28 September 2010

SOALAN SUBJEKTIF PTK TIDAK ADIL

Berita Harian
27/9/2010



TIDAK lama dulu ada cadangan supaya peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan kerajaan dihapuskan. Bagaimanapun, peperiksaan ini diteruskan juga kerana dikatakan membawa kebaikan kepada kakitangan perkhidmatan awam.

Saya ialah kakitangan kumpulan khidmat sokongan dalam jabatan kerajaan amat tidak bersetuju apabila soalan kertas dua PTK yang disediakan untuk kumpulan sokongan Gred 32 dan 22 berbentuk subjektif, sedangkan peperiksaan untuk pegawai kumpulan pengurusan dan profesional seperti Gred 41 yang lebih tinggi berbentuk objektif. Sekitar 1980-an ketika mula bekerja dulu, kami kumpulan sokongan walaupun memiliki diploma dikehendaki mengambil tujuh subjek peperiksaan jabatan dan dua kertas peperiksaan am untuk disahkan dalam jawatan.

Semua soalan subjektif, sedangkan pegawai dalam kumpulan A hanya perlu mengambil peperiksaan am. Masa sudah berubah, namun ketidakadilan antara dua kumpulan kakitangan ini diteruskan.

Sudahlah kami dalam kumpulan sokongan ini begitu sukar naik pangkat, malah diberi tekanan lagi dalam menghadapi peperiksaan PTK dengan soalan subjektif. Kami terpaksa mentelaah sukatan pelajaran yang banyak dengan penambahan sukatan pelajaran baru setiap tahun.

Kadangkala soalan itu tiada kaitan langsung dengan tugas dan pengalaman kakitangan dan kami juga bukan pelajar sepenuh masa. Janganlah tugas utama kami berkhidmat untuk masyarakat dan negara diganggu dengan bebanan peperiksaan yang sukar.
Apatah lagi umur kami kebanyakannya hampir mencecah warga emas. Pengalaman lebih 25 tahun bersama jabatan dimanfaatkan sepenuhnya, justeru memang tiada masa untuk membaca buku di pejabat.

Tambahan pula ingatan untuk menghafal sudah kurang berbanding ketika mula bekerja dulu. Ada segelintir kakitangan muda yang menumpukan sepenuh perhatian dan masa kepada peperiksaan semata-mata dengan mengabaikan komitmen tugas.

Kami dengan rasa rendah diri merayu Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS menasihati unit peperiksaan jabatan kerajaan supaya mengekalkan soalan objektif kepada kakitangan kumpulan sokongan. Kasihanilah kami dengan kerjaya terbatas dan mungkin ini gred kami sehingga bersara kelak.

LEBAI KASA,
Alor Setar,
Kedah.

9 ulasan:

  1. salam satu Malaysia..apa yang di pekatakan lebai kasa tu memang ada kebenaran nya,betapa kurang adil nya PTK ini..tetapi kami tetap akur..dan ingin ditambah sikit..bagaimana pula kepada P/A yang dah pun lulus PTK dengan aras 4,kedua2 nya sekali,yakni Umum dan Khusus tapi masih tidak mendapat pergerakan atau anjakan gaji ke p2 semata mata kerana lapuran prestasi ketua jabatan yang tidak sebulu dengan P/A tadi,mungkin ada masaalah kurang dikipas kot..walhal dalam module kertas UMUM PTK mengandungi pemahaman2 peraturan2,pekeliling2,G/O2,undang2, tingkah laku yang perlu yang perlu dipatuhi dan sebagainya dan jika ini tidak di hayati dan diamalkan oleh P/A masakan boleh lulus aras 4!!...soalnya kenapa perlu pada lapuran prestasi lag? kami harap Tuan Presiden dan AJK2 peringkat pusat dapat memperjuangkan perkara ini dan pehak JPA,kami harap perkara ini perlu diambil pertimbangan akan kewajarannya..terima kaseh kepada semua yang membaca keluhan kami ini dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua P/A diseluruh Tanahair..

    BalasPadam
  2. Soalan Subjektif PTK adalah merupakan soalan yg sesuai di utarakan kpd PTK terutama sekali kpd pegawai2 kanan kerajaan kerana dpd ujian tersebut kita dpt menilai kebolehan seorg itu terhadap tugasnya saya berpendapat soalan subjektif adalah yg paling sesuai diberikan kpd PA bagi PTK, dpd itu kita mengetahui pA yg lulus benar2 berbakat dlm kerjanya.

    BalasPadam
  3. Ada yang tak ikhlas soal PTK ni, ada yang kata padan muka PA, PTK dulu lebih mudah berbanding sekarang, nak dapat P2@P3 kempunan le nampaknya.

    Hasil kerja boleh dinilai melalui PTK ke? sebagai contoh PT hanya bertugas di kaunter selama bertahun tahun, dimana nak nilai kecekapannya.

    Bagi jabatan yang besar mempunyai banyak bahagian dan unit, ketua jabatan tak mahu buat rotation, maka cekaplah PT tersebut di unit itu saja.

