17 Mei 2010

GAJI: CUEPACS SERAH CADANGAN KEPADA PM

Utusan Malaysia
16/5/2010





KUALA LUMPUR 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghargai kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan gaji penjawat awam yang rendah.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, satu kertas kerja khas yang mengandungi cadangan peratusan kenaikan gaji yang diharapkan kesatuan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri bulan depan.
''Kertas kerja itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri selepas Majlis Kongres CUEPACS mengadakan pertemuan dari 5 hingga 7 Jun ini di Sarawak bagi membincangkan mengenai peratusan kenaikan gaji yang akan dimohon.
''Kami harap kenaikan gaji ini akan melibatkan pelbagai sektor dan jawatan dalam perkhidmatan awam,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Najib berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan yang diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara daripada RM22,400 kepada RM48,000 dalam tempoh 10 tahun.
Perdana Menteri bertekad meningkatkan pendapatan negara yang akan turut melibatkan penjawat awam bergaji minimum RM1,024 sebulan.
Menurut Omar, CUEPACS juga menyokong sepenuhnya cadangan Perdana Menteri untuk memberi ganjaran terhadap prestasi luar biasa yang ditunjukkan penjawat awam.
''Selain kenaikan gaji, cadangan Perdana Menteri itu dilihat mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam terutama mereka yang berkhidmat di barisan hadapan.
''Kami juga yakin pada tahun ini penjawat awam akan mendapat lebih manfaat berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik,'' katanya.

48 ulasan:

  1. baguslah cuepacs nak serah cadangan kenaikan gaji pada PM. saya pun nak cadang jugak:

    1. semak skill gaji bukan selaras.

    2. staf berkhidmat 20 tahun ke atas asalkan dah dapat title kanan bagi mana2 jawatan boleh terus diangkat ke jawatan tertinggi jawatan terakhir tersebut (contoh, kerani kanan kepada kerani tingkatan tertinggi).

    3. staf yang ada kelulusan pula diberi gaji berdasarkan kelulusan tersebut walaupun ia hanya seorang peon.

    4. staf yg ada kelulusan (diploma/ijazah dsbnya) tapi tak dapat naik pangkat lebih 5 tahun, diberi elaun khas bagi bulan2 selepas tahun kelima itu.

    5. tambahan cola dan elaun.

    6. staf yg tak pernah mendapat anugerah khidmat cemerlang walaupun telah berkhidmat lebih 15 atau 20 tahun..wajib diberi peluang tersebut biar pun sekali. ini kerana kecemerlangan sangat subjektif...ada staf yg berkhidmat di kejauhan mata bos..

    7.peluang belajar di peringkat master dan phd dengan biasiswa.

    8. pinjaman kenderaan (kereta) bagi staf sokongan dengan potongan 10 tahun.

    9. penelitian masalah staf di kota2 besar dan penyelesaian masalah.

    ok, tq

    BalasPadam
  2. Saya sokong cadangan anda. Saya seorang Pem. tadbir gred N17 kelulusan diploma ditawarkan gred gaji P1T1.Dgn kelulusan dan pengalaman yg ada sy diberikan tugas setaraf dengan kelulusan saya(diploma) tetapi bergaji SPM. Sebelum ini sy sudah memohon byk jawatan dan ini jawatn yg saya dpt. Bukan tidak bersyukur tetapi di tempat kerja, saya seperti diambil kesempatan oleh majikan. Contohnya, menggantikan setiausaha yg bercuti, berurusan dengan org luar yg tugasnya seperti gred N27,menyediakan plan tindakan, menjadi rujukan kpd staf2 lain dan byk lagi.
    Saya mohon supaya perkara ini diambil tindakan kerana saya seperti tidak bersemangat dan bermotivasi kerana sering diambil kesempatan. Harap maklum

    BalasPadam
  3. salam
    saya juga amat menyokong kenaikan gaji penjawat awam supaya tidak tersepit ditengah2 kerana penjawat awam hanya mengharapkan gaji setiap bulan...dan cuepacs perlu memperjuangkan supaya terlaksana kenaikan gaji p.awam....

