Bernama
Oleh Noor Hayati Muda
7/8/2010
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang mengemukakan memorandum kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyemak semula peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi memastikan ia relevan dengan hasrat kerajaan.
Presidennya Omar Osman berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, matlamat PTK tidak tercapai sepenuhnya selain boleh mengekang aspirasi kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
"Daripada apa yang kita dapat, ramai penjawat awam tidak berpuas hati dengan PTK kerana ada yang cemerlang melaksanakan tugas hakiki tetapi tidak diiktiraf prestasi mereka kerana gagal melepasi syarat PTK.
"Dalam pada itu, ada pula yang tidak seberapa (prestasi) tapi disebabkan lulus PTK, dinaikkan pangkat. Ini menyebabkan yang lain patah semangat khususnya mereka yang tidak lulus," katanya kepada Bernama.
Diperkenalkan pada November 2002, peperiksaan PTK bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya yang layak menerima pengiktirafan.
Selain itu, katanya, pelaksanaan PTK juga tidak selaras kerana bukan semua jabatan kerajaan menjalankan peperiksaan sebaliknya menghantar penjawat berkursus dan melakukan pembentangan yang disifatkan lebih sesuai dengan taraf profesionalisme yang diinginkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kalau difikirkan, bila masa mereka mahu mengulang kaji sedangkan pada masa yang sama mereka juga perlu melaksanakan tugas hakiki selain menguruskan hal peribadi. Malah saya difahamkan ada yang mengabaikan tugas untuk mengulang kaji semasa waktu kerja semata-mata untuk lulus PTK," katanya.
Omar berkata budaya mengampu ketua jabatan boleh diatasi jika urusan anjakan gaji dan kenaikan pangkat dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang tidak berkepentingan.
"Jabatan boleh melantik dua atau tiga orang yang tidak berkepentingan untuk menilai prestasi warganya, iaitu ketua jabatan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk kenaikan pangkat," katanya.
Omar juga tidak menolak pandangan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan PTK turut melibatkan pembaziran masa dan kos kerana mereka yang berkenaan harus mengikuti kursus sebelum menduduki peperiksaan, selain kos untuk mengendalikan PTK itu sendiri.
Pandangan Omar dikongsi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yang bersetuju dengan pendapat bahawa mereka yang berkhidmat di sektor awam dibebani dengan peperiksaan.
Beliau berkata sewajarnya kerajaan mempermudahkan kenaikan gaji dan gred penjawatnya terutama yang telah berkhidmat puluhan tahun dan hampir bersara namun masih di takuk lama sekalipun terbukti mereka cemerlang ketika bertugas.
Hashim berkata walaupun PTK digubal untuk tujuan yang baik iaitu mengelakkan unsur pilih kasih dan memastikan hanya yang layak diiktiraf, pelaksanaanya menyebabkan ada yang tertindas.
"Tidak semua antara kita pintar semasa di sekolah tetapi lain pula keadaannya ketika telah bekerja. Justeru konsep peperiksaan dalam PTK ini sudah tidak sesuai digunakan bagi menentukan prestasi seseorang penjawat awam," katanya.
Seperti dalam sektor am, beliau berkata ada anggota yang gagal menginjak pangkat kerana gagal melepasi peperiksaan sekalipun prestasinya sebagai penguatkuasa undang-undang cemerlang.
-- BERNAMA
Hapuskan saja PTK dan gantikan sistem gaji matrik kepada linear habis cerita, tapi kenalah laksanakan kepada semua jabatan kerajaan termasuk badan berkanun.
BalasPadamAku lagi bengang. Nak dapat dua-dua kertas 4 memang perit bila dah berjaya tak dapat anjakan gaji. Cuba fikir la... aku lulus keseluruhan 4 Mei 2008 sepatutnya boleh le dapat anjakan pada gaji Julai 2008 tapi pejabat kata Julai 2009 baru boleh naik. Ditakdirkan aku naik gred pada Dis. 2008 so aku tak layak dapat anjakan. Betul-betul penipu JPA ni. Dia dah tahu kita hampir dinding dia bagi lulus tapi tiada anjakan. Betul-betul PENIPUUUUUUUUUUUUUUUUU.
