Utusan Malaysia
15/10/2010
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemberian bonus kepada kakitangan awam dan usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam adalah antara harapan rakyat dalam Bajet 2011 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota hari ini mendapati, orang ramai mahu bajet itu memberi faedah menyeluruh kepada rakyat manakala kakitangan awam berharap mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan.
Kakitangan awam, Normazmin Che Ad, 30, berharap Perdana Menteri akan mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam pada pembentangan bajet esok kerana ia dapat membantu meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Bonus merupakan imbuhan tambahan yang bakal menyuntik semangat kami untuk terus bekerja dengan lebih baik," katanya di sini hari ini.
Seorang lagi penjawat awam, Ruslinda Yahya, 42, juga mahu kerajaan pertimbangkan pemberian bonus khas kepada kakitangan kumpulan sokongan.
"Dengan pemberian bonus akan dapat meringankan beban golongan tersebut kerana bergaji rendah lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja di bandar-bandar besar," katanya.
Seorang pemandu, Gunalan Athimoolan, 31, berpendapat, kerajaan harus meluaskan jaringan pengangkutan awam terutama kereta api antara bandar bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Sementara itu, eksekutif teknologi maklumat, David Cheah, 32, pula berharap kerajaan akan terus memberi inisiatif yang dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI).
"FDI yang kukuh akan menjadi pemacu utama ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan oleh kerajaan," katanya.

najib dia aja kata bonus satu bulan aja dah belanja 3 bilion....sebab banyak gred tinggi belum pencen..lebih mudah kalau bonus to dibuat cam era mahathir dan pak lah...bagi sama rata seperti RM1500 sama rata...kan adil....sekurang-kurangnya semua merasa
BalasPadamaku paling sayang Dr Mahathir sebab xpenah lupa hargai jasa penjawat awam
BalasPadamMemang hampaih dan busuk hati..yang dia pi bagi untuk permata 111 juta tu apahal...cuepacs pun satu hal..aku tak percaya yang si mamat persiden ada minta bonus 2 bulan..cola tak settle,..bonus tak dapat..p mampuih
BalasPadamla...
tak serik2.... asyik kena keletong ja... nasib la labu...
BalasPadamCUEPACS BUKAN USAHA PUN UTK DAPAT BONUS DAN NAIKKAN GAJI...SAJA TULIS JE UTK SEDAPKAN HATI PA.....ITU JE TAK ADA MINTA RAYUAN DAN TAK AKAN DAPAT LAGI DAH BONUS..KENAIKAN GAJI LAGI TAK ADA...20 TAHUN LAGI PUN BLOM TENTU NAIK.....ROMBAKLAH KABINET CUEPACS GANTI YANG BETUL2 BUAT KERJA
BalasPadam