SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Ogos 2010

'DUIT RAYA' RM500 UNTUK KAKITANGAN AWAM, PESARA

Bernama
2010/08/25



KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha dan menjadikan wang bantuan satu kenyataan. Semoga jasa kalian akan mendapat rahmat dan doa dari semua yang bakal menerima.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada cuepacs n terima kasih pada kerajaan yg memahami

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kerajaan negeri pulau pinang yang memulakan memberi wang bantuan kepada kakitangan kerajaan negeri RM 400...kalau kerajaan negeri pulau pinang tak mulaKan jgn harap PM nak bagi wang bantuan RM500

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang????? ape kejadahnye ko ni??..thn lepas PM umum dlu bantuan raya baru kerajaan penang dll. follow..ape cer?? xpayahla nak di politikkan hal2 camni...rasional la sket..dah gomen bagi..terima kasihla..kalo ko xpuas ati..ko g la gomen penang..dapat rm400 je..haha

Tanpa Nama berkata...

Salam kepimpinan tertinggi CUEPACS, alhamdulillah segala perjuangan dan keprihatinan pihak kerajaan khususnya YAB Perdana Menteri selaku menteri Kewangan di atas Bantuan Khas ini.Semoga penjawat awam dapat menggunakan wang ini dengan berhemah dan berjimat cermat.Kami penjawat awam berterima kasih kepada Tn Hj Omar dan pemimpin2 tertinggi CUEPACS di atas permohonan bantuan ini kepada kerajaan...Semoga Ramadan dan Syawal ini 'menginsafi' kita semua.

Tanpa Nama berkata...

syukur...terima kasih PM dan CUEPACS...bantuan ini sangat membantu semua penjawat awam...diharapakan bantuan ini dapat mempertingkatkan mutu kerja kita....thakns a lot...

Tanpa Nama berkata...

Hoiii Pemerintah Malaysia. Rakyat Mu hanya 1.24 juta ja ka. Org lain posa sampai mati ka? Brg2 naik, semua naik yg dapat habuan 1.24 juta ..ha ha ha kami kena kantoi lagi.... Tarak pangkah dah kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sy pd org kuat cuepacs x henti2 memperjuangkn bonus utk kakitgn awam,tp sy ngan rakan2 tetap ada rasa sedikit kecewa kerana kerajaan hanya memberi rm5oo shj sdgkn yg diminta rm1ooo.wlaubgaimana pun kami bersyukur.sy hrp cuepacs jgn berhenti disini,perjuangan blum selesai..selaras kn elaun cola dan rumh.mansuh kn interest pinjaman perumahan kerajaan.kami menyokong anda!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerajaan malaysia, PM atas pemberian saguhati rm500 untuk hari raya nanti..... terima kasih juga Cuepacs atas usaha anda untuk memohon saguhati daripada kerajaan... di harap pihak kerajaan akan memberi bonus kepada semua penjawat awam untuk tahun ini.....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..dapat bantuan khas kewangan sebanyak rm500..bukannya gaji yang didahulukan..alhamdulillah..pas raya pom masih ada duit gaji penuh untuk bulan seterusnya..

Tanpa Nama berkata...

Pelik la dengan gov servant nie..korang ni hambe RM ke? cukup2 la tu, prestasi kerja kasi la naik sket..baru la berkat..

Tanpa Nama berkata...

TQ 4 duit raya...tapi jgn lupa kajian berkenan gaji dah lama buat tapi belum ada pun hasilnya...... harga barang tak ada pun kajian dibuat bertahun tahun terus naik je....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bagi duit raya rm500.. tapi bonus ujung tahun ni jangan buat2 lupa... kami tuntut juga.. semakan gaji pun kami nak juga!!!!!

Tanpa Nama berkata...

nak tanya..kakitangan awam yg berstatus sambilan dikira dapat juga kew?

Abu Jahal berkata...

harap duit raya dilanjutkan ke penoreh getah yng memiliki diploma juga.. xelah kami terpaksa mengepau sekerap kampung sebelah malam2

Tanpa Nama berkata...

...."Pelik la dengan gov servant nie..korang ni hambe RM ke? cukup2 la tu, prestasi kerja kasi la naik sket..baru la berkat.."

eh...BAGHAL! staf kerajaan skrg sentiasa komited utk menaikkan taraf perkhidmatan, buka mata la sikit,
kami keje kadang2 sampai jam 2 hingga 4 pagi...untuk menjayakan sesuatu aktiviti kerajaan tanpa sebarang elaun...diulangi...tanpa sebarang elaun.., semuanya atas inisiatif kami sendiri,
BAGHAL! BAGHAL...!!

Tanpa Nama berkata...

GSTT layak dpt x?klu ikut dlm paper ari 2 kata guru sandaran dpt gak tp knapa x msk pon..:-(

Tanpa Nama berkata...

KENAPA CONTRACT FOR SERICES TAK DAPAT?? KAMI PON NAK RAYA JUGAK..X DE SAPE YANG BELA NASIB KAMI PON..