12/11/2010
Oleh Muda Mohd Noor
PARLIMEN KUALA LUMPUR: Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.
"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.
"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.
"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?
Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.
Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.
Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.
"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.
41 ulasan:
HAMPRAK PUNYA KERAJAAN....DASAR CELAKA DAN GAMPANG..TAK KESIAN LANGSUNG PADA PENJAWAT AWAM
YB Datuk Mahfuz bertanya utk apa membina kuburan org kenamaan 70 juta?
Faham2lah Datuk dia sendiri merasa nak berkubur di situ supaya tiap tahun d sembah seperti tugu Negara tu.
Kerajaan bodo sombong..
INILAH CARA ORANG UMNO BERFIKIR...TAPI SAYANG..RAKYAT TETAP TAK BUKA MINDA.
AMAT DAIF CARA RAKYAT TERBANYAK BERFIKIR TENTANG TINDAK TANDUK YG UMNO LAKUKAN.
UMNO GAGAL MEMBAWA WANG MASUK KE MALAYSIA..MAKA CARA TERMUDAH NAK DAPATKAN DUIT IALAH DENGAN 'MENCARI DUIT' ATAS KEPALA RAKYAT..
PELABUR ASING DAH TAK MINAT MASUK MALAYSIA...DUIT TAK ADA..JADI SASARAN IALAH RAKYAT SENDIRI...
CUKAI, KENAIKAN BARANG2, KENAIKAN INSURANS, KENAIKAN CUKAI PERKHIDMATAN, BIL2, DAN SEBAGAINYA.
UNTUK ORANG BESAR2..ADA DUIT...UNTUK ORANG2 KECIL..DUIT ELEK...
HAI...NASIB NASIB...
Puak pemerintah dok di dunia dah mewah,tu yang depa bina kubur pun harga macam rumah di dunia.Blh hidup mewah konon dlm kubur. Rakyat sokong lagi puak ni...kot2 blh hidup mewah mcm depa. Bila nak bina supermarket pula dalam kubur.
PADAN LAH SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN !!!
RAKYAT PATUT KENA MERASA SUSAH,BIAR PEMIMPIN SENANG LENANG !!!
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !!
GOLONGAN P.A MACAM TAK DIHARGAI AJE BUAT KERJA.
AGAK2NYA..KUBUR2 TU CANGGIH KOT..SEBAB TU MAHAL..ADA DINDING KEBAL, AIR-COND, TV LCD 40INCI, ASTRO, SAFETY GUARD DLL..MUNGKIN JUGA UNTUK ELAK DARI MALAIKAT BOLEH MAI BUAT SESI SOAL JAWAB..X PUN, MEREKA2 ANGGAP DIRI MEREKA GOLONGAN PARA-PARA SYUHADAH!! SEBAB TU KUBUR2 TU LAIN DARI YANG LAIN..EEERRMMM...RENUNG2KAN...SELAMAT BERAMAL..
perbelanjaan kerajaan BN adalah untuk keperluan awam, sepatutnya Mahfuz jgn pertikai kerana beliau boleh dianggap tidak patriotik nanti. Kita PA semua yakin bahawa prjek itu mempunyai kebaikannya, jadi jgnlah diikut kata2 pembangkang yang amat dengki pada kemakmuran Malaysia.
Ini hanya kubur, apa salahnya jika kerajaan inginkan penghargaan untuk golongan pemimpin parti yang ternyata amat berjasa pada negara.
sokong mahfuz....org mcm nilah baru di panggil pemimpin berjiwa rakyat
kita pun jadi pelik cara umno ni...soal bekalan nak bawa ke akhirat tak nampak ambil berat...soal kubur yang cantik dan hebat pulak yg dipentingkan...
kubur cantik macam mana pun malaikat mungkar nakir datang tanya jugak...
marabbuka?..boleh jawab ke?
wa imamuka?
di sini tak boleh nak minta SPR ke SPRM ke, tolong..sendiri mau jawab..dan jawab mesti mau tepat...kelentong2 dah tak boleh...
jadi...insaf2 lah...
engko rahmat nanyan...tak paham betul aku...sampai mcm ni pun masih nak sokong tindakan kerajaan...
