Bernama
17/8/2010
PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Mekanisme yang membenarkan petugas dalam sektor awam dan swasta bekerja separuh masa mulai 1 Okt tahun ini perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan produktiviti dan prestasi pekerja tidak terjejas.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata kebenaran itu akan memberi manfaat besar kepada golongan pekerja khususnya kakitangan awam kerana berpeluang menambah pendapatan mereka, tetapi ia perlu dikaji daripada segenap aspek agar tidak memberi masalah di kemudian hari.
Keputusan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi produktiviti dan prestasi pekerjaan sebenar petugas terbabit, apatah lagi jika mereka memperoleh pendapatan yang lebih lumayan dalam kerja separuh masa itu berbanding gaji yang diperoleh daripada pekerjaan tetap, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa di Sri Perdana di sini Isnin malam.
Beliau diminta mengulas pengumuman Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam hari ini bahawa lebih satu juta pekerja sektor awam dan swasta akan dibenarkan melakukan kerja separuh masa selepas peraturan baru mengenainya siap digubal dalam masa dua bulan lagi.
Omar berkata tindakan itu perlu disusuli dengan pemerhatian teliti dalam segenap aspek, termasuk perlindungan ke atas pekerja sewaktu melakukan kerja separuh masa berkenaan.
"Kita nak tahu, sekiranya kakitangan awam ini ditimpa kemalangan sewaktu sedang melakukan kerja separuh masa, adakah mereka tertakluk dalam insurans dan pampasan oleh majikan sebenar atau majikan separuh masa mereka," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Cuepacs meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Omar berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

-- BERNAMA
25 ulasan:
agak2nye pak najib boleh bg ke pak omar.......diam je ni...kalu ade syukurrr....kalu xde takut2 plak kuar statement xde moral plak....hahahahhaa
Pak Najib akan diam sampai hujung tahun....kalau cuepacs asyik dok bising2 maka akan keluarlah statement yang dinanti2kan oleh semua PA " Kakitangan Awam tidak bermoral""Ekonomi kita belum pulih sepenuhnya". Kena lagi PA..hahaha..pi mai pi mai tang tu jugak...
rasanya pemimpin kita mungkin akan faham bahwa raya kali ni di tanggal 10 bermakna Penjawat awam kumpulan sokongan ni berada dalam kocek kosong, kalau mereka tak dibantu bagaimana munkin mereka dapat kecapi kegembiraan raya spt org lain
tahun ni ramai2 jangan raya semua kita 1Malaysia, kita boikot raya, sebab bonus masih tak dapat. kalau tak bagi juga nanti pilihanraya kita kasi tanam sama kerajaan, masih tunggu juga janji polis naik elaun COLA khas RM1000, polis kerja susah, lainnya semua senang sahaja
"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Boleh caya ke ni!
SABAR, SEBELUM RAYA AKAN DAPAT RM250.00 RINGGIT HUJUNG TAHUN RM200.00 JUMLAH RM450.00
Kalau x bagi bonus tahun ni,maknanya sudah 2kali PA tak dapat,ini lah PM yang paling tak bermoral,berbanding
pm-pm terdahulu.
dah makin merapu kerajaan kita nie..dah ler cuti raya tak sama ngan cuti sekolah..ORANG ATAS BUAT KERJA KE ?? JANGAN DUK MANTAU ORANG BAWAH JEA !!!!! HAPRAK ORANG MALAS !!!! orang bawah malas cepat sangat bambu ..kata kerja tak cekap..habis korang atas buat pe ??? melangok aje ...
amboi-amboi........wah wah...dah tak mampu nak bagi bonus pas tu nak benarkan PA buat kerja separuh masa pulak eh?dah tak ade duit cakap je kan senang..tak payah lagi nak berselindung atas projek mega la..projek bawah tanah lah...projek itu..projek ini....negara berpendapatan tinggi la...sume tu hanya lakonan dan retorik.tunggu je pr13 nanti.
bila kerajaan benarkan kakitangan awam bekerja 'separuh masa' (part time la ni)..maka..bererti kerajaan tak ada duit la nak bayar bonus pada kakitangan awam hujung tahun ni..
jadi dlm bajet bulan 10 ni kerajaan akan umumkan bahawa sesiapa kakitangan awam nak buat kerja lain selepas waktu pejabat boleh...kemudian dia buat2 lupa umum bonus...kehkehkeh...
ayat2 politik kita kena faham juga...
contoh, kerajaan akan uar uarkan gula tak baik pada rakyat...kencing manislah..apalah...kemudian..naikkan gula...heeeee...
tak sebut pulak garam boleh menyebabkan darah tinggi .
oleh sebab utk mggalakkan rakyat malaysia menaiki public transport, kerajaan dgn sukacita terpaksa menaikkan harga petrol ke rm10.00 sekati berkuatkuasa bulan 11. cukai kereta juga dinaikkan 100%. setiap peliwat dan pelacur dan mat rempit akan dikenakan cas RM10 sekali berzina utk menampung kewangan negara. dalam 5 tahun, tercapailah hasrat meningkatkan kewangan negara.
bijak sekali kempimpinan sekarang
Isu kenaikan gaji kearah negara berpendapatan tinggi ini adalah merupakan Visi negara kearah negara maju pada tahun 2020, ini merupakan rancangan jangka panjang, tapi kita tidak dapat menjangkakan bilakah dasar tersebut dapat dilaksanakan, ramai yang telah bersara agaknya munkin kenikmatan tersebut akan diperolehi genarasi muda atau baru yang akan menyertai sektor awam ini.