    BalasPadam
  4. Staf akademik dapat biasiswa dan cuti belajar(ada gaji)tetapi mcm mana dgn staf sokongan?

    BalasPadam
  5. setuju juga cadangan anda. apa yg penting kerajaan perlu profesional dalam menyelesaikan masalah di atas.

    kalau nak berdaya maju,(sektor awam), kena fikirkan satu revolusi yang akan merubah struktur lama sejak merdeka ini.

    BalasPadam
  6. skim JURUTEKNIK POLITEKNIK amacam?

    BalasPadam
  7. kita sokong sgt2 ttg hadiah utk kami guru2. Cuma harap skim guru ni diberi perhatian yang lebih lagi tahun depan. Elok juga bonus tahun ni bg skim guru diutamakan dulu kerana bebanan tugas yang sentiasa bertambah. Ataupun perbaiki skim kami lagi dari segi tangga gaji dan kenaikan pangkat akhir tahun ini.

    Terima kasih NUTP!

    BalasPadam
  8. tok sah la berangan sampai langit ke 7 harap kenaikan gaji tu...tak akan berlakunya...silap2 kena jerkah lagi dgn Najib tak de moral mintak naik gaji...padan muka korang..

    BalasPadam
  9. The economy recorded 10.1% growth in the first quarter of this year, which was the highest quarterly growth in a decade.

    The ringgit is Asia's best-performing currency this year, as foreign money has poured into domestic capital markets due to a combination of strong economic growth and rising interest rates.

    Year-to-date, the ringgit has appreciated by about 6% against the US dollar, 19% against the euro and 16% compared with the pound.
    ini yang saya baru baca le...
    bila lagi ekonomi kami betul2 okey? nak tunggu sampai u-turn lagi ka? satu lagi world recession ?

    BalasPadam
  10. cadangan saya adalah kerajaan serapkan semua penjawat awam kontrak di semua agensi kerajaan. tenaga mereka semua diperlukan jika bos2 mereka sibuk di luar kawasan, mereka2 inilah yang membantu selesaikan kerja di pejabat. paling resah ialah mereka yang bergred 41 dalam semua skim.

    BalasPadam
  11. 1. aku sokong cdngn anon 10:35:00 AM. kami ni pgwai kontrak s41. brkhdmat lebih drpd 3 tahun tp masih trkapai2. sepatutnya skim profesional mcm kami ni takde lagi yg kontrak.

    2. kepada semua gred 41, kita pakat ramai2 merayu kpd tok najib. tolong prihatin dgn masa depan kami, anak2 kami dan keluarga kami. cuepacs kena kerja keras dan lebih keras!

    BalasPadam
  12. Cikgu2 tak payah berangan nak mintak mcm2 lagi,jabatan2 kerajaan yang lain pun keja bertimbun2 tp dipinggirkan.Fikir sama perasaan orang dan jgn nak penting diri ja.

    BalasPadam
  13. nasib kami warga PLKN bila nak bela?? bertahun dah status kontrak....kami cuma minta diserap ke jawatan tetap.... walaupun kami bukan guru tapi kami juga perlu mengajar dan memupuk golongan muda tentang kenegaraan dan cintai negara...

    BalasPadam
  14. Cadangan jangan tinggal cadangan. Bila masuk mesyuarat kongres cuepacs maka berkatalah tuan presiden .. saya dah serah. Apa jadah pulak keputusannya ... TUNGGU ..... mungkin dekat PRU13 baru keluar keputusan ?? Maka semua PENJAWAT AWAM (TIDAK TERMASUK GURU DAN POLIS)akan terus melalut-lalut ...

