SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 November 2010

JAWATAN KSN BUKAN HANYA KEPADA PTD

Utusan Malaysia
2/11/2010




KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) tidak terhad kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebaliknya merupakan jawatan khas di bawah Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jawatan KSN boleh diisi oleh pegawai dari mana-mana skim perkhidmatan atas perakuan Perdana Menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Ia bukan jawatan naik pangkat. Secara umumnya, pelantikan ke jawatan-jawatan strategik seperti ini dibuat dengan mengambil kira kepakaran, prestasi, pengalaman dan daya kepimpinan pegawai.
"Ia turut mengambil kira kepentingan negara dan perkhidmatan awam keseluruhannya," katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2011 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Mohamed Nazri berkata, pelantikannya berdasarkan pelan kerjaya yang teliti serta terancang selain dinilai melalui daya kepimpinan, pengalaman dan prestasi kerja yang cemerlang serta kesesuaian penempatan.
Katanya, penilaian yang dilaksanakan adalah relevan dengan kehendak 'pemegang saham' dan tuntutan masyarakat yang mengharapkan agar sistem penyampaian perkhidmatan awam mengalami satu lonjakan tambah nilai dan fleksibel di arena globalisasi.
"Berasaskan konsep 'orang yang betul untuk tugas yang sepatutnya dan nilai untuk wang', Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan kaedah pinjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap bagi pegawai-pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan untuk mengisi jawatan strategik sehingga ke peringkat ketua jabatan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sehingga 25 Oktober lalu, seramai 516 penjawat awam wanita dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Gred Khas.
Katanya, jumlah itu tidak termasuk perkhidmatan polis, tentera, kerajaan negeri, badan-badan berkanun Persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata, seramai tujuh penjawat awam wanita berada dalam kategori Turus III, diikuti JUSA A (13), Khas A (8), JUSA B 46, Khas B (54) JUSA C (177) dan Khas C (211).
"Seramai 115 daripada mereka adalah PTD manakala 401 lagi bukan PTD," katanya.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa komen menteri ini silap, Semua KSU adalah PTD. Buat masa sekarang mana ada KSU dan KSN yang bukan dari Skim PTD, kerajaan sangat memerlukan Pegawai Skim PTD ini kerana mereka adalah pentadbir terulung dalam semua Skim, Sepatutnya kerajaan melantik yang menerajui jabatan adalah datangnya dari Skim PTD. Skim lain hanyalah sebagai Sokongan kepada skim PTD ini. Sebagai contoh jabatan Imigresen / JPJ / RELA / JAB. Pendaftaran Negara penerajunya adalah PTD. Jabatan seperti Kastam / Kesihatan / Pelajaran sepatutnya diterajui oleh PTD kerana hanya mereka mahir dalam mengurus jabatan. Saya sarankan kepada kerajaan supaya Ketua Pengarah dan Timbalan KP hanya dari skim PTD, ini untuk menyenangkan kerjasama supaya ketua jabatan yang lain juga dari skim PTD yang sanggup berkerjasama. janganlah seperti menegak benang yang basah untuk menidakkan Ketua jabatan berstatus PTD. Sekarang semua KSU dan Timbalan di Isi oleh PTD dan sudah sampai masanya sekarang kerajaan melantik ketua jabatan yang lain dari skim PTD untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta meningkatkan ekonomi untuk kerajaan. "Berkhidmat Untuk Negara"

PTD Cerdik berkata...

Jawapan menteri adalah satu usaha yg baik utk mnengkis fitnah yg selalu ditujukan kepada PTD, krana org lain yg bukan pentadbir mmg x mampu mjalankan kerja2 mgurus, sebagai bukti suasana kucar kacir yg blaku di MOE - kem.pelajaran adalah disebab kn org2 yg bukan PTD menerajui sebahagian besar dr perjawatan pengurusan, dr kalangan guru2 yg nk lari dr tugas hakiki di sekolah, sama juga di beberapa kementerian lain. Kami amat terlatih dalam pengurusan, dan perjawatan lain jgnlah mnyibuk akan perjawatan yg diperuntukkan kepada kami

Tanpa Nama berkata...

