10 Ogos 2010

MALAYSIA AKAN WUJUD MODEL GAJI MINIMUM SENDIRI

Bernama
10/08/2010 2:34pm




SHAH ALAM 10 Ogos - Malaysia akan mewujudkan model gaji minimum tersendiri berdasarkan kepada kedudukan ekonomi negara serta mengambil kira kepentingan pekerja dan majikan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, cadangan model gaji minimum itu yang mengambil kira faktor sektor pekerjaan nasional dan serantau akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri akhir Oktober ini bagi mendapat arahan selanjutnya.

"Pungutan data mengenai gaji minimum di setiap sektor pekerjaan di negara ini sudahpun dibuat dan kementerian akan berjumpa dengan wakil setiap sektor untuk bincang (cadangan mewujudkan model gaji minimum) sebelum kertas Kabinet bagi tujuan itu disediakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Melalui Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) di sini.

Mengenai tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu kerajaan membincangkan pengurangan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM8,000 yang disifatkan terlalu tinggi, Subramaniam berkata, kementerian sedang membincangkan perkara itu dengan Indonesia. - Bernama

21 ulasan:

  1. kaji macam mana pun, kalau gaji permulaan antara RM1200.00 - 1500.00 dh confirm tak cukup zaman millinium yg serba serbi sudah naik kos hidupnya..itu saja yg saya nak maklumkan..

    bincanglah berapa bulan atau berapa tahun pun..tapi kalau setakat yg saya sebutkan di atas tu memang tak cukup..

    BalasPadam
  2. Jangan percaya cakap si Maniam tu menipu ja.............gaji pengawal pun tak selesai selesai sampai sekarang... dulu dia cakap berapi-api keputusan kerajaan wajip(mesti) julai 2010 kuatkuasa... sekarang apa jadi porrrrrrrrrrrrrrraaaaaaa...........

    BalasPadam
  3. yela... gaji pengawal pun tak setel lagi, dh masuk perjuangan baru pulak. cuepacs ni takde fokus, hala tuju tak tentu pasal. pegawai kontrak kerajaan bila lg dapat pembelaan? dulu kata menjelang 2010 takde lagi penjawat awam kontrak. la ni makin bertambah pulak. cuepacs cakap besar!

    BalasPadam
  4. itulah..malaysia agak payah nak maju kalau setakat bersikap NATO..no action talk only..

    satu lagu kalau bab 'kaji' ni..malaysia lah juaranya..

    bila tanya, dlm kajian..tanya lagi dlm kajian..kaji dan kaji..

    last sekali 'diumumkan...'...'bonus tiada..kehkehkeh..

    BalasPadam
  5. SKIM JURUTEKNIK BILA LAGI NAK UPGRADE? ASYIK DOK KAJI DARI DULU SAMPAI SEKARANG......

    BalasPadam
  6. Nak kaji apa lagi, mentangla kami ni staf sokongan ja...yang ada diploma ngan degree pun dok takuk lama jugak, susah nak naik pangkat. Penat ja belajar dulu, sampai pencen la gaji mcm tu..
    klu cikgu tu semua dapat. kami ni apa pun tak dapat..
    geram niiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  7. KAMI NAK GRED JURUTEKNIK DI NAIKKAN....CEUPACS CUBA TEGAS SKET...WAT SATU2...JANGAN SATU TUNTUTAN LAIN TAK SETEL LAGI NAK BUAT TUNTUTAN LAIN PULAK...

    BalasPadam
  8. STPM - Kementerian pendidikan.
    Sijil kejuruteraan Politeknik - Kementerian Pengajian Tinggi.

    Apa bezanya??????

    BalasPadam
  9. biasa bab kaji2 ni malaysia ni.1 semua benda nak di kaji tapi hasil tak ada......kaji jgn tak kaji..... kaji ja sepuas-puasnya....

    BalasPadam
  10. cuepacs
    Bagi mengelakkan persaan tidak puas hati PA terhadap gaji yg diperkenalkan oleh kerajaan cuba cuepacs minta pihak kerajaan selaraskan semua gaji PA disetiap jabatan adalah sama rata elaun pun sama juga.
    sistem gaji PA sekarang perlu dikaji semula dgn segera dan selaraskan
    Gaji PA sekurang2 setaraf dgn keluluasan akademik mereka

    Itu baru hidup PA 1 Malaysia

    BalasPadam
  11. jangan sebut selaras kerap sangat...nanti PM selaraskan subsidi..mati kita..terutama selaras subsidi mnyak..kehkehkeh..

    BalasPadam
  12. sepatutnya gaji minimum untuk pembantu tadbir ialah RM1900 basic tak termasuk elaun. barulah boleh berdiri sama tinggi dengan pegawai dan guru. tidaklah mereka berani mengarah kami lagi

    BalasPadam
  13. Harap-harap dapatla naik gaji kerana kami staf sokongan dalam kesempitan.
    Saya mohon supaya selaraskan elaun COLA dan perumahan..mana cukup zaman la ni...
    Jangan asyik pertimbangkan tapi buatla yg terbaik demi mencapai 1 Malaysia...

    BalasPadam
  14. Saya tak harapka bonus, saya cuma harapkan
    1)Naik elaun COLA
    2)Naikkan elaun perumahan
    3)Naikkan gaji tahunan. Klu setakat naik rm50 mcm la ni..celah gigi ja
    4)Naikkan gaji kakitangan awam terutama gred 1-27
    5)Berikan elaun kepada staf yg mempunyai kelulusan diploma dan degree yg berjawatan rendah
    ITU SAHAJA...TERIMA KASIH

    BalasPadam
  15. raso den yg menteri tu cakap hanyo sektor swasta jo...tak do kono mengono dengan setor awam..den raso laa..

    kono lai jang...hai...

