Berita Harian
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
2010/05/19
KETIKA berucap pada majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010, minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak, memberi penekanan kepada perlunya masyarakat mengiktiraf prestasi luar biasa penjawat awam dan jabatan kerajaan. Pastinya ini berita gembira kepada lebih 1.2 juta penjawat awam yang begitu mendambakan pengiktirafan dan insentif sewajarnya selama ini. Kesungguhan Najib ternyata ada asas kerana sistem pengiktirafan dan penghargaan terhadap jabatan kerajaan mahupun penjawat awam secara individu setakat ini boleh dikatakan agak sempit dan semakin lapuk. Kita masih di takuk lama dalam soal pemberian ganjaran kepada penjawat awam.
Komitmen dan tekad Perdana Menteri sebenarnya selaras amalan di negara maju yang mengiktiraf kemampuan dan kemahiran luar biasa di samping ketinggian ilmu dimiliki pekerjanya. Biasanya gaji dan insentif eiterima setimpal kebolehan serta sumbangan masing-masing. Amalan ini berlaku dalam sektor swasta yang tidak terlalu terikat dengan prosedur. Majikan memberi peluang kenaikan pangkat dan gaji pekerja cemerlang di samping bonus tahunan menarik kepada semua pekerja jika prestasi syarikat cemerlang.
Perkara ini tidak berlaku dalam sektor awam yang masih terikat pelbagai prosedur yang tidak membolehkan seorang ketua menaikkan pangkat seseorang penjawat awam cemerlang dan berprestasi luar biasa apatah lagi memberi insentif dalam bentuk wang ataupun naik gaji. Penjawat awam secemerlang mana sekalipun tetap perlu menunggu kekosongan jawatan kenaikan pangkat untuk memohon. Mereka pula perlu berdepan persaingan hebat sesama rakan sejawat kerana bilangan jawatan kenaikan pangkat terhad berbanding ramainya jumlah pemohon. Ada perlu menunggu sehingga 15 tahun untuk naik pangkat ke gred lebih tinggi secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Akibatnya ramai yang cemerlang dan berprestasi luar biasa gagal mendapat pengiktirafan sewajarnya. Ditambah pula dengan kekangan membayar insentif kewangan secara tunai atau kenaikan gaji berdasarkan kecemerlangan kerja. Penjawat awam pada masa ini mengharapkan insentif kewangan berjumlah RM1,000 melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) setahun sekali yang turut terhad kepada jumlahnya. Isu pengiktirafan dan penghargaan adalah dua perkara yang cukup penting dalam konteks meningkatkan motivasi pekerja. Kedua-duanya dilihat masih boleh diperbaiki dalam sektor awam. Fenomena ini dikatakan antara punca profesional seperti doktor lebih cenderung bekerja di sektor swasta atau berhijrah ke negara yang menjanjikan ganjaran lebih lumayan. Jika berhasrat menjadikan perkhidmatan awam sebagai menarik, eksklusif dan jadi rebutan kalangan profesional maka kerajaan perlu melakukan transformasi drastik mengikut peredaran zaman dan tuntutan keperluan semasa. Oleh itu, tiba masanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memikirkan kaedah lebih sesuai untuk membuka lebih banyak peluang kenaikan pangkat tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan dan mencari jalan memberi insentif melalui kenaikan gaji ataupun bonus secara tetap kepada penjawat awam yang cemerlang dan luar biasa. Selain mempertimbangkan sedalam-dalamnya tuntutan Cuepacs supaya membuat semakan gaji secara menyeluruh, perkhidmatan awam dicadang mewujudkan skim insentif khas yang mungkin boleh dikenali sebagai Skim Insentif Pekerja Cemerlang bagi mengiktiraf penjawat awam dan jabatan kerajaan yang berprestasi cemerlang serta luar biasa. Skim ini perlu berbentuk skim yang lebih terbuka dari segi peraturan mahupun prosedur dengan memperuntukkan peluang kenaikan pangkat dan gaji secara terbuka pada bila-bila masa apabila seseorang penjawat awam didapati menunjukkan prestasi luar biasa dan membantu jabatan mencapai prestasi cemerlang. Penilaian pemberian insentif melalui skim khas ini boleh dibuat berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) staf dan jabatan berkenaan. Staf yang mencapai sasaran ataupun KPI ditetapkan dengan cemerlang, boleh terus diberi ganjaran dalam bentuk wang mahupun naik pangkat. JPA perlu memperluaskan sistem serupa yang diumumkan kepada guru; untuk penjawat awam lain. Melalui skim guru itu, semua pengetua, guru besar dan guru layak menerima wang ganjaran sehingga RM7,500 tiap seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran KPI ditetapkan Kementerian Pelajaran. Penjawat awam lain wajar menikmati sistem seperti ini. Justeru, jabatan kerajaan banyak mempermudahkan urusan rakyat serta mendapat pengiktirafan dan pujian masyarakat diberi imbuhan setimpal. Keperluan mewujudkan skim ini juga kerana semakan gaji semata-mata masih tidak mampu mengiktiraf sepenuhnya sumbangan penjawat awam sepanjang masa.