Tetapi apa yang menjadi keharuan kepada kakitangan disektor awam ini adalah tangga gaji mereka yang tidak lagi berssuaian serta stabil dengan kos sara hidup mereka yang kian hari meningkat serta menganggu prestasi kehidupan mereka khasnya bagi yang berpendapatan rendah.
Mungkin buat masa ini kerajaan belum mampu untuk memberi kenaikan bagi membantu gulongan tersebut maka satu mekenasime baru telah berjaya diujudkan bagi membantu kepada mereka dengan membuat kerja2sampingan,
Dalam isu kerja sampingan ini kerajaan perlu ingat akan risiko akan berlaku dimana kebanyakan maklumat kerajaan akan mudah diakses atau dibawa keluar dengan mudah kepada pihak luar, terutama maklumat2 yang sebelum ini perlu dibayar kos untuk mendapatkannya.
begitu juga maklumat2 dan teknikal yang sebelum ini kerajaan telah membangunkan dengan kos yang tinggi.
Dalam isu kenaikan gaji ini kita tidak dapat memaksa atau mendesak kerajaan untuk terus melaksanakan tuntutan tersebut,walaubagimanpun kerajaan perlu melihat kesimbangannya dengan menggunakan pendekatan yang berhemah, terutama kepada projek2 yang dianggap mewah yang tidak menjana kearah pendapatan perlu ditawakufkan buat sementara waktu, sementara mengerakan projek yang berinovatif serta memberi pulangan pendapatan kepada negara terutama sekali disektor awam dan juga swasta.
Bagi sektor awam ini bagi mendapatkan keupayaan yang tingi bagi menjana produktiviti serta sistem penyampaian yang berkesan mau tak mau kerajaan perlu melabur dalam asektor ini dengan memberi keutamaan kepada kenaikan gaji mereka yang bersesuaian serta seimbang dengan kadar kos sara hidup mereka masa kini, bagaimana mungkin mereka dapat menghasilkan produktiviti serta inovatif yang tinggi dalam susana tekanan ekonomi yang menyebakan terhalang akan prestasi mereka.
Disamping itu kerajaan perlu menyediakan prasana berteknologi tinggi seta program latihan yang boleh meningkatkan mutu dan daya kecekapan disektor ini.
PELABURAN MODAL INSAN DISEKTOR AWAM
Saya menyokong apa yang dinyatakan kenyataan diatas berhubung dengan cadangan kenaikan gaji disektor awam agar kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya kerana ini merupakan pelaburan modal insan disektor awam bagi menjana ekonomi kita agar terus berkembang sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
Tahun lepas Indonesia dan Filipina pun mampu bagi Bonus sebulan Gaji kepada Penjawat Awam mereka.
Inikan Malaysia yang kaya raya ekonominya.
Lu Fikirlah sendiri............
Aku lak..
Sambungkan la jawatan kontrak aku. Tahun-tahun sebelum ni tak de pulak masalah disambung dari tahun ke tahun. Raya dah dekat ni. Anak bini nak jugak beraya. Nak jugak balik kampung.
Bagi saya,xyah sambung kontrak,serapkan ke jawatan TETAP lagi senang,tipula kalau saya cakap kakitangan KONTRAK nie x reti buat kja,x berpengalaman,malas buat kja,kalau pihak swasta offer diaorg nie mmg dah senang hidup diorg nie tapi cuba tnya diaorg knp masih jugak kja KONTRAK dengan kerajaan???salah satu jawapannya adalah dgn harapan dapat diserapkan kejawatan TETAP sbb bila dah berjawatan TETAp masa depan pon cerah,berpencen lagi....asyk2 POLIS,TENTERA,CIKGU yang jadi perhatian....macam mana nie, kalau PM nak jimatkan kos sangat dalam perkhidmatan awam tukarkan semua PA ke jawatan KONTRAK, bayar gaji harian baru dpt jimat kos,nak jimat sgt kan...ini tidak,kecian kakitangan KONTRAK nie,ada yg baru kawin,ada plak yg dah beranak pinak tiba2 ditamatkan KONTRAK....