    Di pihak swasta tak perlu PTK, yang penting hasil @ produk, malah bertambah maju jabatan tersebut.
    Apabila agihan tak seimbang maka timbul rasa tidak puashati dikalangan PA, Maka timbul pertikaian bodoh disuarakan. Jabatan saya telah bertungkus lumus agar kutipan negara bertambah, tapi perguruan dan kesihatan dapat labanya.

    Sekali lagi JPA harus bijak dalam isu ini, kadang2 PTK ni macam menganiaya saja.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya PTK paling baik dilaksanakan tapi manusia yg menjalankan amanahnya tidak b/tangungjwb tak amanah, jujur sudah PA lulus tak juga dinaikkan pangkat malahan utk kenaikan gaji pun tertangguh2. Apakah sebenar terbaik utk cara penyelesaiannya, pd saya yg b/tgungjwb seharusnya bertindak dgn adil dan jujur dlm perlaksanaan jangan ada pilih kasih.

    PTK ini sesuai utk membangun PA kerana ia dpt membuka minda PA seterusnya menggalakan PA rajin membaca apa2 yg berkaitan dgn jabatan PA tapi malangnya di Malaysia ini banyak dipengaruhi oleh pihak tertentu dari segi kenaikan pangkat dan gaji. Kalau kerajaan memperkenalkan sesuatu perubahan seperti suruh PA ambil PTK, KPSL serta menimba ilmu lanjutkan pelajaran PA dan kerajaan seharusnya memberi peluang kpd PA itu utk dilantikan ke jawatan Lantikan Gred 27 atau 41 tanpa banyak halangan kalau mereka sudah lulus dgn mencapai kejayaan. Kerajaan kita ini di tidak peka kpd masalah kita PA terutama sekali kumpulan sokong yg berjawatan rendah tapi sudah berjaya sehingga mempunyai segolong Ijazah apa salahnya kerajaan peka dan berilah peluang kpd mereka dilantikan ke jawatan lantikan 27/41 setaraf dgn kelulusan tertinggi PA.

    BalasPadam
  5. Betul tu saya setuju, JPA kena ikhlas dan jujur.

    BalasPadam
  6. Ya sya setuju juga dalam soalan kebajikan kita PA ini manusia yg tentukan dan manusia juga yg laksanakan bukan tuhan penentu keputusan kalau manusia yg mempunyai perasaan kebentanggungjawaban pasti amanah yg suruh org pikulnya akan terlaksana semua janji2nya akan ditunaikan. Begitu juga dgn PTK, kenaikan pangkat terhadap PA. Kerajaan PA juga telah membuat keputusan utk meningkitkan mutu perkhidmatan jabatan kerajaan telah membuat berbagai2 dasar atau cara tapi semua benda itu telah dibuat oleh segelintir PA contoh telah lulus PTK, KPSL, ada Diploma, Ijazah malahan juga prestasi mereka dalam kerja adalah cermelang serta sudah lama berkhidmat dgn jabatan tersebut tapi malangnya mereka juga masih di Gred 17/22/26. Apa pandangan kita terhadap sumbangan mereka ini, kalau dia tidak pandai tentu dia tidak lulus dalam peperiksaan yg dihadapinya malahan golongan ini saya bangga dgn kerana dia pandai membahagi masa dia bekerja dan waktunya belajarnya begitu juga dgn yuran pengajian mereka sepatutnya kerajaan terutama SPA @KSN memberi perhatian kepada mereka

    BalasPadam
  7. Mereka itu sebenarnya buta hati, tak reti menilai, ada ke patut ada PA yang telah dibuang kerja, buat rayuan, dapat balik kerja, malah dinaikkan pangkat lagi, tak ke buta namanya tu, itu sebab jabatan kerajaan masih tak cekap2, bab2 lain dia cekap.

    BalasPadam
  8. PTK : Lulus aras 3 (boleh dipertimbangkan kenaikan) / Lulus aras 4 pertimbangkan naik pangkat dan anjakan ganji.... itu janji atau tengok keadaan.
    berilah kemudahan PA yg lulus PTK aras 3 & 4 imbuhan itu, tak payah tunggu kekosongan...naik je, bairlah pendaptan mereka lebih sikit dgn usaha mereka lulus PTK, jgnlah alasan tiada kekosongan.
    Buat je macam PDRM cukup 3 tahun naik L/Kopral... itulah namanya kebajikan...ni kerja belas tahun pun seksa nak tengok anjakan gaji kearah yg lebih tinggi. kalu tidak ikut tahun servis... beri je PA anjakan gaji yg lebih atau satu ke dua kenaikan.

    BalasPadam
  9. Harap tugas menghapuskan PTK in digalas oleh Cuepec,peperiksaan jabatan memang patut diadakan tetapi khas untuk yang sangat2 berminat untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi tetapi untuk PA yang biasa ini kalau tak berminat tak payahlah tetapi gaji janganlah disekat sekat ditangga 1 sahaja maksud saya biarlah gaji tetap berterusan sehingga ke tangga akhir dalam mata gaji tersebut apa faedahnya berkerja bertahun-tahuntetapi mata gaji tersekat diaras itu sahaja tak kah tak adil namanya tolong lah kajikan semula pergerakan gaji PA ini semula,yang kecewa.

    BalasPadam