nama pon dah Rahman..Najib yg last..hahaha
kerajaan BN ini semakin sombong dan berlagak
kita PA kena bersatu tukar kerajaan............
untuk apa membina kubur bgt mahal??
tidak menghargai PA...akibatnya,,,,tukar kerajaan
http://aididmuaddib.blogspot.com/
kita penjawat awam jgn jadi mangsa skim cepat kaya dan mlm yg putar alam
Kami sertai skim cepat kaya sebab gaji kami terlalu kecil. BN tak mahu bagi gaji tinggi....
pikir-pikir ingat-ingat renung-renungkanlah..jgan ingat PA smua bodoh dan buta...kmi adalah mata hati kerajaan..
Sokong YB Dato Mahfuz Omar....
AKU BENCI NAJIB DAN BARISAN NASIONAL..
aku org pekan juga benci kepada najib..
walaupun saya penyokong bn tapi yg betul kita sokong and yg tak betul kita tegur...apa yg dikatakan oleh yb mahfuz itu logik juga....
logik ke hapa yang penting kata pembangkang semuanya palsu, hanya BN yg membayar gaji kita dan mampu memberi batuan RM500 kepada kita. ada limkitsiang nak beri bonus pada PA? huh jgn harap. semuanya harap ahli Umno sahaja
kesihan betul saya dgn SENAPI, duit BN dgn duit rakyat pun dia tak dpt nak bezakan. Oii SENAPI bila masa pula BN bayar gaji PA, duit yg digunakan tu duit rakyat.
jangan layan senapi ni...die dah kene air holy orang UMNO dah...cakap mcm mane pun takkan paham...same je ngan dak2 office aku...kita terang kat die mcm mane pun dia takkan terima...pintu hati dia dah tertutup dah..
Sungguh Sedih Dan Terharu
Saya benar2 rasa sedih dan terharu diatas kenyataan YB Dato Mahfus, sebagai penjawat awam saya rasakan bagaikan nak menitik ayer mata saya diatas amanah dan kepercayaan saya selama ini kepada pemimpin yg ada sekarang ini. saya buat pinjaman perumahan sebanyak RM84 ribu masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah pencen selama 10 tahun, bagaimana peruntukan kubur org yg sudah mati sebanyak RM120 ribu, begitu juga rumah PM yg masih baru diperlukan sebanyak RM65 juta itu adakah masih banyak kekurangannya lagi,
Sedih dan amat sedih dirasakan tambahan lagi dengan kos hidup yg tinggi sementara potongan gaji dan keperluan keluarga dan anak2 pemimpin kita tidak dapat rasakan malnangnya dapat pemimpin sedemikian
betul itu tuan bikin secantik mana
pu itu pusara tidak membawa maknah
bikin sahaja sedharana kalau simpan
intan pun bukan itu malikat tanya
berapa banyak duit kau simapan
berapa banyak harta kau simpan dan
berapa banyak bini kau ada yang
maikat tanya berapa banyak amalan
dan apa tanggungjawab kau kepada
rakyat. PA tidak mendesak menadatkan tetapi alasan yang diberi tidak munasabah.PA bukan
bodoh.
heabiecbetul itu tuan kalau
perdana menteri kita bijak mengurus
kewangan negara kita rakyat malaysia kaya raya daripada negara
negara luar kurangkan perbelanjan
yang tidak berapa penting.
seminang nya berat untuk memberi
kan wang untuk rakyar tetapi beberi
berkat kemudian hari kepada memberi.anggapkah pemberian itu
satu sedekah kepada rakyat.bukan tiada duit tetapi berat untuk memberi ini adalah salahsatu ujian
daripada ALLAH bagi yang memberi.
salam PA PA sekelian...sama la dengan saudara sume...saye pon PA jgk...tapi kita kena igt..sblom kita makan gaji dengan kerajaan...yg 1st kita kena letak..Allah Taala yg bagi rezki..disebabkan itu,kita kena ikut Allah taala dulu...baru kerajaan yg byr gaji kita..klu kerajaan buat x betul yg selari dengan Kerajaan Allah taala....kita jgn hangguk jer...klu kerajaan kata nak buat kubur yg cecah jutaan ringgit..kita kena igt....rakyat setuju ke duit mereka diambik begitu sahaja ?? igt duit rakyat ni duit mak bapak kita ke ??
banyak betul duit berjuta-juta ubah
suai rumah aku ini ubah suai kadang
ayam pun tak ada duit.
