27 April 2010

PENJAWAT AWAM TIDAK MUDAH DISOGOK : KSN

Bernama
2010/04/26



PUTRAJAYA: Kempen "Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah" akan memberi satu amaran kepada masyarakat umum bahawa penjawat awam tidak mudah disogok dengan rasuah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd
Sidek Hassan hari ini. “Kita akan memberi satu isyarat bahawa kita mempunyai integriti yang
tinggi,” katanya di majlis perasmian kempen itu yang melibatkan agensi penguatkuasaan utama seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Antara yang hadir di majlis itu adalah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tun Abdul Hamid Mohamad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. - Bernama

3 ulasan:

  1. Kepada semua PA, ini peluang baik untuk memperbaiki skil tarian dan joget anda. Murah dan mudah. Jum masuk ramai2 meriahkan suasana dalam keadaan santai dan gembira!

    http://bit.ly/9NMNc1

    BalasPadam
  2. Kaedahnya mudah sj...mulakan dgn mendidik individu itu supaya memahami konsep insan...sebelum kita membetulkan orang lain, betulkan diri kita sendiri dulu...JANGAN IKUT RESMI KETAM....Pastinya BERJAYA DAN BERKAT.

    BalasPadam
  3. TIDAK SEMPURNA INSAN MELAINKAN MELALUI JALAN AGAMA

    BalasPadam