    BalasPadam
  15. guru2 kt malaysia jgn terlalu manja dan berfikiran bangang. korang kena ingat, dulu korang mintak jd cikgu bukan kerana bnr2 minat tapi kerana tak dapat keja lain. pilihan terakhir ialah jd cikgu. tp bila kena posting kt kawasan pedalaman sabah sarawak tak nak pulak! mengada2! manja!!

    cikgu2 bukan lah berat mana pun kerjanya. dok mengaja 40 minit atau 60 minit, pastu lepak kat kantin. masa rehat sementara menunggu next class pun boleh lepak dan tengok tv. paling tidak semak buku kerja murid2.

    ada guru2 yg lebih teruk iaitu yg mengadu terbeban dgn kerja sekolah tp boleh pulak buat kelas tuisyen kt luar yg masuk poket sendiri! tp bila guru besar atau pengetua suruh buat kelas tambahan kt sekolah disebelah petang, cikgu2 yg bangang ni selalu kata tak boleh. sibuk lah. mcm2 lg alasan!

    ada jugak yg bukak kedai makan atau buat bisnes lepas waktu sekolah. eh, dapat pulak ke hulu ke hilir berbanding duduk mengajar anak murid dalam kelas yg ternyata tiada bayaran atau TIADA MASYUK!!!!

    tak semua cikgu berperangai begini tp hanya sebilangan kecil sahaja yg tidak begitu.

    aku kesian mereka yg berstatus kontrak yg dok terjerit2 mintak perhatian kerajaan khususnya tok najib razak. bila lg mereka ni nk dapat pembelaan? keluarga mereka jugak mahu hidup senang seperti keluarga cikgu2 di malaysia.

    kakitangan pelaksana seperti penolong2 dan pembantu2 semakin terhimpit dgn bebanan kerja walaupun gaji tetap sama. kerja dr jam 8 hingga 5. tiap hari kecuali hari cuti. mereka inilah yg bertungkus lumus bekerja membantu org atasan sebelum pergi miting.

    BEKAS GURU

    BalasPadam
  16. Kami staf sokongan keja dari pagi sampai petang cuma cuti jumaat sabtu ja. Tu pun kena p jugak keja time cuti sbb nak kena habiskan keja. Cikgu2 plak keja sampai pukul 2 lebih ja. Yang peliknya nak gaji lebih, mintak elaun itu ini. Cikgu cuti sekolah sebulan,gaji dapat tapi staf sokongan p keja hari2. Gaji mcm tu jugak. Klu macam tu staf sokongan mesti kena cuti mcm cikgu jugakla bila tiba time cuti sekolah.Adilkan mcm tu..

    BalasPadam
  17. Hahaha....jadi cikgu jgk best.. ckp bnyk tak guna. Alaa....tak kira cikgu ke keje apa ke. Kalo keje kerajaan sama je, lepak kantin sikit punya lama. Aku yakin semua org penah tepon pejabat kerajaan.....Jawapan: "er...dia blum masuk lagi la, tadi dia g minum..."
    Yang komplen cikgu tu pandai ckp je. aku penah jadi guru sandaran. Cuba korang bercakap 45min-90min sambil berjalan tanpa henti nk tgok letih ke tidak. Korg duk pejabat dlm air-corn kerusi empuk ble la.... rehat sejam buat benda yg sama balik. Ikut bini g shopping pun tggu dlm keta...

    1 lg....ramai kerani2 ni ada dip./ijazah pastu komplen gaji tak setara. Er...kalo dh ada sijil tinggi2 buat apa korg mintak gred 17???? skim tu mmg utk bebudak lulusan SPM je la...toksah la korg menyalak bukit. Ada kosong gred 27/41 sok korg mintak je la. ha...jawatan tu mmg utk org yg ada sijil tinggi mcm korg.

    BalasPadam
  18. saya ingin terus mencadangkan:

    1. kalau guru ada tangga gaji 28, 32, 34, 41, 44, 48, jusa dan sebagainya..apa kata najib razak bagi pada sokongan pun sama.

    dari 17, 22, 26, 32, 34, 41, 44, 48 dan jusa juga...kehkehkeh...baru adil..dan staf sokongan pun balik jam 1 tgh juga macam cikgu.

    kehkehkeh...