Sepatutnya mereka yg kontrak ini dicadngkan ke jawatan tetap, kita jgn soal pasal kerja tu saja tetapi sebenarnya k'jaan dikatakan berkebajikan untk pekerja terasebut serta keluarganya, ini baru dinamakan konsep neggaraberkebajikan rakyat didahulukan
kata 1malaysia tapi mengapa selalu bila sampai je perayaan hari raya, mcm2 bantuan diberi..wang pendahuluan la itu la..hairan2 kenapa harus raya jak yang diutamakan..bangsa lain pun sambut perayaan masing2 jg tp tak jg diutamakan mcm raya...kalau nak kata habis duit sbb sambut raya begitu juga bangsa lain yang sambut perayaan, abis juga duit..kenapa tak dibantu? adil kah ini untuk bangsa lain? ya memang..bila bantuan diberi masa raya, bangsa lain akan sama merasa juga bantuan itu..tapi bila bangsa lain dibantu masa perayaan, sama juga bangsa yang sambut raya turut merasai juga....maka biar la adil untuk semua bangsa....
Kalau dalam Sektor SWASTA ada jugak sistem KONTRAK nie, tetapi diaorg punya sistem memang lain dari Sektor KERAJAAN...Cthnya kawan sy yg bekerja disektor swasta,pada mulanya dia dilantik sebagai pekerja sambilan,kemudian dilantik pula sebagai pekerja kontrak n kemudian dalam tempoh 3 tahun (2 thn sambilan n 1 thn kontrak)dia dah dilantik sebagai pekerja tetap (tanpa ada sebarang unsur koroni @ bodekmembodek),ini semua melalui beberapa peringkat (cthnya, penilaian oleh penyelia, temuduga @ peperiksaan)secara x langsung ini dapat menaikkan semangat pekerja untuk terus berjaya...cuba kita lihat PA Kontrak ,kebnyakkan mereka lebih kepada TERPAKSA buat kerja,mahu x mahu kerja kena buat jgk, walaupun lebih 7 tahun KONTRAK x kemana jgk, hari2 pkir bila nak diserapkan ke jawatan TETAP...kalau bab bonus plak,nasibla kalau kerajaan bagi, bagi pekerja sambilan bonus dah tentu x dpt pnuh org TETAP dapat RM 1,000.00 cthnya, diaorg????bagi yg pernah kerja sambilan tentu tahu kan,itupun dah kira bersyukur dptla jgk kalau nk dikirakan dgn kerja yg diaorg buat, memang x berbaloi...Apapon Cuepacs mesti perihatin membela nasib PA KONTRAK nie,sampai bila diaorg nk kerja KONTRAK,pkir2la....
kerajaan boleh memudahkan cara kalau hendak dlm bab status kerjani..kontrak ke apa ke...kerajaan mmg ada kuasa..cuma..biasalah..standardlah...faham2lah...cuba2 tekalah...
kehehkehkeh..
Sebanyak 21 Ulasan yang aku baca..tak ada satu pun yang mahu mempertahankan kerajaan kita hari ini jauh sekali memberi pujian...sejarah telah membuktikan akan usaha..peranan yang cukup hebat dari pemimpin-pemimpin malaysia termasuklah bapak 1Malaysia ini..jangan hanya kerana masalah "DUIT" terkubur semua kebaikan Kerajaan Malaysia hari ini. memang betullah kerana DUIT semua orang boleh berubah..hatta "Malaikat" boleh Jadi "syaitan" sebagai rakyat malaysia yang terkenal dengan budi bahasanya kita sabar dan lihat apa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan berkaitan perkara ini..rasa-rasanya benda ni belum pun lama di perkatakan belum sampai 2 minggu pun...lihat belum ada keputusan semua yang meletakkan "Hukum" kepada Pemimpin kita. Macam mana kita nak maju asyik mengharapkan kebergantungan...Hayatilah 1Malaysia...Saya amat Pasti kerajaan hari ini tidak akan membiarkan rakyatnya susah..lagi-lagi dalam rangka kerajaan memberi perhatian dalam kebajikan rakyatnya..apakah "kita" ini (Kakitangan Awam) bukan rakyat Malaysia tak ingatkah slogan ini 1Malaysia :Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan. renungkan bersama..Aku insan biasa juga Kakitangan awam yang hanya bergaji Bawah 1000.00. kita sama-sama bersabar dan menunggu k.
betullah...kita tubggu jela...i/allah kita akan dapat bonus sebab PM kita tau kta penjawat awam kekurangan duit...kita perlu bersabar jer...ada rezeki ada la,kita berdoa jer lagi afdal...
Mengkritik bukan beerti tidak menyokong penuh...ada part-part tertentu perlu diberi teguran..walau sebesar mana pun pangkat kita..mesti menerima kritikan dengan membina.Tidak salah jika kita sekadar meluahkan rasa ketidakpuasan hati kita semata-mata menuntut hak kita.
Orang yang malas berfikir ialah selalu menerima satu pendapat sahaja tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.!!!
.."dah makin merapu kerajaan kita nie..dah ler cuti raya tak sama ngan cuti sekolah..ORANG ATAS BUAT KERJA KE ?? JANGAN DUK MANTAU ORANG BAWAH JEA !!!!! HAPRAK ORANG MALAS !!!! orang bawah malas cepat sangat bambu ..kata kerja tak cekap..habis korang atas buat pe ??? melangok aje ..."
KAKAKAKA.... ORG ATAS TUGAS KEBIASAAN...MENGAMPU PM JA...
Catat Ulasan