BalasPadamCUEPACS
BalasPadamsaya sangat tidak bersetuju mengatakan PTK tidak sesuai diteruskan malahan PTK paling sesuai diterusakan tetapi perlu diperbaiki sistemnya tidak perlu banyak keranah birokrasi seperti yg ada sekarang ini ada panel temuduga. Kalau sudah lulus had ditetapkan naikkan saja gaji dan pangkat PA. Jangan ditambah dgn proses temuduga lagi utk mengelakan pilih kasih panel temuduga ini , panel temuduga kalau ada mereka mengatakan kota dia sengaja mengagalkan kita, inilah halangan kita utk terus maju.
pegawai2 yg dapat APC itu kebanyakannya mereka itu banyak mengampu pegawai PPP dan PPK2 dan ketua jabatan mereka. bagi mereka yg tidak pandai mengampu mereka memang tidak dpt prestasi cemerlang macam di jabatan saya.
Kalau mahu prestasi cemerlang senang saja sekarang punch kad boss tiap hari , bawa boss minum kopi atau buatkan boss kopi, ambildan hantar anak boss sekolah dapatlah kamu prestasi cemerlang hujung tahun bukan berdasarkan pencapai sebenar pegawai tu bekerja. walaupun anda bagus dalam kerja tidak juga kamu dpt prestasi cemerlang malahan semua peperiksaan yg kamu lulus tidak juga dpt cemerlng kalau tidak pandai ampu 2 boss.
Kalau kita tidak pandai bekerja tidak kita dpt lulus Pep. PTK kita ni org lama kerja dgn jab. kita disebabkan sikap boss yg hipokrat ni kita x dpt cemerlang tu
saya tidak setuju PTK dihapuskan...
PTK ni menyuruh kita mengingati apa yg perlu kita ketahui dlm bidang tugas kita. Kalau tidak ada PTK PA nanti tidak baca buku akta2 yg perlu diketahui mereka hanya tinggal buku sahaja, begitu juga bagi jab. yg banyak mentadbir undang2, akta2, pekeliling2 dsb kita perlu baca kita tidak dpt mengingatinya semua kalau tidak ada peperiksaan tentu kita tidak baca dan buka. Itulah kebaikan PTK suruh kita baca kembali semua kerja2 berkaitan dgn jab. kita.
kebanyakan PA yg dpt cemerlang tu kaki ampu tapi tidak dpt aras 4 pep. PTK.
BalasPadamPA yg tidak dpt cemerlang bukan tidak menunjukan prestasi yg tidak baik tetapi mereka ini golongan yg tertindas ditekan oleh boss.
boss tidak suka atau tidak mahu lihat kita maju lebih baik dari dia tidak mahu ampu dia maka kamu tidak dpt cemerlang
saya berpendapat ptk harus dikekalkan cuma sitem nya sahaja yang harus diperbaiki atau diperhalusi jika ada mana mana kelemahan yang ketara.setidak tidak nya kakitangan awam tidaklah cetek ilmu dalam bidang perkhidmatan mereka.
BalasPadamsoal apc tu memang tidak dinafikan ada sedikit unsur unsur pilih kasih dan ada sesebuah jabatan tu telah ditetapkan koata untuk pac tiap tiap tahun..sepatut nya kalau dah layak terima tu bagi sajalah...ini bermakna ada yg layak tapi tak dapat disebabkan koata agihan.
apalah cuepacs ni dulu ssb complain lepas tu ssm complain ...semuanya tak betul ...cuba fikirkan tahun ni untuk dapatkan bonus,itp,eka dan cola ke.. yg telah dicanangkan sebelum ni tapi masih belum terlaksana kan lebih bagus..presiden macam nak mengalihkan isu je...takut nak jumpa pm ke...takut isu tak bermoral ke...
BalasPadamTak lulus PTK tak semestinya kerja tak bagus... sebaliknya jika lulus PTK tak semestinya kerjanya cemerlang. Cam kat tempat aku... dia ni kerja memang berkira, tak boleh kerja lebih sikit atau tolong bahagian lain. Bila dia dah habis kerja dia, dia bantai baca buku rujukan PTK dan memang dia lulus dan dapat anjakan gaji.
BalasPadamORANG JPA TAK ADA KUASA NAK UBAH DASAR PTK NI. DIAORANG TURUT PERINTAH JE.. SOKONGLAH LAGI 1 MALAYSIA.