    BalasPadam
  19. Tanpa nama: Cadangan baik tu. Gred sokongan dari 17,22...29,41,44....JUSA.
    Tapi semua sokongan kena wat degre dulu hehehehe.....

    BalasPadam
  20. tak payah la citer mintak naik gaji ke ,elaun ke..cola,pepsi semua tu..tak akan Najib layan punya..
    sedangkan KUP pun ada agensi yang tak ikut arahan pun..

    contohnya penguatkuasa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia gred E17 yang dah 18 tahun kejer pun tak diserap naik KUP tu..alasannya nya kena ambik exam 9 paper dan lulus baru boleh dipertimbangkan layak...adilkah macam tu?sedangkan sebelum ni yang tak de ambik exam khas tu pun dapat naik gred 22 hakiki pulak tu...ni hanya KUP je..
    semua ni disebabkan sorang pengarah pompuan tu yang hanya tahu menindas orang bawahan...pasal tu kot dia tak kawin2 walau umor dah separuh abad...hahahahaha

    dengki sangat dia tu kat orang bawahan..makan sumpah seranah je la ko..

    BalasPadam
  21. Bersabarlah........
    Kalau dah rezeki tak kan kemana

    BalasPadam
  22. JURUTEKNIK POLITEKNIK
    JURUTEKNIK POLITEKNIK
    JURUTEKNIK POLITEKNIK
    JURITEKNIK POLITEKNIK
    JURUTEKNIK POLITEKNIK

    BalasPadam
  23. APALAH LEMBAGA PERINDUSTRIEN KAYU MALAYSIA (MTIB) NAK BAGI KUP PUN KENA PERIKSA DULU,TAK PERTIMBANG RASA BETUL ,BAGI AJELAH DAH KERJ ALEBIH LEBIH 15TAHUN ,FIKIRLAH SIKIT PENGALAMAN ORANG BAWAHAN TAKAN TENGOK SIJIL SEMUA TAHU BUAT KERJA.

    BalasPadam
  24. Cikgu Era GlobalisasiRabu, Mei 19, 2010 10:35:00 PG

    siapa yang cakap cikgu kerja sampai kul 2.00 memang tak ikut perkembangan semasa. Sebelum aku jadi cikgu... aku ingat betul cikgu kerja sampai pukul 2.00 jerr.. tapi bila dah jadi cikgu baru tau langit tinggi rendah.
    Mana ada cikgu balik pukul 2.00 lagi... itu tahu 1970-an dulu. Ada pulak yang kata cikgu kerja 5 hari seminggu dan banyak cuti... ewah banyak engko punya cuti. Malaslah nak cerita dengan mereka yang hanya nampak luaran aje tugas guru.
    Cakap banyak kali pun tak faham jugak...

    BalasPadam
  25. semua orang faham, hangpa tu yg ngada, kalau berapa kerat saja yg rajin buat apa bagi kat semua bagi yg rajin dah la

    BalasPadam
  26. Dengarlah sini yg suka menuduh yang bukan2, bukannya tak mintak keja yg setaraf dengan kelulusan (diploma/degree) tp dah tak dapat nak buat mcm mana.
    Dapat keja yang setaraf SPM(N17),terpaksa ambik ja la jawatan tu walau tak bersesuaian pun. Mintak2 dapatla elaun untuk diploma dan degree ni ye

    BalasPadam
  27. ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membuka peluang pekerjaan dan memberikan pekerjaan kepada kami (penjawat awam) di sini saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan apa juga keputusan mengenai gaji. apa yang ingin saya tekankan di sini perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat meringankan @ memudahkan rakyat? Mesra? cekap?. kita diberikan akal dan fikiran fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan terima kasih.

    BalasPadam
  28. ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membuka peluang pekerjaan dan memberikan pekerjaan kepada kami (penjawat awam) di sini saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan apa juga keputusan mengenai gaji. apa yang ingin saya tekankan di sini perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat meringankan @ memudahkan rakyat? Mesra? cekap?. kita diberikan akal dan fikiran, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan terima kasih.