Anugerah Perkhidmatan cemerlang tuh ramai kaki bodek yg tak buat keja dapat...halal ke tidak pun tatau la ganjaran yg dapat tuh....kesian betul...
BalasPadamTahniah dan syabas kepada cuepacs dan kerajaan..tapi tolonglah bantu kami yg masih status kontrak ni...dah bertahun...kami pekerja PLKN ni bila nak tetap?? bila sampai hujung kontak pakat susah hati dok fikir sambung ke tidak....kami pun ada keluarga nak sara makan....bukan tak syukur ada kerja...kami syukur cuma tolong la serap ke jawatan tetap....kami juga golongan tenaga pengajar walaupun bukan guru....harap kerajaan dengar luahan hati kami
BalasPadamSKT, tunjukkan keadilan dan kesaksamaan dalam penilaian. Jangan menilai pada peribadi tp nilai pada kerja yg diusahakan. Fikir2kan le.
BalasPadamstaf akademik gaji banyak dapat cuti belajar bergaji.....staf sokongan gaji ciput tak dapat cuti belajar..kalo nak cuti boleh tapi tanpa gaji....walhal kalo sambung master or phd dlm negara amik masa 2-4 tahun jek...tapi ramai sambung kat oversea sampai 5-6 tahun... tak adil...kenapa perlu ada kasta dalam hal ni??..tolong selaraskan...
BalasPadamramai pegawai penerangan s41 masih kontrak. mereka2 ni bila lg nk diserap ke jawatan tetap?
BalasPadamye la, ramai kengkawan pgwai penerangan masih kontrak. mereka jual suara dan air liur jelaskan dasar kerajaan kepada masyarakat. kekadang mereka kena kutuk kerana dituduh pembodek kerajaan. mereka bekerja dgn penuh dedikasi. kpd kerajaan, bagi lah peluang kpd mereka untuk lebih bermutu dlm kerjaya mereka ini. serapkan semua mereka ke jawatan tetap.
BalasPadamcemerlang ni sebenarnya satu perkara subjektif. yg tak cemerlang sangat tapi cemerlang dari segi bodek pun ada. ini kerajaan nak kena sedar la..
BalasPadamada yang cemerlang sungguh..tapi tak ngam pulak dengan boss atau big boss..maka tak adalah 'cemerlang' beliau biar pun staf tersebut memang cemerlang..
tapi ramai yg cemerlang jadi-jadian saja...yang tak cemerlang itu pun sebenarnya sama saja dengan yg diiktiraf cemerlang oleh jabatan..malah ada yg lebih cemerlang dari orang yg diiktiraf sebagai cemerlang..biasalah..
malah..ada yg dicemerlangkan mengikut giliran...semua ni sebenarnya semacam kartun saja..
tapi kalau bagi pada orang yg betul2 luar biasa cemerlang..itu lain la...
ok...pendapat orang kota dan desa...
bab2 cemerlang ni tolak tepi dulu la..
BalasPadamdulu pun biasa buat dah tapi macam kantoi ja..
staf yg dari tak ada apa sijil pun...tetiba dengan bersungguh2 belajar dapat phd..itu pun kira cemerlang jugak...haa..bagi la dia naik pangkat ke..
kerja dia pun beres...sanggup belajar lagi..kira cemerlang la tu...
ikut singapore...yg ada kelulusan dinaiktaraf dengan tak banyak songeh...
BalasPadamyang lain kalau nak rasa gaji special..kena belajar lebih sikit la...
kita harap negara kita malaysia ni pun boleh ikut contoh negara maju..
