SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 November 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN LANJUT TEMPOH PINDAH PENGHUNI KUARTERS COCHRANE

Bernama
22/11/2010



KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerajaan supaya melanjutkan tempoh perpindahan penghuni kuarters kerajaan kawasan Cochrane di sini ke kuarters di Putrajaya ke tahun depan.

Presidennya Omar Osman berkata 314 kakitangan kerajaan dari pelbagai jawatan yang berkhidmat di sekitar ibu negara diberi tempoh hingga 15 Dis ini untuk berpindah ke Putrajaya.

Beliau berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan pada 15 Okt lepas tetapi masih belum menerima maklum balas daripadanya.

"Kita memohon diadakan rundingan bagi mencari penyelesaian...tempoh (perpindahan) yang ditetapkan (pada 15 Dis ini) tidak mencukupi bagi persiapan perpindahan.

"Jika pihak kerajaan masih mahukan mereka berpindah, mereka berharap kemudahan lori dan bayaran pampasan RM3,000 hingga RM5,000 satu keluarga diberikan bagi memudahkan urusan perpindahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penghuni kuarters berkenaan hari ini.

Omar mendakwa penghuni kuarters itu masih tidak jelas tujuan mereka diarahkan berpindah ke Putrajaya, sebaliknya hanya mendengar desas-desus mengatakan di kawasan tersebut akan dibina kuarters milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

-- BERNAMA


____________________________________________________________


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pindahlah kerajaan suruh pindah sebelum kita mendiam kuarters kerajaan kita telah diberi peraturan2 tertentu sebelum mahu diam di rumah kerajaan. PA yg menyewa di luar pun diberi elaun RM180.00 seorang apalagi pindak tak anda diam ditempat tersebut sehingga pencen

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Perkhidmatan Awam adalah tonggak kejayaan sesebuah negara. Oleh itu diharap kerajaan jangan mengamalkan pilih kasih dalam membuat keputusan. Seperti dikeratan akbar saya difahamkan kerajaan seolah-olah menganaktirikan penghuni kuarters Cochrane dengan memaksa mereka mengosongkan kuarters pada ketentuan yang telah ditetapkan dengan digantikan dengan kuarters baru di Putrajaya dengan kos perpindahan ditanggung sendiri. Apakah ini dasar baru kerajaan terkini? Dimanakah keadilan setelah bakti dan amanah dilaksana kebajikan dipinggirkan demi sedikit janji keuntungan dari mereka yang rakus? Jarak kuarters dengan tempat bekerja perlulah diambil kira dalam penyediaakan kuarters. Jangan sediakan kuaters di bulan sedangkan tempat bertugasnya di bumi dengan alasan tanah dibumi bernilai tinggi. Kerajaan janganlah memikirkan keuntungan semata dalam melaksanakan sesuatu keputusan...biarlah seimbang...yang bersimpati akulah aku.

Tanpa Nama berkata...

Dengan dok hantar memorandum, surat rasmi, telegram....tak leh jalan laa Cuepacs oii!!! Patut la PM tak layan permohonan bonus 2 bulan tu. Cari la pendekatan baru...kuasa 1.2 juta orang bukannya sikit. Ni dengan hantar surat la, berbincang laa...dengan PM Najis ni tak leh buat macam tu..kena guna kekerasan sikit..gertak, herdik baru boleh jalan!!!

Tanpa Nama berkata...

ni sume dah selesa tinggal kat situ, bukannye pindah x dpt kuarters, melampau!
anak2 nak periksa tu alasan je, bgla statistik yg betul2 ada periksa thn dpn, jgn salah gunakan anak utk kepentingan dr mak bpk!

PTD Cerdik berkata...

PA sokonagn ni cuma mahu menangguk di air keruh saja bah

PejuangUmno70's berkata...

sepatutnya kerajaan jgn berlembut dgn PA yang degil2 ni, kita telah memberi penjelasa tetapi kerana terpengaruh dengan pembangkang, maka sengaja melawan. Cuepacs, fikirlah dahulu..

lg 1, bila agaknya Cuepacs nak mohon masuk Gabungan Rakan BN?

Tanpa Nama berkata...

salam 1 m`sia bro...jangan la bro sebut pasai BN...meloya jang...nyamuk pun x selera nak hisap darah makluk dalam BN tu...ni nak ajak Cuepacs joint...lu pikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Uwerrrrkkk..dah muntah pon

Tanpa Nama berkata...

KAMI MAU BONUS KAMI...PERKARA REMEH2 MACAM NI KAMI TAK MAU DENGAR!! CUEPACS JGN CUBA NAK ALIH PERHATIAN KAMI DGN ISU2 YG REMEH...MANA BONUS KAMI???