    BalasPadam
  29. TAK PAYAH BODEK LA KALAU KO TU BARU SEBULAN DUA MASUK pa...

    BalasPadam
  30. kesian pulak saya dengar kisah kawan kita yg tak naik KUP walaupun dah 18 tahun kerja.

    syarat yg kita tahu nak naik ialah 15 tahun khidmat dengan jawatan yg sama, presasi 80% ke atas dan lulus ptk. itu saja,

    tapi kalau kena ambil periksa sampai 9 paper baru nak naik..itu kira bos you tu lebih power dari power najib..kehkehkeh...

    atau you tak ada ptk ke..kalau tak ada ptk..mungkin kena ambil exam le..

    BalasPadam
  31. staf sokongan ni memang ramai yg ada degree atau diploma malah master pun...cuma mereka tidak diberi ruang dan kesempatan seperti para guru atau pensyarah..

    staf sokongan belajar tak berhenti2. ada yg pinjam along, ada yg pinjam ceti, ada yg pinjam mak bapak, ada yg pinjam ptptn, ada yg pinjam duit kekasih dan sebagainya semata2 nak sambung belajar...

    kerajaan memang tak akan nampak semua ini...

    BalasPadam
  32. kepada 9.48....terima kasih kerana simpati..untuk pengetahuan syarat2 tu semua dah lepas awal2 lagi...cuma mandai2 je tambah syarat baru kena amik exam..
    hanya Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang ada syarat karut ni..suka sangat menindas staff bawahan..

    BalasPadam
  33. Betul ....kita sudah lulus semua syarat utk dpt kup....tapi Lembaga Perindustrian kayu Malaysia di bawah Kementerian Perusahaan peladangan dan Komoniti saje tambah syarat utk menindas org bawahan..Pihak Pengurusan hanya mementingkan diri sendiri ,2 tahun sekali naik pangkat sehingga habis gred....org bawahan dinafikan hak yg di beri oleh pm...

    BalasPadam
  34. kenapa teruk sangat pengurusan Lembaga Perindustrian Kayu tu?naik KUP tu melibatkan duit bapak dia ke?
    aku cadangkan ko report SPRM

    BalasPadam
  35. SPRM harus siasat pihak yang terlibat tu...
    Kesian org bawahan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia....
    Asyik kena tindas aje...
    pentingkan perut pihak dia aje...
    siasat jangan tak siasat......

    BalasPadam
  36. apelah pengurusan lembaga perindustiran kayu malaysia ,sampai begitu sekali buat kepada staffnya..tak ade hati perut....beri ajelah KUP,usah tunjuk kuasa bodoh .kan pm suruh bagi,bagi aje le,

    BalasPadam
  37. WtF!!!
    ..
    Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh..

    BalasPadam
  38. WtF..!!!
    Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhh
    Syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  39. Boss Lembaga Peridustrian Kayu Malaysia ni betul-betul kayu la...
    Fikir le kebajikan pekerja... jangan tinggi sangat ego...

    BalasPadam
  40. Semua skim perkhidmatan ada kepentingan dan keunikan tersendiri.Sehubungan itu perlu dilakukan semakan semula mana-mana skim perkhidmatan yang tidak ada penambahbaikan sejak SSB dan SSM.Cth PT,Juruteknik,Pemandu,Pekerja Awam dan lain-lain jawatan kumpulan sokongan.
    Tahniah juga kepada guru-guru kerana telah diambilkira untuk penambahbaikan.Kumpulan P&P di Jabatan pendidikan yang paling gred naik pangkat.
    Pengetua sekolah,paling tinggi Gred DG48, berapa orang je yang Gred DG54.Lihat sahaja guu DG41,brapa tahun baru boleh naik ke gred DG44? Cuba bandingkan dengan PTD M41,belum 3 tahun dah memangku
    M44,belum sah M44 dapat memangku M48,kerja baru 6 tahun, sekarang dah M48.Lihat juga Peg.Perubatan,induksi tak payah,PTK tak payah terus dapat UD44,sekarang kerja baru 10 tahun dah dapat UD52,UD54.
    Oleh itu, banyak-banyaklah bersabar dan berdoa, semoga kita mendapat pemimpin yang baik bijaksana dan adil.Minta Allah beri hidayah kepada pemimpin-pemimpin kita baik di jabatan, kementerian dan negara.

