SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Ogos 2010

HANYA SUKARELAWAN POLIS DAPAT KENAIKAN ELAUN

Berita Harian
2010/08/10



KUALA LUMPUR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menjelaskan kenaikan elaun 50 peratus mulai tahun depan seperti dilaporkan akhbar hanya dinikmati sukarelawan polis (PVR). JPAM dalam satu kenyataannya berkata, 1,041 anggota dan pegawai bakal menikmati kenaikan elaun itu selaras objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memerangi jenayah jalanan.
Akhbar semalam melaporkan sukarelawan khususnya di JPAM dapat kenaikan elaun 50 peratus mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, dilaporkan berkata sukarelawan itu menerima kenaikan elaun baru daripada RM4 kepada RM6 sejam, manakala bagi kategori pegawai kenaikannya daripada RM5.80 sejam kepada RM8.70 sejam. Beliau berkata, kertas kerja mengenai kenaikan elaun berkenaan sedang dalam penilaian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ELAUN...OOO....ELAUN...KENAPA TAK ADA BERITA UNTUK PERKHIDMATAN LAIN....?

Tanpa Nama berkata...

drp. naik elaun baik naik gaji..

Tanpa Nama berkata...

kami sukarelawan polis dibawah pdrm mcmane,dpt kenaikan x..kami latihan 7 bln.sdgkn jpam dan rela 2 minggu je.jgn ank tiri kan kami.

Tanpa Nama berkata...

sedara2ku,elaun anggota SP JPAM di kira dan d byr oleh agensi samada dari REla @ Jpam.anda d bwh PDRM.lg pun,keperluan ini adalah atas sbb NKRA.anngota SP pun ada yg pening kepala.tugas same jea cam anda,tp dari segi lain,cthnya keselamatan diri,harapkan t-baton jea..soal anak tiri ke ape ke...x timbul.percaya lah...

Tanpa Nama berkata...

sp rela dang wangi dengar kata dah naik rm 6.00 sejam tapi dapat rm 4.00 aje itu pun 25 hari bulan setiap bulan mana gie rm 2.00 titik darah hasil kerja sp yang hilang itu

Tanpa Nama berkata...

KALAU ELAUN PVR JPAM DPT KENAIKAN,BAGAIMANA ELAUN PVR LANTIKAN POLIS(BUKAN PVR RELA DAN JPAM)ELAUN MOTOSIKAL KAMI DARI BULAN MEI 2009 PUN TK BAYAR,CAKAP PANDAI LA.

Tanpa Nama berkata...

anggota sukarelawn polis bukan nya mintak naik alaun banyak atau pun naik tiap2 tahun macam regular.cuma sekadar naik 6 rggt.harap kerajaan dan caepacs prihatin jgn pinggirkan sumbagan aggota sukarelawan polis.

Tanpa Nama berkata...

adui yai..elaun2..ape punye janji la ni..smue nye tgl janji..xpyh la pvr nk prtikai kn elaun sp..k0wg smue dpt gak b0nas ujung thn bg y keje lbh..mcm kami ni ad ke??haram jadah jew..

Tanpa Nama berkata...

sekarang da tahun 2012 elaun sukarelawan jpam tetap gak rm4... lau pegi kursus plak ikut hari darab ngan rm4 je.... mane ckop.....

Tanpa Nama berkata...

39Berita Harian (2010/08/10) - HANYA SUKARELAWAN POLIS DAPAT KENAIKAN ELAUN

Sampai sekarang x naik-naik lagi elaun Sukarelawan Simpanan Polis. Malah mulai Mac 2011 hingga Mac 2012 ada sesetengah kontinjen masih belum menerima elaun pun...apa dah jadi PDRM ni.

Tanpa Nama berkata...

RELA yg dh x RELERR..nyampah!!!

Tanpa Nama berkata...

kami berharap elaun pvr di bayar secara teratur....sekarang ni dah 5 bulan tertunggak....inikan plak dengar nak ambik anggota pvr baru,,,
yang dah ada pun tak boleh nak urus pembayaran dengan betul(di mana bujet untuk pvr?)...mintak ambik perhatian kepada yang berkenaan

Tanpa Nama berkata...

dulu sikit punya susah nak masuk PVR, kalau ada iklan pun internal je. sapa yang tau, tau lah. skang PVR seluruh Malaysia dibukak...ini semua keje politik je. nak sokongan lebih bukak PVR pada awam.nampak ketara sgt la.

pasal elaun ni bukan PVR je sangkut, kebanyakannya mana2 unit sukarelawan pun ini la masalahnya...ini antara penyebab makin lama anggota makin menyepi dan hilang.

last2 skali perkataan "SUKARELAwan" tu la jadi peluru nak tembak kita balik sbb merungut mintak elaun. kononnya dah nama pun SUKARELAwan.

Tanpa Nama berkata...

SALAM SATU PDRM PADA SEMUA ANGGOTA SP KALAU KAT IPD DANG WANGI KENA LATIHAN DALAM PERHIDMATAN 172 BARU BOLEH TUGAS KALAU TAK ARAHAN KENA PAKAI BAJU AGENSI MASING -MASING TAPI BILA KITA DAH ADA SIJIL PERLATIKAN KITA MEMANG ANGGOTA PVR BUKAN ANGGOTA RELA ATAU JPAM BILA ORANG AWAM NAMPAK INGAT KITA MENYAMAR ADA PERNAH ANGGOTA GD GELAK SP YANG TAK CUKUP JAM KENA PAKAI BAJU JABATAN MASING-MASING TAPI KENAPA LDP TAK DI BUAT DULU MASA MULA MULA TAK CUKUP ANGGOTA SURUH PAKAI UNIFORM POLIS BARU KELUAR TUGAS APA ERTINYA DI LANTIK PVR ADA ORANG KATA KITA RELA JAPAM JE BUKAN POLIS PVR BETUL

Tanpa Nama berkata...

Saya anggota pvr jpam sarawak dh 2 tahun berkhidmat d balai polis..mula2 dulu janji nk bagi latihan dan tukar uniform.kononnya jadi sp..tp sampai sekarang tak pernahpun d bagi latihan..tu tak pe lah,yg kesian nye,pdrm tak pernah bagi hitam putih pasal tugasan kami ni.kami takut bila2 masa je kite org semue d berhentikan.nak cari kerje lain lagi,jgn mimpilah..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah sebab kerajaan bagi kenaikan elaun kpd anggota sukarela terutama kpd anggota yg berkhidmat dlm NKRA.tp,taraf hidup sekarang semakin meningkat.nk harapkan elaun dlm nkra nie,alahai...malaslah nk cakap..setiap hujung tahun bila pembentangan bajet kerajaan,takde pulak dengar pasal anggota sukarela pvr rela, jpam dan sp..mcm d anak tiri pulak rasenye...

Unknown berkata...

Berapa lamakah latihan untuk PVR?