Berita Harian
Oleh Rohaniza Idris dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bminggu@bharian.com.my
2010/08/29
KDN janji tindakan tegas pihak seleweng, salah guna kuasa di sempadan negara
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan menyeleweng atau menyalahgunakan kuasa di tempat keluar masuk negara ini. eri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah mengarahkan semua pintu keluar masuk negara dipantau pa-sukan khas dari agensi tertentu di bawah kementeriannya sejak tahun lalu lagi.
Katanya, kegiatan jenayah merentasi sempadan seperti keganasan, dadah, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram yang sangat membimbangkan.“Jenayah berkenaan bukan hanya membimbangkan kita, malah negara lain di dunia tanpa sempadan ini,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.Sementara itu, Presiden CUEPACS, Omar Osman, menyifatkan pegawai dan anggota pihak berkuasa yang bersekongkol dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang tanpa izin dari Indonesia melalui Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang sebagai pengkhianat negara.“Jika apa yang dilaporkan betul, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa. Apa tidaknya, ketika kerajaan mencari penyelesaian untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, ada kakitangan awam membantu pula pendatang asing memboloskan diri,” katanya. Beliau mengulas laporan Berita Harian mengenai sesetengah anggota penguatkuasa dari J
abatan Imigresen, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram terbabit, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen.Habuan diterima anggota penguatkuasa itu dibiayai sekurang-kurangnya empat sindiket yang dianggotai kira-kira 80 ejen warga Indonesia yang dikatakan beroperasi di jeti itu, selain berpuluh ribu pendatang tanpa izin yang menggunakan khidmat chalo setiap hari.Omar berkata, empat agensi berkenaan perlu segera mengadakan pertemuan bagi mencari pendekatan terbaik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat dan mengelakkan Jeti Pulau Ketam daripada terus mudah dibolosi pendatang tanpa izin Indonesia.

12 ulasan:
Saya cadangkan supaya kerajaan siasat adakah mereka ini terdiri dari ahli UMNO kerana setahu saya ahli2 UMNO tidak bersifat sedemikian.
saya percaya semua kaki rasuah di negara ini terdiri dari ahli pas, kerana umno hanya berahlikan cerdik pandai dan kaki mesjid belaka
ulasan yang bengap dari dua orang yang bodoh. kalau nak rasuah, ada kira hal politik ke, bodoh punya orang.....
salam n salam 1 Malaysia dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan..tuan2 semua baca lah betul2 catatan asal tu dulu..isue nya berkisar kepada PATRIOTIK kepada Negara..tolong lah,jangan dicampur adukan dengan POLITIK..kata mengata..ruangan ini khas untuk P/A memberi pandangan dan luahan perasaan mengenai hal hal semasa perjawatan..tolong lah, dah muak dah..
Aku rasalah, mamat yg pertama tu perli yg sangat mendalam. Siapa pedas, memanglah sebab dia makan cili
Sempena dibulan ramadhan marilah kita bersangka baik dan sama2lah kita kembali bersatu dengan berpegang dgn tali allah(alquraan & sunnah rasul) semuga kita dapat selamat didnia dan akhirat. Dan jgnlah kita menjadi puak2 yg menetang agama allah klak kita yg rugi, sama2 kita berdoa agar negara kita tetap aman dan dilimpahi rahmat dan keampunan dari Allah.
Salam kepada semua pembaca setia blog ni, saya teruja bila lihat KP Immigresen pegang kepala terkejut tentang jumlah penerimaan duit begitu banyak oleh kakitangannya, yang musykilnya adakah beliau betul2 terkejut atau buat2 terkejut.
Patut bukan KP imigresen saja buat2terkejut, termasuk lain2 KP penjawat awam pun patut buat2 terkejut juga dgn Jabatan masing2. Menteri pun jangan terkejut jugak. Lepas ni kita tunggu Jabatan mana pulak yang terkejut, tak baik tau kalau selalu terkejut.
Mudah betul kita mengatakan seseorang itu pengkhianat negara, bersekongkol dsb, lepastu dapat tau jumlah sogokan pula, hebat manusia ni, tapi masalah kenapa semua ini terjadi ada semua tau atau hanya bersikap hipokrit.
Boleh tak sesiapa menjelaskan Jabatan mana yang bersih sangat tu, kesian kepada kakitangan imigresen, tangkap banyak pun tak tau nak simpan kat mana, lagi banyak tangkap pasti akan kena tukar tempat tugas, mereka yang kuat melaung2 tu tak pernah pergi kat chowkit ke, Dua juta adalah satum jumlah yang banyak, jadi punca berlaku ketirisan ini adalah kerana mengikut kepada peribahasa, " Bapa borek anak rintik".
mari kita analisa bagaimana boleh jadi sedemikian siapakah contohnya pegawai2 ini ikut hingga berani terdorong dalam salah guna kuasa sebegini rupa, adakah gaji mereka masih tak cukop untuk keperluan hidup mereka, atau mereka sering melihat ada peminpin yg selama ini sering meyalahi gunakuasa hingga mereka pun berani berbuat sedemikian perlu analisa dari anda semua bagi menilai punca sedemikian.
itu bukan ketirusan, sebaliknya kami hnya menjalankan tugas menambahkan penduduk Malaysia. terima kasih. moga mereka tidak menyokong pembangkang
Memang benar apa yg disebutnya kita jgn menyokong pembangkang di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana mereka ni suka buat onar menganggu kerajaan dan jabatan kerajaan negeri dalam menjalankan tugas sebaliknya mari lah kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan tersebut telah pun bagi bantuan raya kepada kita yg bekerja didalam negeri2 tersebut RM500.00 mudah2an hujung tahun dapat lagi, insallah
Perlu kita mengucapkan kesyukuran atas pemberian rezki RM500.00 dan marilah kita mengucapkan terima kasih kepada tangan yg memberi, insallah mudah2an ditambah lagi,
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
Catat Ulasan