Mcm nie cikgu pun boleh jadi KSU ker? Agak2laa antara PTD dgn cikgu siapa akan dipilih ? Jawapan senang ini aku pun tak dapat jwb

Tanpa Nama berkata...

PTD Fuck OFF

kefifitan berkata...

Ahhh ko PTD cerdik...ko ingat skim lain tak pandai buat pengurusan ke?KPPA skrg ni pun sebelum ni dari gred J sebelum beliau naik TURUS,aku nengok lagi mantap pengurusan dia dari KPPA yang sebelumnya yang datang dari PTD.

Tanpa Nama berkata...

bagi jugak jawatan PAR pd PTD..

Tanpa Nama berkata...

PTD sepatutnya ditukarkan kepada PHD (pegawai Hasad Dengki)

Tanpa Nama berkata...

ko amik jer la semua jawatan yang ada dalam jabatan kerajaan ni,Cikgu pun PTD,jururawat pun PTD,PAP pun PTD ...senang citer

Tanpa Nama berkata...

sorry ye PTD cuma pakar pengurusan je, so org sokongan jgn sibuk pertikai kalo SPM pun pangkat 3

Tanpa Nama berkata...

Itulah pasal..bapak bagi duit suruuh belajar tapi pegi sekolah lompat pagar, buat maaslah disiplin, bila exam cukup2 makan saja... bila orang jadi PTD dia x boleh jadik PTD..dengki sana sini.. apa kata korang perjuangkan Pasal kakitangan dapat sambung belajar bergaji penuh..baiiiii... jangan pakai kepala lutut.. Hapuskan dengki..kerana dengki memakan pahala yang korang buat selama ini. Seperti api memakan sekam padi. Mengadap Allah SWT anda akan jadi seorang yang MUFLIS..Bincang benda yang positif dan bukan memaki hamun yang bukan dapat memberikan keuntungan pun

Tanpa Nama berkata...

"Jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) tidak terhad kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebaliknya merupakan jawatan khas di bawah Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan"

Bukan dengki atau cemburu. Perlembagaan dah menjawab. Watpe nak gaduh2.Semua skim perkhidmatan layak pegang jawatan tu. Bukan semua PTD bijak mengurus dan tak semestinya pegawai2 dari Skim Perkhidmatan lain tak pandai mengurus. So, kalau jawatan tu layak diberikan kepada pegawai dari Skim lain atas kelebihan pengalaman, kepakaran atau pengaruh. Eloklah. Barulah adil.. Tak gitu??

Tanpa Nama berkata...

Jawatan KSN hanya untuk PTD, wahai kumpulan sokongan yang lain tolong faham, walaupun doktor, guru, pakar komputer, penguasa imigresen, kastam , penjara dan lain-lain penguasa ada, jawatan KSN hanya untuk PTD. Bila kita baca perlembagaan jawatan KSN ialah Ketua Setiausaha, Boleh tunjukkan sapa Ketua Setiausaha atau timbalan KSU yang bukan PTD, fikir dan bertindak cara rasional. Jangan melenting seperti orang tak tentu pasal, suruh ptd jadi Pap lah, jadi guru lah, Cuba bawa mengucap dan fikir secara rasional, Skim yang lain hanyalah sebagai sokongan kepada skim pentadbir iaitu skim PTD sebagai Pengurus utama dibantu oleh golongan profesional skim yang lain. Mintak maaflah kalau tersalah bahasa.

Tanpa Nama berkata...

amik la semua...kitaorg tak heran pon.KPPA skrg nie pun bukan suka PTD,satu hari nnt KSN akan diterajui oleh orang yang sebelum ni dari gred J,haha...mampos la korang lepas ni ptd

Tanpa Nama berkata...

KPPA dari Skim J berhijrah ke Skim M iaitu PTD, jangan anggap KPPA bukan PTD sila perbetulkan, Terima Kasih, Fikir secara rasional bukan secara mengikut hati. Perkhidmatan PTD adalah perkhidmatan untuk negara dan Bangsa serta agama "Berkhidmat untuk negara"

PTD Cerdik berkata...

