26 April 2010

NGO SAMBUT BAIK KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI HULU SELANGOR

Bernama
26/4/2010




KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik kemenangan calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, pada Ahad.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata kemenangan Kamalanathan menunjukkan rakyat mula sedar dan bangkit membuat pilihan yang tepat."Rakyat kini tahu parti mana yang dapat membela nasib mereka, sebab itulah mereka pilih BN."Kami sebagai tulang belakang pentadbiran kerajaan yakin dengan kemenangan beliau dan kemenangan ini wajar berdasarkan usaha beliau semasa turun padang mengambil tahu masalah rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama.Calon BN, Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi selepas memperoleh 24,997 undi menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mendapat 23,272 undi.Omar berharap Kamalanathan akan menjadi pemimpin yang adil, saksama dan agresif dalam mendengar dan menyelesaikan keluhan dan masalah masyarakat.Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar percaya bahawa keputusan pilihan raya kecil itu membuktikan perpaduan kaum dan keharmonian serta pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat negara ini.Katanya rakyat kini lebih mengutamakan kemajuan dan pembangunan daripada segi ekonomi, pendidikan dan sosial."Saya berharap P. Kamalanathan dapat menangani masalah penduduk Hulu Selangor dan memajukan kawasan tersebut. Harapan mereka sangat tinggi terhadap beliau," katanya.Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Tan Sri Abu Zahar Ujang juga menyambut baik kemenangan calon BN dan percaya keputusan ini melambangkan kemenangan Najib dalam memenangi hati rakyat Malaysia."Rakyat selesa dengan Perdana Menteri, sebab itulah mereka memilih calon BN untuk memimpin Hulu Selangor," katanya.-- BERNAMA

5 ulasan:

  1. menang-menang juga tapi hati-hati dgn pengaruh CHIN PENG JR yg kian menebal ...

    BalasPadam
  2. Badan Ekonomi Rakyat Usaha Kerani-PT-PTPO (BERUK)

    selepas AJK BERUK bermesyuarat, kami mgucapkan tahniah pada BN diatas kemenangan yg Islamik dan bergaya itu. kami juga memutuskan bahawa pihak kerani/PT sekolah menuntut:

    1. gaji kerani sekolah dinaikkan ke gred 44 segera

    2. kerani sekolah diberi cuti panjang macam guru, tetapi dengan keistimewaan tidak BOLEH dipanggil bertugas/kursus di tengah2 cuti

    3. kami berhak memarahi dan mengarah guru sesuka hati kerana kami lebih intelek daripada mereka

    4. kuasa ketua PT lebih tinggi dari pengetua/guru besar dan layak menerima pemandu sendiri serta elaun keraian

    5. hak untuk balik pada pukul 1.30 t/hari seperti guru

    6. hak untuk makan pagi dan baca paper selama 2 jam, bertujuan meningkatkan produktiviti dan keberkesanan penyampaian awam

    7. cuti tahunan 45 hari setahun

    8. anjakan gaji sebanyak rm400 setahun

    1Malaysia, kerani didahulukan, Pencapaian diutamakan

    Che Gayah binti Senapi
    S/U Penaja (BERUK) Kebangsaan
    Badan Ekonomi Rakyat Usaha Kerani-N17/W17/S17/E17 (BERUK)

    BalasPadam
  3. Hahahahaaaaa.....aku rasa che gayah ni memang dah tak betul dan biul....ye la...nak buat macamana ye...tarafnya pun kerani...paling tinggi lulusannya pun SPM je...entah-entah BM 8...heheheheheee

    BalasPadam
  4. Kepada semua PA, ini peluang baik untuk memperbaiki skil tarian dan joget anda. Murah dan mudah. Jum masuk ramai2 meriahkan suasana dalam keadaan santai dan gembira!

    http://bit.ly/9NMNc1

    BalasPadam
  5. Tahniah Che Gayah Jongang.

    Keluhan hati/sakit hati ada kena berubat dah parah tuu. Aku faham maksud tersirat.

    Heboh dulu Guru terkena tekanan mental tapi depa lupa TULANG BELAKANG yang sakit lagi parah. KPM kena ambil PERHATIAN serious.

    yang bebenor

    kaunselor babon

    BalasPadam