Utusan Malaysia
16/10/2010
KOTA BHARU 15 Okt. – Kerajaan negeri menyambut baik langkah memberikan penjawat awam cuti bersalin selama 90 hari seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Wan Omar berkata, keputusan tersebut akan turut diguna pakai di negeri ini.
Jelasnya, cuti bersalin yang lebih panjang itu memberi peluang kepada kaum ibu untuk meluangkan masa lebih lama dengan bayi mereka yang baru dilahirkan.
“Kita ucapkan terima kasih di atas pengumuman tersebut. Maka ada lebih masa untuk wanita baru bersalin memberi tumpuan terhadap anak dan lebih menjamin kesihatan mereka.
“Saya berharap kaum ibu mengambil peluang ini untuk memberi susu badan kepada anak mereka kerana masa cuti yang panjang itu sangat cukup untuk pembesaran awal bayi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pemberian cuti 90 hari dengan gaji penuh seperti yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Ubaidah berkata, cadangan pemberian cuti bersalin 90 hari telah diumumkan kerajaan negeri sebelum ini, bagaimanapun masih belum dapat dilaksanakan kerana memerlukan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu.

apa saja idea kerajaan kelantan telah diikuti oleh kerajaan pusat walaupun kerajaan pusat meremehkan semua idea tersebut suatu ketika dahulu.
BalasPadamtapi tak apa asalkan ikut yg baik tak kisahlah...
itulah indahnya islam itu...
tahniah kerajaan pusat...
Jangan lupa...ada ayat lagi selepas cuti 90 hari tu...tertakluk kepada 300 hari cuti sepanjang tempoh perkhidmatan...sama la macam dulu juga...
BalasPadamye ke...dia pusing juga le tu...najib..najib...
BalasPadamsatu lagi pejabat saya 60% perempuan...kalau semua bersalin serentak..mati kaum lelaki pejabat tu...heeeeeeeeee..........