PTD adalah golongan yang amat terlitih, cekap dan penuh ilmu didada, tiada PTD tiadalah PA.

kepada sokongan yg plekeh2 PTD, apa kata lantik 2-3 PT N17 ni jadi pegawai kedutaan ke mana2 Malaysian Embassy or Consulat, tengok boleh bernyawa atau tidak

2bz4money berkata...

Isu pengisian jawatan KSN/KSU di kalangan pegawai PTD tidak timbul sekiranya mereka dapat menonjolkan kepakaran mentadbir dan menguruskan kementerian/jabatan kerajaan persekutuan/negeri dengan bijak dan cekap. Laporan Ketua Audit Negara jelas sekali menunjukkan status quo kepincangan pengurusan dan pentadbiran kewangan yang dipelopori oleh jawatan 'elit' ini. Mereka perlu membuang rasa ego dan kononnya versatile bagi memperbaiki perkhidmatan kerajaan dengan menyusun semula jawatan mengikut kelayakan prestasi akademik kepakaran khusus/pengalaman tertentu daripada hanya bersandarkan kepada kekananan pegawai. KPI perlu menjadi pengukur prestasi mereka dan penilaian dibuat oleh pengguna perkhidmatan. Anda boleh menilai sendiri kredibiliti/akauntabiliti KSN/KSU/Ketua Pegawai Perakaunan berbanding dengan CEO/CFO korporat. Dalam melaksanakan kehendak program transformasi negara dan semangat 1Malaysia- Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan, kenyataan menteri berkenaan adalah wajar dan kena pada masanya.

Tanpa Nama berkata...

Dalam mengawal perbelanjaan KSU adalah pegawai pengawal, selain KSU ketua jabatan lain juga adalah pegawai pengawal, jadi perbelanjaan dilakukan oleh pegawai skim lain, kadang2 berlaku perbelanjaan dilakukan oleh skim lain tanpa kelulusan ksu, dalam hal ini jika KSu selaku ptd mengawal perbelanjaan akan dikatakan tidak faham ekonomi, tapi jika dilihat dari Key Performance Index (KPI) hanya KSU yang terdiri dari skim PTD yang mengawal manakala skim lain berbelanja tetapi akhirnya pihak Skim PTD dipersalahkan adilkah ini.

njengat berkata...

Alah, PTD ni pandai buat PR jer, Kalo kat Industri Muzik yg buat PR di panggil PRO, Kalo kat kelab malam, yg buat PR dipanggil GRO.. Cuba bayangkan PRO & GRO ni jadi pengurus... Sepatutnya PTD ni jadi penyambut tetamu jer, senyum layan sikit2 setakat surface knowledge mcm yg mereka tau sementara tunggu yg pakar datang. Kalo bagi jugak... rujuklah sejarah bagaimana paklah PTD terhebat yg jadi PM akhirnya memilih untuk tidur di forum/meeting/majlis sebab mungkin itulah gambaran PTD. Tak berapa tahu, so tak berapa faham perbincangan, baik tidur... kan baik kalo jadi penyambut tetamu jer...

Tanpa Nama berkata...

selagi yang di atas tu PTD, jgn harap yang lain boleh dapat.dok bwah je la telan air liur.PTD konon yang terbaik.Semua manusia pun kalo diberi ruang,latihan dan sokongan akan jadi yang terbaik.MAsalahnya, PTD nak sapu sume yang paling atas

Tanpa Nama berkata...

Kalau beginilah sikap Pegawai-pegawai PTD, hancurlah negara! Tidak berhemah, bercakap mengikut perasaan dan emosional seperti yang ditunjukkan boleh merosakkan diri, organisasi dan negara kelak jika diberi kuasa. Di mana ilmu yang Tuhan kurniakan (ketepikan jasa/ pesanan guru/ ustaz/ ustazah yang mengenal membaca/ menulis waktu sekolah dulu - mereka bukan ada ijazah pun waktu itu). Ingatlah, semua itu ciptaan manusia sahaja. Ikutlah pepatah orang tua-tua, ikur resam padi, makin tunduk makin berisi ....

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.