BalasPadamjangan hapuskan PTK tapi perbaiki sahaja. contoh soalan2 yg dikemukakan mesti sesuai dgn tugas2sesuatu jawatan. jangan peperiksaan untuk Pembantu Tadbir (W) tetapi soalannya berapakah kadar untuk membuat 1 soalan PTK. soalan yg tak masuk akal lansung. Mana ada bahan rujukan untuk soalan seperti ini. JPA kena kaji masalah ini.
BalasPadamkalau dah dapat aras 3 dalam peperiksaan ptk, calun tidak dibenarkan menduduki semula untuk membaiki keputusan ke arah aras 4.
BalasPadamApa ini?
adakah usia 55 tahun dipaksa juga lulus ptk, sedangkan telah berkhidmat 34 tahun tetapi tidak ambil dikira langsung.ptk zalim.carilah kaedah yg lebih adil
BalasPadamsaya org muda ni bace je...komen2 ni.kadang2 rasa takut pulak keje ngan gomen ni...tak tau la...nape rase gomen ni macam tak sistematik...
BalasPadamsaya da lulus tk1 (aras 4:4) dan tk2 (aras 4:4) tapi tak naik naik pamgkat pun.... orang yang blum dpt aras 4 pula yang naik pangkat.. ORANG-ORANG JPA TOLONG JELASKAN
BalasPadamapa pun tolong naik kan elaun COLA ....
BalasPadamJPA inilah sebenarnya tukang fikir bagi hal2 yg bersangkutan dengan gaji pekerja awam ni..
BalasPadamJPA pun manusia juga, bukan semestinya cerdik para pegawainya..
JPA punya pegawai cuba pergi belajar dengan singapore, switzerland, denmark dan sebagainya dlm hal2 berkaitan gaji ni..jangan pergi belajar dengan Laos atau mynmar pula..
kehkehkeh..
kalau kakitangan bawahan ni nak kena lulus itulah nak kena lulus inilah kalau nak naik gaji..kalau menteri, setiausaha, dan atasan lain tak bunyi pulak bab2 PTK ni..
BalasPadamnnnntttaaaaaahhhhhh....
hantam saja la labu...
lagi pun bukan semua kakitangan awam ni umur 25 tahun...yg mana otak masih muda dan fresh...
BalasPadamini ada yg dah bongkok dah..ada yg dah beruban dah, ada yg separuh nyanyok dah..ada yg berpenyakit kronik dah..dan sebagainya...PTK apa lagi...
entahlah kerajaan kita pikir macam mana..
nnnnnnnnnnnnnttttttaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhllllllllllaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh..........
hhhhhaaaannnnnnntttaaaammmmmmmm sssssaaaaaaajjaaaaaaalaaaaaaahhhhhhlaaaabbbbbbuuuuuuu........
kehkehkehkeh...
PTk PTk ni tak payah lah..buang masa saja..
BalasPadamkalau nak bagi..bagi sajalah..kalau tak nak..cakap je tak nak..habis cerita...
lain pilihanraya kita pilih orang lain pulak..
kan lebih lagi kerajaan memantapkan lagi mutu atau kualiti PTK dan KPSL untuk PA bagi kenaikan pangkat mereka pada mereka yang lulus naikkan saja pangkat sama ada kenaikan pangkat itu melibatkan secara kenaikan pangkat gred Lantikkan seperti Gred 27 da 41 tak payah melalui proses temuduga kepada yg layak dan telah berkhidmat melebihi 20 tahun mereka ini dikatakan matang dalam bidang tugas berdasarkan pengalaman kerja mereka dalam jabatan mereka.
BalasPadamMelalui kaedah ini tak payah suruh PA belajar ambil diploma dan degree yg membebankan masa dan wang mereka utk membeli dan membayar keperluan dan yuran pengajian mereka.
Pep. PTK dan KPSL Gred 27 dan 41 lebih bernilai serta berkualiti lagi dpd lulusan Ijazah seperti yg kerajaan perkenalkan sekarang. Lulus KPSL gred 41 layak dipenggil temuduga jawatan gred 41 bagi lulusan Ijazah mereka tidak dipanggil temuduga setakat ada Ijazah PA di syaratkan lulus satu lagi pep.memasuki 14 skim perkhidmatan awam gred 41.
cuepacs saya berpendapat mana2 PA yg ada Ijazah tak payahlah ambil peperiksaan dianjurkan oleh SPAtu bagi mereka yg telah berkhidmat melebihi 20 tahun kita dpt pertimbangkan berdasarkan pengalaman kerja PA tersebut kecuali dia mahu minta ke jabatan lain dan kerja baru.
sekurang2 nya perasaan Graduan PA dpt diubat dan kekecewaan tidak terus dibawa sampai pencen gaji di gred gaji SPM.
