28 September 2010

PARTI POLITIK USAH CAMPUR ISU DALAMAN PENTDBIRAN

Berita harian
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
27/9/2010



JPA ada garis panduan tangani masalah kakitangan: CUEPACS

KUALA LUMPUR: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan kakitangan awam meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu pengetua dan guru mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika menegur pelajar mereka, baru-baru ini. NGO terbabit mengingatkan parti politik bahawa isu berkenaan adalah hal ehwal dalaman pentadbiran kerajaan dan hanya boleh diselesaikan mengikut peraturan yang termaktub Perintah Am, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib). Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan untuk meraih populariti. Katanya, semua masalah membabitkan kakitangan awam hanya dapat ditangani Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak perlu campur tangan politik.

“Jangan ambil kesempatan hendak jadi hero. Ini isu dalaman pentadbiran kerajaan, kita ada peraturan untuk menyelesaikannya,” katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan terhadap pengetua dan guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Muhyiddin berkata, kuasa mengambil tindakan adalah di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana kedudukan individu terbabit adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap gred DG48.
Timbalan Perdana Menteri mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Menteri Pelajaran enggan menggunakan kuasanya mengambil tindakan tegas ke atas seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di sekolah.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Per guruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, mahu pemimpin parti pembangkang tidak mempolitikkan isu berkenaan termasuk mengaitkan atau memburukkan nama Menteri Pelajaran.

Katanya, isu itu membabitkan soal dalaman sekolah dan boleh diselesaikan pada peringkat Jabatan Pelajaran Daerah (JPD), pengetua dan murid terbabit.

Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, desakan Kit Siang itu adalah contoh sikap diktator DAP dalam membuat hukuman.

“Ini menunjukkan cara DAP bertindak tanpa berfikir panjang dalam setiap sudut ketika mahu menjatuhkan hukuman apabila mereka berkuasa,” katanya.

INFO: Prosedur Tindakan Tatatertib

1. Laporan Ketua Jabatan mengandungi perkara berikut:
  • Keterangan mengenai pegawai dan jawatannya.
  • Kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.
  • Butir-butir perbuatan salah laku bersama fakta tarikh, masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan.
  • Keterangan mengenai kesalahan dilakukan serta peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar.
  • Bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi.
  • Apa-apa tindakan yang diambil secara pentadbiran ke atas pegawai itu.

    2. Penentuan Jenis Kesalahan Oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib
  • Hukuman buang kerja atau turun pangkat.
  • Suatu hukuman yang lebih ringan daripada hukuman dibuang kerja atau turun pangkat.

    3. Prima Facie oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib
  • Pengerusi Lembaga Tatatertib mengenal pasti bukti salah laku pegawai.

    4. Surat pertuduhan terhadap pegawai
  • Ditanda tangan oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib atau ahli bagi pihak pengerusi.

    5. Representasi oleh pegawai
  • Perlu dijawab dalam tempoh 21 hari dan secara bertulis.

    6. Pertimbangan Lembaga Tatatertib

    7. Keputusan diambil sama ada bebas dan bersalah (dikenakan hukuman).
  • 8 ulasan:

    1. Gaji kakitangan awam tak dapat diselaraskan buat masa ini kerana disebabkan ekonomi belum pulih di negra kita ini antara sebanya yang utama spt yang disebut oleh seorang usahawan jutawan Britaian dalam satu persidangan ekonomi baru2 ni antara lain menyebut:

      Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

      "Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

      "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

      Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

      BalasPadam
    2. Kalau tiada kuasa beri kuasa, mengeluarkan tutur bicara berbaur perkauman dan tidak memikirkan sensitiviti agama kena panggil mengadap, suruh mereka mengadap sultan, kan sultan ketua agama bagi tiap2 negeri, tapi sekarang mereka dah tak gerun agaknya. Ingat hidup bukan untuk hari ini saja, harap pihak terbabit beringat sebelum musnah.

      BalasPadam
    3. Itulah sebabnya JPA ni lembab, terlalu banyak prosedur, akhir kesudahnya senyap saja, yang dah dibuang kerja pun boleh dapat kerja balik, apa nak jadi agaknya.

      BalasPadam
    4. Kita sebagai penjawat awam mesti profesional dgn khidmat kita, jgn kita melibatkan politik dalam kerjaya kita, kalau diluar masa pekerjaan itu adalah hak masing2, kita mesti patuh kpd aku janji kita taat setia berkhidmat kepada dibawah duli seri paduka baginda selaku tunggak utama undang2 serta perlembagaan negara, ini baru disebut kita berkhidmat untuk negara.
      Kita mesti berlaku adil dalam tindakan kita kepada pelanggan kita dan tidak menyebelahi mana mana pihak dalam sistem penyampain yg telah di tetapkan oleh jabatan kita

      BalasPadam
    5. Yang menjadi masalah sekarang ahli politik yang menganggu tugas PA, KSN tak nampak ke? atau takut kena tukar atau bersekongkol.

      BalasPadam
    6. budaya ahli politik pembangkang mengganggu PA mmg x wajar, kerana mereka perlu sedar kerajaan BN lah yg memerintah negara.

      juga pada PA dan pegawai yg enggan menuruti arahan dan perintah Ketua Bahagian Umno juga harus diambil tindakan sama, kerana mereka disyaki menjadi ejen pembangkang.

      kita mesti profesional dgn khidmat kita, jgn kita melibatkan politik pembangkang dalam kerjaya kita, yang cuba menipu rakyat kononnya harga barangan naik dsb.

      BalasPadam
    7. Diamlah rahman nanyan, engkau ni bodoh betul, bila cakap jadi bodoh, lebih baik jangan cakap, nanti anak ikut kan susah generasi depan, rugi jadi rakyat MALAYSIA.

      BalasPadam
    8. taat setia aku hanya pada Raja dan Negara...Bukan pada pemimipin yang bodoh sombong dan bangang..tak abis2 nak tipu dan perkena rakyat..

      BalasPadam