. kalau ekonomi pulak. anda boleh kata najib sekarang di dalam proses melunaskan hutang lama yg pak lah tinggal dulu. takkan terus dapat PM nak settle semua hutang? biar betul. ROME pun tak dibina dalam masa satu hari. ini kan pulak corrupted minds. pikir la dulu sebelum tabur fitnah. dosa atas punca anda, tuhan sahaja yang akan membalasnya
BalasPadamaku xsetuju berita2 politik ada kt sini! bukan kerana aku pro mana2 parti tapi nie bloq cuepacs utk kakitangan kerajaan mengetahui berita2 terbaru tentang tuntutan/berita perkhidmatan kita..bab pandangan politik hak masing2!
BalasPadamItu Pusat Pengajian punya kerja ... Kerajaan dah bagi duit ... Bazir ke tempat lain .. Yg tak tau cerita, membabi buta ... Buat spekulasi .. Anak2 belajar kat institusi Pengajian Awam juga ... Yg cakap jer pandai, haram jadah satu pun tak guna ... Putar Belit jer ...
BalasPadam