    BalasPadam
  16. bilo la nk raso bonus ni... sodih raso hati...nak lari pun boleh jadi...x dapek lari kojo...lari pati pun x po kot...nk rasa duk payung baru plak...

    BalasPadam
  17. Isu kenaikan gaji kearah negara berpendapatan tinggi ini adalah merupakan Visi negara kearah negara maju pada tahun 2020, ini merupakan rancangan jangka panjang, tapi kita tidak dapat menjangkakan bilakah dasar tersebut dapat dilaksanakan, ramai yang telah bersara agaknya munkin kenikmatan tersebut akan diperolehi genarasi muda atau baru yang akan menyertai sektor awam ini.

    Tetapi apa yang menjadi keharuan kepada kakitangan disektor awam ini adalah tangga gaji mereka yang tidak lagi berssuaian serta stabil dengan kos sara hidup mereka yang kian hari meningkat serta menganggu prestasi kehidupan mereka khasnya bagi yang berpendapatan rendah.

    Mungkin buat masa ini kerajaan belum mampu untuk memberi kenaikan bagi membantu gulongan tersebut maka satu mekenasime baru telah berjaya diujudkan bagi membantu kepada mereka dengan membuat kerja2sampingan,

    Dalam isu kerja sampingan ini kerajaan perlu ingat akan risiko akan berlaku dimana kebanyakan maklumat kerajaan akan mudah diakses atau dibawa keluar dengan mudah kepada pihak luar, terutama maklumat2 yang sebelum ini perlu dibayar kos untuk mendapatkannya.
    begitu juga maklumat2 dan teknikal yang sebelum ini kerajaan telah membangunkan dengan kos yang tinggi.

    Dalam isu kenaikan gaji ini kita tidak dapat memaksa atau mendesak kerajaan untuk terus melaksanakan tuntutan tersebut,walaubagimanpun kerajaan perlu melihat kesimbangannya dengan menggunakan pendekatan yang berhemah, terutama kepada projek2 yang dianggap mewah yang tidak menjana kearah pendapatan perlu ditawakufkan buat sementara waktu, sementara mengerakan projek yang berinovatif serta memberi pulangan pendapatan kepada negara terutama sekali disektor awam dan juga swasta.

    Bagi sektor awam ini bagi mendapatkan keupayaan yang tingi bagi menjana produktiviti serta sistem penyampaian yang berkesan mau tak mau kerajaan perlu melabur dalam asektor ini dengan memberi keutamaan kepada kenaikan gaji mereka yang bersesuaian serta seimbang dengan kadar kos sara hidup mereka masa kini, bagaimana mungkin mereka dapat menghasilkan produktiviti serta inovatif yang tinggi dalam susana tekanan ekonomi yang menyebakan terhalang akan prestasi mereka.

    Disamping itu kerajaan perlu menyediakan prasana berteknologi tinggi seta program latihan yang boleh meningkatkan mutu dan daya kecekapan disektor ini.

    BalasPadam
  18. Saya suka mencadangkan agar cuepacs akan mengusulkan keanaikan gred j sekim teknikal selaras semuanya diparas sekurang2nya diploma jika kerajaan berusaha untuk menjadi negara maju serta berinovatif

    BalasPadam
  19. PT N17 YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH-SEKOLAH KENA BUAT KERJA "ROJAK". ELAUN BITK TAK NAIK-NAIK HANYA RM40.00 JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ELAUN BISP YANG GURU TERIMA IBARAT MACAM LANGIT DENGAN BUMI. ADA DEGREE KERJA BERJAWATAN RENDAH.. GAJI RENDAH.... NAK BYR PTPTN PUN TAK CUKUP.....MASALAH..MASALAH..
    HARAP KERAJAAN BERI ELAUN ATAU UPRGED GAJI BAGI PENJAWAT AWAM YANG MEMPUNYAI DIPLOMA/DEGREE TAPI KERJA BERJAWATAN RENDAH...PENAT SAJA BELAJAR TINGGI-TINGGI... TAK BERBALOI.

    BalasPadam
  20. Pada pendapat saya..Isu serta masalah penganguran dpt diselesaikan..sekiranya pihak kerajan dpt mengurangkan had umur pencen dari 58 tahun kepada 45 tahun...!!! ini disebabkan apabila had umur pencen mningkat..maka agak susah pgerakan jawatan blaku..trutamanya konsep sistem "piramid"..nyata kbanyakan pihak swasta terutamanya, lbih memerlukan org pengelaman kerja berbanding graduasi yg masih "fresgraduate"..persoalannya bagaimana kami nk cari pengalaman sedangkan kami tidak diberi peluang dalam kerja?? Rata-rata kami gagal dalam persaingan kerja samaada dalam sektor kerajaan maupun swasta?? pada pandangan saya, xusah la kerajaan menaikkan lagi umur pencen, bagi peluang pada nasib kami?? FIKIRKAN lah..!! wahai menteri..setiap tahun, beribu-ribu pelajar akan menamatkan pengajian mereka?? Adakah akan berlaku "KEBANJIRAN" siswazah yang mengangur?? Apabila berlaku kebanjiran siswazah..ianya akan dipandang rendah dari kualiti "sehelai" sijil siswazah tersebut??? Tolong sangat2..Agar Pihak Kerajaan tidak memandang sinis ulasan saya ini..Bantulah kami..bagi kami peluang..!!! Hargailah nasib kami ini....

    BalasPadam
  21. cadangan: 1- naik elaun rumah
    2- naik elaun cola
    3- naik gaji
    4-yang lulus PTK 2010 diberi anjakan gaji kpd mereka yg belum hadir kursus BTN sebab kursus tersebut ditangguhkan .

    BalasPadam