Tanpa Nama berkata...

KAMI MAU BONUS KAMI...PERKARA REMEH2 MACAM NI KAMI TAK MAU DENGAR!! CUEPACS JGN CUBA NAK ALIH PERHATIAN KAMI DGN ISU2 YG REMEH...MANA BONUS KAMI???

Tanpa Nama berkata...

KAMI MAU BONUS KAMI...PERKARA REMEH2 MACAM NI KAMI TAK MAU DENGAR!! CUEPACS JGN CUBA NAK ALIH PERHATIAN KAMI DGN ISU2 YG REMEH...MANA BONUS KAMI???

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS BERHASRAT TEMUI KSN RAYU NASIB 314 PENGHUNI KUARTERS JALAN COCHRANE
Bernama
3/10/2010



KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhasrat menemui Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi mengemukakan rayuan mewakili penghuni kuarters kerajaan kawasan Cochrane di sini, ekoran arahan supaya mereka berpindah ke kuarters lain di Putrajaya pada 15 Dis ini.Presidennya Omar Osman berkata arahan berpindah melalui notis bertarikh 4 Mei lepas oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri kepada 314 kakitangan kerajaan daripada pelbagai jabatan itu wajar dikaji semula termasuk diberi penangguhan sehingga penempatan baru termasuk pembayaran saguhati diselesaikan.

"Cuepacs berharap masalah ini dapat dirunding semula dan ditangguh ke akhir tahun hadapan."Kerajaan perlu mengambil berat mengenai semua aspek seperti kos perpindahan, pertukaran sekolah anak-anak kakitangan dan pelbagai masalah lain," katanya kepada pemberita selepas menemui penghuni kuarters itu, yang kebanyakannya berkhidmat dalam kumpulan sokongan di sini Ahad.Pada perjumpaan itu, Omar turut menerima memorandum daripada Anggota Jawatankuasa Bertindak penghuni terbabit untuk diserah kepada Mohd Sidek pada tarikh pertemuan yang akan ditetapkan kelak.Omar berkata Cuepacs juga akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat kongres di Pejabat Cuepacs, di sini 8 Okt ini.Beliau berkata Cuepacs tiada hasrat untuk membantah keputusan kerajaan berhubung arahan berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan di kawasan itu tetapi sewajarnya perancangan rapi dibuat tanpa menjejaskan kebajikan penghuni yang kebanyakannya telah berkhidmat selama puluhan tahun dengan jabatan kerajaan.Omar berkata antara cadangan Cuepacs ialah kerajaan memberi saguhati perpindahan sebanyak RM5,000 untuk setiap keluarga bagi menampung kos pindah yang tinggi selain mereka diberi keutamaan untuk dipindahkan ke kuarters lain yang lebih dekat dengan tempat kerja.

"Saya dimaklumkan terdapat penghuni OKU (Orang Kelainan Upaya) yang tinggal bersama keluarga masing-masing dan keperluan mereka perlu diutamakan," katanya.Sementara itu, penghuni OKU yang ditemui, Khusaini Saimon, 54, berharap kerajaan dapat membuat keputusan terbaik berhubung perkara itu."Saya telah menetap di kuarters ini sejak 22 tahun lepas dan arahan berpindah akhir tahun ini amat membebankan."Walaupun dapat tawaran kuarters Putrajaya, tetapi kuarters baru terlalu jauh dari tempat kerja, dan bakal menyusahkan saya untuk bergerak termasuk masalah pengangkutan awam," katanya yang buta dan bekerja sebagai Pembantu Setiausaha di Lembaga Peperiksaan di Jalan Duta, di sini.-- BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

Sudah la Pak Presiden...jangan jadi jaguh kampung kat sini! Isu bonus PA macam mana? Buat kerja biar sampai selesai...ni buat tu sikit, ini nk minta pulak...nmpk sgt tak PROFESIONAL! Dah dua tahun takde bonus...jgn dok ingat dh hantar telegram perkara ni dh selesai. Buat kerja biar sungguh2...baru berhasil.

Ni nak hujung bulan November, gaji bulan Dis 20hb, xde bonus 31hb Disember Presiden sila letak jawatan secara hormat!!!! Baru nmpk mcm anak jantan...

Arab Poyor berkata...

Apa kata PA satu Malaysia kasik mogok....bakar kenderaan jabatan sekali.....

Tak puas hati ngan boss anda? Kasik mogok laa....

Hahahahhahahahhaaa