CUEPACS
Tak dapatkan dipertimbangkan PA dinaikan pangkat lantikkan sama ada gred 27 atau 41 bagi mereka sudah lulus PTK aras 4 ke2nya, lulus KPSL gred 27, ada diploma/STPM malahan ada degree serta bekerja melebihi 25 tahun dalam jabatan tersebut bincang2 lah cuepacs dgn SPA terutama sekali dgn KSN terhadap perkara tersebut kerana sudah ramai PA yg berkelulusan Ijazah dlm jabatan kerajaan yg belum dinaikan pangkat malahan ada yg sampai pencen pun tidak dpt jawatan tersebut
Cuepacs,
Kepuasan pekerja pun perlu diambil kira terutama sekali kebajikan PA jangan pelangan saja kita utamakan.
kalau kerajaan atau cuepacs boleh fikir macam kita fikir senanglah...
BalasPadamini mereka fikir macam mana nak bagi kita susah sikit nak rasa naik pangkat atau gaji..
kalau ikhlas nak tolong kita..mesti kita boleh tengok pelbagai dasar positif yg kerajaan boleh praktikkan dlm sektor awam ni..
contohnya, yg ada kelulusan..naik pangkat secara gred..atau elaun khas diberikan..atau ada tambahan gaji khas..atau..
kerja 20 tahun ke atas...iktiraf veteran..bagi elaun khas..gaji khas dan sebagainya...
baru mantop...
tapi biasalah...kita di malaysia ni agak ketinggalan sikit bab2 ni...
dlm bab ni den tak leh nak nolong...
saya suka ptk dulu..bley jawab soalan abc je..sekarang ni makin susah..ade interview sendirian dan grouping..makin payah..siap ada staff yang menangis kena bambu masa interview..apa ni? nak uji pengetahuan orang or nak kenakan /jatuhkan maruah org? naper bley ada interviewer yang tak profesional camtu ye?
BalasPadamSaya dah amik PTK klebih enam kali, yang sedih sekali nak amik lagi pada bulan Ogos ni, masa mendaftar sistem kata ok, bila nak check tampat exam sistem kata tiada dalam pengkalan..bila call JPA kata nama dah kene BLOCK!siap kerani tu apa, tu lah orang kata bila nak exam kene BERSEDIA, dalam ati apahal dan apa hak korang nak ckp mcm tu???so sy kene tunggu 7 thn lagi untu naik N22 utk dapat gaji baru...kepada kerani tu sy bkn tak bersedia, sy dah cukup bersedia tetapi bkn rezeki sy...so utk dapatkan N1T2 telah buat sy btl kecewa, sy bknnya tak lulus cuma dapat ARAS 3 je, sbb tu sbb amik berulang kali utk dapatkan Aras 4...sy rasa PTK patut diperbaiki lagi
BalasPadamptk dan kpsl lulus pun nilainya sama je mcm lulus kpsl je kalau dapat tawaran kenaikan gaji dari 17 ke 27 hanya beza 70 hinggit je. x ada ke pertimbangkan dan kewajaran dlm pemikiran pegwai2 JPA dlm menawarkan tawran gaji dgn pertimbagan lulus PTK , KPSL, AKC dan SKT dgn kewajaran tawaran perbezaan gaji yg lebih tinggi dri gaji asal. berbaloilah dgn usaha PA untuk meninghkatkan pendpatan. jgnlan nilai kami hanya layak beza 70 hinggit je. cuepacts tengoklah kes ni patut ke hanya beza 70 hinggit je beza kenaikan dr 17 ke 27, dah beban tugas tu boleh tahan, gaji je yang x boleh tahan. JPA buat tawaran atau kiraan itu ilmu hisab kot. checklah nasib PA ni, apa nilai sgtlah lulus semua tu dgn AKC dan SKT bagus kalu 70 hinggit je.
BalasPadam