SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Ogos 2010

PENJAWAT AWAM SELANGOR TURUT TERIMA DUIT RAYA RM500

Bernama
29/8/2010



SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Selangor pada Khamis mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Hari Raya RM500 kepada 9,089 penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4.5 juta dan akan dibayar sebelum 1 Syawal.

"Bayaran bonus itu diberi kepada semua petugas kerajaan negeri kecuali dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas," katanya.

Khalid juga berkata kerajaan negeri memperuntukkan bayaran khas RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1.3 juta.

Pada Rabu kerajaan pusat mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan yang akan dibuat sebelum 1 Syawal, dan ia diikuti dengan pengumumaan oleh kerajaan negeri Melaka dan Perak, mengenai pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

-- BERNAMA

11 ulasan:

megat sanusi berkata...

tahniah kerajaan BN kerana beri bonus, dan juga pada kepimpinan UMNO Selangor kerana mendesak kerajaan (haram) negeri memberi duit raya pada kakitangan awam

kami berikrar akan menyokong UMNO dunia akhirat

Tanpa Nama berkata...

Saya bersyukor kepada Allah yg memberi rezki berupa bantuan hari raya sebanyak RM500.00 dan takbir diucapakan "allah hu akbar"

saya tetap menyokong serta bersama Islam dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

kembalilah kita menjadi hamba allah yg tetap bersyukur walupun menerima RM500.00 asalkan wang itu diberi keberkatan dari allah, apalah gunanya kita mendapt duit yg banyak dari sumber haram tipudaya, membuat onar serta menjadi juara fitnah, iahanya tipuan syaitan yg berjaya menipu dgn segala janji2 kosong dan akhirnya membawa penderitaan hidup kita didunia akhirat

m.a berkata...

bonggok sungguh megat tu..sokong umno dunia akhirat !! akhirat tak ada nilai dah umno tu wei..tak de nilai walau sacoit tahi hidung pun !!!

yang pasti sape yang dalam umno bunuh diri tu yang pasti masuk neraka !!!!

Tanpa Nama berkata...

HOKHokHOKHokHOK...MEGAT..BODOH BETUL LA KO NI. SAMPAI AKHIRAT KO BAWAK UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Sempena 10 mlm yg akhir disana ada segala keberkatan dan keampunannya sama2lah kita berdoa agar negera kita aman sejahtera dihindar dari segala petaka, dilimpahi semua rakyat dengan kemurahan rezkidan kemakmoran serta dipimpin kita dengan pemimpin2 yg amanah, berintegeriti dan takut kepada Allah dan mudah2an bujet kali ini dilimpihahi kenaikan gaji kpd penjawat awam terutama kpd mereka yg berada ditahap kemiskinan, amin ya rabal alamin.

Tanpa Nama berkata...

salam.....wahai saudara megat, bercakap biarlah ada pedoman, jgn kerana diberi bonus, pihak tersebut diagung2kan sehingga memesongkan akidah sebagai umat islam.....adakah Parti UMNO leh memberi manfaat pada saudara di akhirat nanti????? hanya amal dan taqwa kepada Allah S.W.T sahaja yang membawa kebahagiaan bukan saje di akhirat, malah di dunia juga....jgn kerana taksub, saudara mungkin terpesong dari jalan yang benar....pikir2kan lah, wasalam

Tanpa Nama berkata...

memang benar apa yg dikatakan oleh sdr yg diatas jgnlah krana taksub kita fahaman assabiyah kepartian kita hingga menyebabkan akidah kita tergelincir yg akan merugikan hidup kita hanya sekali didunia ini dan kerugian besar hidup kita diakhirat kelak sebelum terlambat kalau kita tersalah jln kembalilah ke jln yg benar peganglah apa yg telah diturunkan oleh rasul dan kitabullah insallah anda akan selamat didunia maupun diakhirat insallah, dan ambil kesempatan di malam2 yg akhir ini berdoalah agar Allah ta'ala memeberikan kita pertunjuk jln yg benar, jln yg telah ditunjuk para rasul tabiin2 serta para ulamak2 yg memegang teguh kpd kitabullah dan sunnah rasul

Tanpa Nama berkata...

DI SINI DINYATAKAN SEMUA PENJAWAT AWAM MENDAPAT BONUS RAYA...TAPI KENAPA YANG KONTRAK DI DIBERI SAMA...MEREKA JUGA PENJAWAT AWAM CUMA KONTRAK.....

Tanpa Nama berkata...

kenapa contract for services tidak mendapat bonus???????????

Tanpa Nama berkata...

ye betul..kami ingin mendapatkan penjelasan kenapa contract for services tidak diberikan ganjaran yang sama..kami pun kerja sama je mcm yang hakiki..