    BalasPadam
  41. kami pekerja sokongan kalau nak claim OT selalu je disekat tapi kalau staff akademik senang2 je...bukan sket depa claim main ribu2....kuat complain je...tapi ade juga bodohnya...jangan ingat kami staff sokongan tak tau ape....kami pakar dalam bidang kami...last2 minta tlg kami juga!!!!

    BalasPadam
  42. kalau kes di lembaga perkayuan malaysia ni dijadikan rujukan..maka pihak kerajaan patut kaji dan tengok semula sama ada ketua2 jabatan sama ada di lembaga kayu atau mana2 jabatan kerajaan yg lain...lihat sama ada mereka bertindak adil atau tidak kepada staf mereka..

    kalau tak adil...ketua jabatan tersebut perlu diambil tindakan..

    ini seperti menamatkan tempoh sebagai ketua jabatan, atau turunkan pangkat, atau tukar ke mana2 tempat bertugas yg lain..

    tanpa petugas bawahan...mana mungkin akan berlaku 'mana-mana kejayaan' atau 'prestasi tinggi' ketua jabatan itu sendiri.

    jadi, saya mencadangkan agar pihak kerajaan ambil berat soal ini dalam menangani ketua-ketua jabatan 'yang bermasalah'.

    apa yg saya tulis ini hanyalah cadangan saja...berdasarkan kes di lembaga kayu malaysia tersebut.

    salah silap harap dimaafi.

    BalasPadam
  43. BOSS DI LEMBAGA KAYU NIIII MEMANG KAYUUUUUUUUUU.....BAEK TUKARKAN DIA NI SEBELUM TERLAMBAT....JANGAN MENYESAL NANTI, ADAKAH PATUT DIA BUAT PERATURAN SENDIRI...MACAMLAH DIA ADA POWER LAGI KUAT DARI DS NAJIB AR.

    BalasPadam
  44. CUEPACS.... JANGAN BELA CIKGU & POLIS JE... KAKITANGAN AWAM LAIN NAK JUGA NAIK GAJI. KALU KERAJAAN TAK ADIL. PR 13 NI BN KALAH TERUK...

    BalasPadam
  45. saya rasa sdr jangan emosi pulak...kita bincang elok2 la...

    kami paham perasaan sdr di lembaga kayu tu...

    kita harap pihak kerajaan akan pandang kes ini secara istimewa, bukan lembaga kayu saja tapi mana2 jabatan yg lain yg mana ketua dia bermasalah..

    mana2 ketua jabatan yg bermasalah kita mohon kerajaan tukar dengan ketua jabatan yg baru..yg adil..yg prihatin..

    mudah2an semua masalah berakhir...

    BalasPadam
  46. piraah juruteknik

    bkn ada kerja pun

    mengulor je lebih

    suh buat keje cket nk merungut

    pastu nk suh naik gaji

    pooraaahhh

    BalasPadam
  47. Salam semua, saya cuma mintak elaun untuk pekerja sokongan yg ada kelulusan diploma dan degree. Penat saja belajar dulu, loan belajar kena bayar jugak. Dah byk kali mintak jawatan yg bersesuaian tp tak dapat. Tolongla Presiden Cuepack................

    BalasPadam
  48. mudah2an presiden cuepacs boleh jelaskan pada kerajaan dengan baik dan clear ttg masalah staf sambung belajar tapi tak naik2 pangkat..

    bukan mudah nak bagi kerajaan faham...

    kerajaan hanya tahu nak sebut insan kamil..modal insan..dan sebagainya...tapi gagal memahami hakikat bahawa ramai pegawai mereka yg berusaha belajar tapi kantoi tak dapat kerja..

    pendapat orang kota dan desa..

    BalasPadam