Bernama
19/11/2010
19/11/2010
KOTA KINABALU, 19 Nov (Bernama) -- Seramai 23,000 penjawat awam kerajaan negeri Sabah termasuk pesara dan pegawai kontrak juga akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.Katanya bantuan khas itu akan dibayar bulan depan selaras dengan pengumunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Okt lalu."Kepada mereka yang telah berkeluarga, diharapkan bantuan khas ini akan dapat membantu menampung perbelanjaan anak-anak sekolah menjelang Januari depan," katanya semasa membentangkan Bajet negeri Sabah 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.Semasa pembentangan Bajet Negara 2011, Najib mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan itu untuk penjawat awam Gred 1 hingga 54 termasuk pegawai kontrak dan pesara.-- BERNAMA
19 ulasan:
Apa nak buat? Kalau nak bagi lebih, kerajaan pusat mesti tak bagi sebab takut negeri lain akan minta lebih bah...
Kecuali Sabah di bawah pemerintahan kerajaan lain la. Itu pun bergantung kepada pilihan dan kebijaksanaan orang Sabah bah..
kami yakin semua urang sabah setia pada BN, sebab jika tiada BN urang sabah akan menderiita seperti kedah dan kelantan
saya sokong rakyat sandakan. pemberian wang ihsan rm500 adalah contoh terbaik keikhlasan BN membela rakyat.
Sabah dengan pelbagai sumber kekayaan seperti balak dan tarikan pelancongan Mt Kinabalu, nak miskin ke mana? Di bawah kerajaan manapun tetap kaya.
Sabah sepatutnya negeri terkaya. Rakyatnya sepatutnya jauh lebih kaya banding sekarang, kalau bukan sebahagian duitnya diserahkan ke pusat di Semenanjung.
Rashidi, bagi sekadar RM500 dah kamu kira ikhlas, kalau macam negara jiran yang bagi berbulan-bulan gaji bonus kan patut kamu sembah macam tuhan.
Kamu memang jenis simple minded senang diperalatkan.
kalau umno bagi..ambil...pangkah belum tahu bah....
Sebab tu rakyat sabah miskin bah..sebab ade nye urang mcm Rashidi..senang di peralatkan oleh BN
rashidi tu perli BN saja, bukan sokong BN..
Rashidi, kalau BN pembela nasib rakyat, RM500 patut diberi kpd semua rakyat Malaysia, bukan PA sahaja...
Saya rasa kamu pun PA. Jadi, lain kali kalau mahu bagi pandangan, bagi yang bernas sikit. Jagalah maruah PA. Nanti semua orang ingatkan semua PA bodoh macam kamu.
ape yg deritanya psl kedah dan kelantan?? aku org kedah,aku tgk ok je kg mak bapak aku..aman damai je..tp lebih truk kt seremban,kes pecah rumah menjadi2..bila la aku dpt tukaq blk kedah ni..
Sabah antara negeri yg termiskin di Mesia.Setakat bg rm500 lepas tu en rashidi nak ampu BN....kahkahkahkah..lawak nye
Agaknya Tuan Rashidi dah terlalu lama papa kedana di Sabah, nampak RM500 pun anggap duit besar penyelamat nyawa.
Biasalah, anjing liar tepi jalan yang kelaparan, kalau bagi roti basi pun ia makan habis macam sedap kan...
Kesian, tipikal gambaran untuk rakyat naif yang kian lama diperalatkan..
RM500 tu Rosmah wat beli sampoo dgn makanan kucing jer jgn x tau..
syukur BN masih menerajui sabah, hidup BN. lihatlah Sabah sekarang ada jalanraya, kereta dan bas, serta kilang, ini semunya BN punya pasal la. Kalau PBS, AKAR,BERJAYA ke Teck Lee ke apa pun x tahu buat, PKR apatah lagi, mungkin sabah agan digadai pada Mindanao nanti
ini bukan laman nak berpolitik, tetapi laman yang memperjuangkan perkhidmatan awam. masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki untuk kebajikkan kakitangan awam. kalau kerajaan nak bagi apa pun, itu memang sepatutnya tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat...rakyat memilih kerajaan, kalau kerajaan tak ok, rakyat juga yang memilih yang terbaik untuk menukar kepimpinan negara...
Pulau Pinang & Selangor dapat RM800!! Hoii Cuepacs..apa cerita bonus kami??? Tak dapat lagi...presiden LETAK JAWATAN!
bersyukur la dgn apa yg kita ada skrg. x payah minta lebih2. yg penting kita hidup dlm negara yg aman. saya cadangkan kpd saudara2 yg x pandai bersyukur tu supaya berpindah ke negara yg sedang kebulur.di sana baru la kamu rasa betapa bertuahnya kita hidup di malaysia. x perlulah asyik menyalahkan kerajaan. kerajaan x mampu mengubah semua perkara dalam sekelip mata. fikir fikir kan la wahai org2 yg x reti bersyukur..
Bersyukur je? Mentaliti yg mcm itulah sebabnya sesetengah orang kurang maju dr segi mental dan harta benda. Sikit-sikit pasrah. Sikit-sikit kehendak Tuhan. Tak pernah nak berusaha. Tuhan tak akan tolong mereka yg tak nak tolong diri mereka sendiri.
x guna saudara nak ckp tentang ketuhanan kalau saudara x reti nak bersyukur...
Catat Ulasan