Saya setuju Tanpa Nama
BalasPadamSepatutnya memang begitu... kalau nak gaji lebih kena tingkatkan kelayakkan akademik.
Jangan harap simpati kerajaan kerana gaji kecil ( kelulusan rendah ). Selama ini memang kerajaan/Ceupacs hanya nampak golongan yang bergaji rendah.
Nak naik gaji... belajar lagi ambil dip/degree/master/PhD... baru orang tak marah.
Sebenarnya, bukan kita tak nak belajar, tingkatkan kerjaya tetapi bila melihat kepada rakan-rakan yang sambung belajar, dah dapat ijazah,sambung Master pula, masih juga di Gred 17,bukan sehari,dua hari, sudah 5tahun,6 tahun.Tempoh perkhidmatan pun dah mencapai 15,16tahun.Isu ini yang perlu di ambil tindakan terlebih dahulu.
BalasPadamijazah leh beli beb!!!
BalasPadamKalau aku kata bodoh...kau orang bodoh..tapi geng geng kerani senapi ni memang bodoh dan bengap..kalau dah diwartakan gred gaji kerani tu N17 dan seterusnya..kena la terima..bila dah ada master,phd...dah tak sesuai lagi nak letak N tu...kau orang tau ke apa tu N...bengap la...patut la jadi kerani...SPM je..
BalasPadamhahaha...ckp org bodoh...tp bace komen ko pon dah tau sape yang bodo..hahaha
BalasPadamAyooooo PM......u mau kitaorang capai KPI yang ditetapkan tapi semua keputusan di tangan YB YB bangsat dari BN......em yang kawin artis baru-baru ni bukan main senyum lebar dia........mampu ka sara artis kalau sekadar gaji MP tu??????? BPR ndak mau siasat ka???
BalasPadamkalau cuma sokongan saja nak dinaikkan gaji berlebihan...yg ada degree diketepikan...nampak jelaslah bahawa kerajaan kita menggalakkan kita belajar hanya setakat spm saja..tak payah susah2 belajar tinggi2...sebab gaji pun hampir sama ja dengan spm...kahkahkah...
BalasPadamlogik tak pendapat aku...kalau tak logik cuba balas hujah tu...kahkahkah...
aku berpendapat agar kelayakan diselaraskan ke SPM untuk semua peringkat. jangan ambil lagi org berijazah kerana mereka sumua malas bekerja x seperti kami golngan sokongan nih
BalasPadammalahan guru juga dibuka kepada SPM dgn gred mula N29M barulah adil. kerja guru bukan susah pun takat ajar matematik 5+5=10 aku pun boleh
kakaka...insentif...
BalasPadamkerja teruk2, dah tu semasa kerja, kalau kenderaan jabatan tiada atau outstation, kenderaan peribadi jadi mangsa.
insentif yang saya dapat :
1. tanggungan tnggl di hotel 3 bintang RM 80-109 semalam untuk 3 malam, kongsi 3 orang.
2. makan malam semasa majlis tu RM40 satu kepala
3. sijil untuk dijaja ke kedai-kedai bagi ditukarkan dengan nasik RM 0.80 harga sijil dgn tandatangan pengarah
4. plaque hiasan kononnya (dengan tertera nama saya) bagi digunakan untuk melempar ayam2 yg memakan padi yg sedang dijemur setelah saya balik semula ke daerah saya. RM 45
5. seutas jam tangan berwarna emas (geli aku) RM 305
aaa.. lupa lak..
6. beserta puji-pujian hingga kering air liur drp Pegawai Tadbir, Pengarah, Timbalan, Ketua2 unit. (Puji-pujian ini juga boleh dibawa ke kedai juga untuk ditukarkan dengan nasik)
kakaka..saya rasa kan macam diperbudak-budakkan padahal umur dah 44 tahun.
come on lah..
tukarlah insentif tu dengan kenaikan pangkat barulah rasa semangat.
Saya 3X dpt anugerah cemerlang, kali pertama saya pergi tapi kali ke2 dan ke3, saya bagi alasan ada hal yang perlu diselesaikan dikampung.
Bosan saya dengar puji-pujian nih, tak de manfaat langsung.
Tak bangga langsung..
Budak darjah 3 boleh lah kita buat macam tu