MALANGNYA NASIB PENJAWAT AWAM DAPAT PEMIMINPIN SEDEMIKIAN, APA NAK BUAT NASI SUDAH MENJADI BUBOR KERANA SAYA SEBELUM INI PUN CUKOP PERCAYA PEMIMPIN INI AKAN DAPAT MERUBAH NASIHB PENJAWAT AWAM BERTAMBAH BAIK TAPI RUPANYA SANGKAAN SAYA MELESET SEKALI
Masa Untuk Berubah
Insaallah kita masih ada masa untuk buat perubahan agar mendapat peminpin yg benar2 perihatin akan nasib penjawat awam, kuasanya adalah ditangan anda semua, sama2 kita gunakan sebagai penentunya pada PRU13 yg akan datang, insallah
Tukar Kerajaan adalah pilihan terbaek gua cakap lu..
Saya sebagai PA ungin menguca[pkan tahniah dan terima kasih kepada YB Mahfuz kerana membela nasib PA dan rakyat. PA rata-ratanya adalah golongan bawahan yang tertindas oleh polisi si Najip DAN UMNO.Golong Pegawai Atasan adalah golongan pengampu sahaja. Buat kubur yang cantik dan mahal boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam kerana kita boleh diibaratkan mengutamakan kubur daripada Allah Taala. sebenarnya bukannya apa buat projek kubur hanya untuk mengaburkan mata sahaja supaya rakyat tak nampak atau perasan duit itu digelapkan...subhanallah...Insyaflah UMNO dan Najip.
oungshiku sangka panas hingga ke petang
rupa nya hujan ditengah hari.
kita keluh kesah pun najib make don't know je...
ingat PRU semakin dekat...
PASTIKAN anda semua insaf dan bertukar haluan dengan.....BERSAMA PAKATAN RAKYAT.....
kami beli rumah RM120k ambik loan kerajaan dan bayar hutang seumur hidup. gaji lepas potong hutang rumah tinggal separuh je.. hidup kurang senang. tapi PM kita gaji sepuluh ribu lebih. rumahnya lebih 65juta ringgit. sesen pun tak perlu bayar balik dari gajinya.. hidup selesa.
itu la perbezaan rakyat dan pemimpin.
rakyat hidup susah, pemimpin hidup atas mewah.. fuh.. fikirlah wahai kawan kawan. betul ke rakyat diutamakan? dan betul ke kerajaan rugi jika bayar bonus sebulan? duit tu bukannya pergi luar negara. duit bonus tetap digunakan untuk peningkatan ekonomi.. kerajaan tak boleh nak fikir mana betul dan mana salah dah...hmmm
DUNIA-DUNIA.... SEKARANG NI PUN KUBUR ORG KENAMAAN DAH ASING2 DENGAN ORANG BIASA.... SEPATUTNYA SAMA SAJA... BIARKAN MEREKA... BIAR MEREKA JAWAB APA YANG MEREKA BUAT DI DUNIA INI DI AKHIRAT NANTI.
semuanye helah dn habiskn benda yg tak berfaedah.sepatut nye kerajaan membantu golongan verpendapatan rendah yg memiliki keluarga besar.
Ada kakitangan yang dungu mengatakan Bonus RM500 diberi oleh BN..Patut lah Najib boleh gula2kan penjawat awam yang bahalol macam tu. Untuk makluman si dungu...BN ada Parti dan Kerajaan pula adalah Pentadbir yang diamanahkan oleh Rakyat untuk menguruskan pentadbiran negara.
ada betulnya juga apa yg dikatakan oleh yb mahfuz itu, buang duit rakyat je ada cara lain lagi utk kita menunjukkan penghargaan kpd pemimpin2 yg berjasa kpd negara dan rakyat, ingat2 lah kpd penjawat2 awam terutama kpd golongan bawah2 ni, zaman sekarang ni semuanya dibayar bah! bukan free.......
Catat Ulasan